Monday, March 02, 2009

Kisah di Cinema...

Semalam seperti dirancang mummy and daddy bawa Dina pi tengok Upin & Ipin, percubaan pertama kami. Mana tau kot2 Dina dah pandai tengokkan so next time leh bawa nengok citer lain plak.

Before masuk cinema mummy sempat rembat dress n jeans for Dina (boleh ek gitu?) sebab kami sampai awal sambil tunggu ketibaan Daddy Rain n anak-anak. Tayangan pukul 3.20 ptg so that akan berakhir 5.20 ptg (lebih kurangla kot..). Daddy beli air and Cheezel tuk Dina, saja umpan suh dia dok diam and share pop-corn dengan sepupu2 lain.

Mula2 masuk jek dia ok lagi tapi macam tak selesa duduk. Ok..mummy bukakan keropok kasi Dina dok diam2 ek. Dina makan sambil tengok movie... alhamdulillah dia nampak enjoy. Part ni time si Badrol dengan Lim race motor tu yang dia ralit nengok tu. Agak2 dah kenyang sumbat Cheezel tu dia kasi kat mummy then ble ler plak dia nak berdiri. Mummy tak kasi..puas halang at last hubby cakap biarkan aje. Oklah.. lantak Dina ler.

Em..pas dia tak keruan jup Dina dok diam2 balik...wa..happy jup daddy and mummy sebab leh tengok dengan tenang. Sekali tu dia nak bangun balik, susah nak urus daddy angkat letak atas pangkuan. Diam jek dia nengok dan tiba-tiba Dina nangis! Alamak..!

Em..kami noticed dia nangis sebab time kuar raksasa la ular la... apa ntah lagi time derang sesat masuk dalam cave tu. Part tu memang suspen sketla tapi bagi Dina part tu part menakutkan dia lorrr. Dina ni kan dah di label sebagai penakut tahap max (seghuper mummynyerla...) so that dia ingat raksasa tu hantu tu dia pi bantai nangis. Daddy pun bawa la dia kuar untuk elakkan gangguan pada orang lain.

Bila daddy masuk semula ingatnyer Dina dah ok sekali tu dia nangis balik. Mummy pujukla dia nengok balik sebab raksasa tu dah xde (kejup je xde pastu kuar balik lerrr pulok) then dia refuse tuk tengok. Suruh tutup mata dengan jaket dia tak moh then suh lelap mata pun tak moh... sekali tu korang tau tak dia minta apa? Ha..baca dialog kat bawah..

"Daddy nak ngok (tengok) Barney la..."

Terkekeh2 mummy and daddy dengar. Ada ke patut suh kami buka Barney? Aiyark... apa da... mana leh tuko Barney sesuka sdiri dalam cinema ni sayang.

Kesimpulannya, Dina memang takleh masuk panggung lagi la. Bila capai umar 5 tahun ke atas baru mummy and daddy test balik ek. Cian anak mummy and daddy neh!!!






2 comments:

[-suziey-] said...

wakakakka..ape daa..upin ipin xgeng la ngn barney cik dina :p

CaMaRPuTiH said...

tula pasal... kalo ada Barney or Almo masuk panggung sure dah ku heret dia nengok paberet cartoon dia ittew!