Thursday, January 29, 2009

Day 3 (way back to KL)

Hari Ke 3 (27 Jan 2009 - Tuesday)

Hari last di Lumut, paginya kami semua breakfast di Hotel, hari ni kurang skit bz kat cafe maybe sebab kami turun lewat skit kot. Pilihan makanan masih lagi sama macam a day before, takde perubahan pun. Kiranya bab makan kat Swiss Garden ni memang fail, tak setaraf dengan status 4 bintang pluss regenyer yang mahal.

Lepas breakfast, terus bawak Dina ke swimming pool. Xcited lak Dina nak swimming skrg ni. Kiranya dah berani la skit nak lompat2 trus ke pool.

Lebih kurang jam 12.30pm, kami semua check out. Perjalanan balik ke KL kali ni menggunakan jalan Lumut-Bidor-Plus Highway.

Kami semua lunch di Teluk Intan. Sempatlah juga bergambar kat tepi menara conding teluk intan. Kagum gak tengok kesengettan menara condong ni.

Perjalanan dari Teluk Intan ke Bidor smooth, cuma banyak kereta skit. Maklumlah cuti perayaan CNY. PLUS pun a bit jem.

Kami semua selamat sampai kat rumah lebih kurang jam 7petang.


Tuesday, January 27, 2009

Day Two (Part II)

After penat mandi-manda Dina bantai tidur sampai petang. Dalam pukul 4.00 ptg kami semua keluar mencari makanan tuk perut yang dah nyanyi2 nih.

Lepas tu daddy bawa Dina ke Lumut Waterfront. Dekat dengan jeti nak ke Pulau Pangkor. Tak ada apa pun kat situ. Just tengok laut and playground tuk bebudak. Dina dah tarik-tarik manja tangan daddy ajak gi playground (tempat favourite Dina tu..). O.kla... singgah jup kasi Dina merasa playground kat Lumut ni.















Share keseronokan Dina bersama-sama.....








Dan...............sesuatu telah terjadi....................................!!!!!!!!!


Day Two (26/01/09)

Dina bangun pagi hari ni so bolehla mommy and daddy pergi breakfast early. Tapi Dina sikit pun tak nak makan. Still moody, ok sayang mommy tak kisah sebab mommy and daddy kene makan. Nanti membazir pula kupon breakfast tu kan (hehehe... alasan).

Tak sempat nak kenyang Dina dah sibuk ajak suruh amik bantal busuk dia. Alasan ler tuh... bosan tunggu mommy siap makan. O.kla.. kita chiow ek..

Dina request nak swimming. Balik bilik siap2 for swimming pulok ler. Tengokla aksi2 Dina mandi-manda. Bukannya dia nak mandi sorang2 mesti tangan mommy and daddy di usungnya. Sikit pun tak nak berenggang.













Monday, January 26, 2009

Damai Laut, Lumut

CNY kali nih sepatutnya Dina tak ke mana2 tapi memandangkan daddy cuti panjang sampai seminggu so daddy buat last minute planning ke Lumut. Huh...nasib baik ada lagi bilik, kalau tidak ke tempat lain ler Dina and family pergi. Memandangkan perjumpaan dengan moyang Dina on Saturday so daddy buat reservation on Sunday. Lunch with moyang di rumah Nek Umi on Sunday, kami tak dapat join coz derang pun last minute baru decide nak lunch di sana. Takpela... yang penting moyang Dina dah pun jumpa Dina setelah nearly 2 tahun tak tengok Dina.


Day One (25/01/09)
- Swiss Garden Golf Resort & SPA, Dami Laut, Lumut, Perak

Bertolak dari rumah pukul 10 pg then had breakfast kat Taman Watan so kul 10.30 pg baru mulakan perjalanan.

Ikut jalan Kuala Selangor, stop pula di gerai jual kerepek. Dina tengah tido time berhenti tu so just pilih apa yg nak jek. Daddy yg teringin giler nak makan kerepek Kuala ni sebab before ni dah penah makanla tapi dari bakal adik ipar daddy.

Had luch kat restoran tepi Sg. Perak. Tak ingat pulak apa ntah nama kedai tuh.







Posing kat tepi Sg. Perak (kat tepi restoran tu ler.)

Sampai di hotel dalam pukul 4.00 ptg. Kene tunggu ler pulok sebab bilik tak siap lagi. Full House k! Dalam kul 5.00 ptg baru dapat masuk. Pas kemas2 terus mommy and daddy bawa Dina pi swimming. Malam keluar makan kat Lumut coz kat area hotel nih takde gerai langsung. Really dalam hutan & Hotel nih dok sorang2 kat situ.








----------------------------------------------------------------------------------------

Entry dari Daddy Dina.


Swiss Garden ni daddy booking melalui online. Website http://www.malaysia-hotels.net

Service memang best sebab boleh bagi on the spot confirmation, compare dengan http://www.cuti.com.my/

Lokasi hotel memang pendalaman, about 10-15min from Lumut.

Front Desk, ok quite helpfull.

Breakfast so so jer, maklumlah full house, nak makan pun kena beratur.

Bilik ok, cuma lantai dia bukan karpet.

Yang paling worst ialah banyak sangat lalat, kalau bukak jer pintu, sure ada lalat terbang masuk bilik. Lagi satu, takde complimentary newspaper. Ni lah first time pergi hotel without newspaper.

Internet WIFI ada, tetapi berbayar. Nasib ada Broadband CELCOM, kalau tak sure terputus hubungan dengan dunia luar hehehhehehe.

Sunday, January 25, 2009

Moyang Dina datang KL

Sepatutnya cuti CNY kali ni Dina dan Family akan bercuti ke Hadyai bersama-sama dengan family sebelah mummy. Tetapi kami terpaksa batalkan percutian tersebut sebab Moyang Dina dari Kelantan datang ke KL. Mummy Dina ada cerita pasal ni dalam blog mummy.

Hari ni (24 Jan 2009) setelah lebih 2 tahun tak jumpa moyang Dina, akhirnya hari ni di rumah Tok Pa, Moyang Dina datang ngan Nek Ma (kakak Tok Pa). Last sekali dina jumpa Moyang ialah masa Dina balik Kelantan 2 tahun dulu. Boleh refer kat entry ni. Lama kan Dina tak balik Kelantan. Bukan apa, daddy ngan mummy dina bz ngan keje ngan susah nk cuti.

Tengah hari tadi memang meriah kat rumah Tok Pa. Ramai yang datang. Family Daddy Dina semua ada ditambah lagi dengan Ayah Je satu family dan Ayah Mad satu family.

Insya Allah jika ada rezeki & masa, Daddy akan bawa Dina balik Kelantan tahun ni.



Inilah moyang Dina



Tok Ma

Saturday, January 24, 2009

Taska Ceria Idaman Sekesyen 5 Bangi.

Last week, 17 January 2009 (Sat), Dina & Family pergi ke majlis solat hajat & doa selamat sempena dengan pembukaan Taska Ceria Idaman. Taska ni sebenarnya kepunyaan Mummy & Daddy Long Dina (abang daddy dina).

So, pada sesapa yang duk area Bangi, terutamanya sekesyen 5 dan tengah mencari Taska yang sesuai, jenguk-jenguklah TASKA CERIA IDAMAN. Kalau yang tinggal kat area Nilai 3 atau Bukit Mahkota lak, boleh la p kat taska Tok Mama & Tok Pa Dina (TASKA WARISAN BONDA)

Thursday, January 22, 2009

Divan!

Yesterday Divan bed Dina sampai! Dahsat preparation daddy ek tuk sesi pertambahan zuriat (mommy teka aje!). Bkn divan jek daddy kasi... siap lemari Mickey Mouse lagi tuh!

Dina dah pun ada divan sdirik. Makanya berakhirla sesi daddy tidur di celah katil beralaskan tilam penyek Dina. Namun malam tadi Dina tetap nak berhimpit dengan mommy and daddy juga. Jeles tengok kami tidur sekatil!

Bilik mommy and daddy la ni dah jadi macam dorm! Sederet divan tersusun! Huhuhu... hancus sudah "inspirasi bilik tidur ku".

Untuk Dina, daddy and mommy buat apa je asal semuanya yg terbaik buatmu!

Nanti mommy letak picture divan Dina tuh ek after mommy damage wallet cari bed sheet yg cantik2.



Updated:

Tak jumpa yang cantik2 la... ada pun kartun yg biasa2 jek..bear apa ntah... then jumpa Tweety and The Gang so rembat jek. Tu pun last. Balik je terus pasang then dgn senang hatinyer my anak dara dok berposing.




Ha..nila hasil 'penyopingan' tu. Last stock for Dina.



Macam yang mommy cakap.. tak nyempat2 Dina nak berposing!



Mommy pun rembat satu yang baru! Huhuhu... you see.. betul tak macam dorm asrama? I told you!

Tuesday, January 20, 2009

Dina nak pi Nursery tak?

Kalau tanya Dina nak pi Nursery ke tak? Mmg takleh agakla apa jawabnya tapi kalo tny dia nk pi sekolah tak? Dia dengan selamba jek jawab "tak nakla mummy." Alahai bertuahnya la anak dara ku ini. Nampak gaya mcm nak ikut keturunan mummy yg melalak ke sekolah time tadika dulu!

Really mummy macam dh nekad jek nak anta Dina pi Nursery. Ramai yg tak sokong... daddy pun separuh hati jek sokong mummy tapi mummy risaula sayang... Mummy risau tgk perkembangan diri Dina. Banyak yang mummy rasa Dina perlu develop sendiri.

2 perkara penting yg mummy hope sgt dapat berubah kalo Dina ke Nursery (1) bab tidur (2) bab pergaulan. Dina really tak pandai bergaul. Kalau pergi memana mmg Dina tak reti nak main dgn budak2 lain. Kalo teringin sgt, Dina akan usung tgn mummy/daddy pimpin ke tmpt yg Dina nak main. Langsung tak nak join kawan2 yg lain. Dina lebih rela duduk kat peha mummy/daddy or duduk atas dukungan mummy/daddy dari main dgn kawan2.


Pasal tidur pun mummy nak sgt Dina ubah. Apa yg mummy perasan, Dina mmg kuat berjaga. Sehari Dina tido sekali jek tapi lama. Kalo tido kul 12 stgh tgh mlm, Dina akan bangun dalam kul 12 tghari. Biasanya dalam 10-12 jam la Dina tido. Mummy tak rasa jadual tuh bagus tuk perkembangan minda Dina sbb matahari dah meninggi baru bangun. Anak dara apa anak mummy nih? Hehehe....


Kalau pasal makan mummy risau juga tapi Dina mmg bukannya boleh dipaksa. Ajakla berapa ramai kawan pun makan dengan
lahap@lazat@berselera sekalipun tak mendatangkan kesan langsung pada tekak Dina. Tak tauler pulak kot2 dok kat Nursery nanti dia leh makan.


Mummy decide nak anta Dina start Februari nih tapi nak test transit jup2 dulu. Bagi dia biasakan diri. Tapi tula... ada orang kata biarla dia dok dengan Uwannyer at least tau yg dia di jaga dgn baik. Tapi masalahnyer dia semakin manja sebab Uwan pun manjakan dia! Huhuhu.... camne tu?

Thursday, January 15, 2009

TV!

Hehehe.... alhamdulillah tak sangka cepat daddy gantikan TV Dina yang rosak tuh. Seperti yang mummy jangka.... jeng...jeng...jeng.... Dina dapat TV plasma!

Ha..kan sebijik daddy kasi Dina. Dah baper malam mummy and daddy tak dapat tidur dengan lena sebab Dina buat fi'il tiap2 malam, takleh layan Barney before sleep. Dan malam ni mummy and daddy harap ler sesangat yang kami dapat tidur dengan aman tanpa rengekkan Dina. Dina nih dahler macam burung hantu, kuat berjaga! Selagi tak pukul 1 a.m ke atas, selagi tu ler mata dia takkan lelap. Pada hal siang hari mana nak tidur kat umah Uwan pun.

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kita sekeluarga and hasilnya seperti di bawah....!



First time kami beli brand Philip tapi bila salesman tuh buat perbezaan dgn semua brand yg ada.. Philip byk kelebihannya!



Akhirnya Dina dapat TV LCD! Tak sempat lagi nak lekat kat dinding.



TV Dina lg besau dari TV daddy tau!



Aksi Dina lepas dapat TV baru...


Yang bestnyer... Dina cakap "terima kasih daddy beli TV". Hehehe... siap cium bodek lagi tuh! Anak yang bertuah!

Tuesday, January 13, 2009

TV Dina rosakla...

Dah 3-4 hari TV Dina rosak. Memang haru mummy and daddy di buatnyer! TV tuh daddy beli first time pindah umah haru tuh, TV yg xde brand pun tapi ok ler buat Dina tuk tgk Barney every nite. As you know Barneykan favourite Dina and memang every nite wajib pasang Barney, that y ler daddy kene beli siap2 TV khas tuk Dina. Kalo tak sure ler gaduh dua org nih, sorang nk tgk Barney and sorang lg nk tgk TV programme. Tak ke haru jadinyer! Mummy just follow jek.

Since TV rosak nih, tiap2 malam Dina ngamuk minta bukakan dia Barney. Seratus kali ler dok mengulang cakap yg TV rosak, langsung dia tak pedulikan. Mummy not sure Dina faham ker tak tapi bila cakap TV rosak dia angguk cakap ok then bila malam jek mulalah dia merengek minta Barney... tak ker sakit hati jadinyer. Mana nak cari TV sayang!!! Takkan la daddy nak angkut TV besau kat luar tuh letak dalam bilik Dina nih? Daddy really dah mati akal. Naper ler TV Dina nih rosak???

Melihat keadaan setiap malam yg agak huru-hara, mummy dah cadangkan kat daddy mintak belikan TV Plasma tuk Dina. Leh lekatkan kat dinding so that Dina pun leh la dapat divan single bed barukan...! Ok tak daddy? Ala... sofa tuk mummy tuh kita beli lain kali jek pun takpe... mummy beralah tuk anak dara daddy nan sorang nih!

Apa yg akan daddy Dina belikan tuk Dina ek?



Tungguuuuu......!!!!!






Sunday, January 11, 2009

Dina jalan2

Mummy and daddy bawa Dina pergi wedding kawan x-opis mummy. Tempat wedding tu betul2 kat tengah K.L. So dari restoran tu dah ble nampak KLCC. Bila nampak jek KLCC, Dina cakap dia nak pi KLCC. Daddy said ok so pas bosan giler tunggu majlis tu abis kitorang pun chow.

Daddy bawa la Dina jalan2 kat KLCC jup. Sempatla Dina lari2 and berposing. Hehehe...yg bestnyer bila ajak balik dia tak nak ler pulok! Katenyer nk pi KLCC. Hahahaha...tau2 jek yg mummy and daddy just bawa jalan kat tepi2 je. Sorry ler sayang... next time macam yg daddy cakap kita pi lagi ek.. time tuh masuk KLCC terus ek.





Kalau mummy yg amik gambo sure gambo daddy jd tak cantik langsung... frust jek daddy!


















Friday, January 02, 2009

Dina ke Ipoh (Day Three)

29/12/2008

Today last is day Dina di Ipoh. Kami tak turun breakfast pun. Dina and daddy bantai tidur sampai kul 10 a.m.

After checkout dalam kul 12 tghari, daddy melilau cari tempat makan. At last jumpa gak nasi kandar 'ganja' kat Ipoh town. Kebetulan ada tempat kosong tuk makan so makan terus jek ler. Orang bukan ler main ramai, siap beratur panjang sampai ke jalan raya. Bila tengok condition kedai tuh, rerasanyer takyah ler ajak family yg lain joint sebab mmg takkan ada tempat duduk punyer. Dah ler family yg lain tuh ramaikan... sure susah nak dapat duduk.

When Auntie Shima call tanya nak jalan2 ke mana pasnih.. mummy and daddy jadi blur jup sebab Ipoh nih macam takde tempat jek nak di lawat. Masing2 gelak jek.. Mak Ngah lagi ler kepanasan sebab tempat di tuju kali nih langsung takde tempat tuk dia shopping.




Sebelum bertolak balik posing jup dgn daddy.





Mummy tengah terhegeh2 bersiap. Anak dara nih dah pandai tau suruh mummy cepat.



Peaaaaceeeee!!!! tapi dia tak pandai wat dua jari... tu yg jadi satu jari jek tuh!

Dina ke Ipoh (Day Two)

Lambat sket posting hari kedua Dina di Ipoh coz mummy malas! Daddy dah banyak hari suruh tapi entah ler termalas ler pulak.

So second day di Ipoh, Dina ke Lost World of Tambun. Memandangkan percutian Dina kali nih time cuti sekolah plus cuti awal Muharram, manusia di situ punyer ler ramai. Parking kereta pun jauh, beli tiket pun hampir sejam! Dekat situ je dah penat!!

Dina sampai Apartment tempat Auntie Azie n family, Mak Ngah n family, Auntie Shima n family and Uwan tinggal around 1o.30 a.m. Lepak jup sementara tunggu Mak Ngah yg tak siap2 tuh (standard ler Dinakan Mak Ngah tuh)then around 11 lebih sket baru bertolak. Aparmtent tuh 3 minit jek dari Lost World. Beli tiket la ... bla..bla..bla... kul 12 tghari kita masuk dalam. So berkhemah kami semua di situ sampai kul 6 p.m. Nak dok lg lama pun tak boleh sebab derang open dari kul 10.00 a.m to 6.oo p.m.



Dina with her Mak Ngah. (Uwan terselit kat blakang tuh)

~ Memandangkan daddy terlupa bawa digital cam jadinyer gambo2 nih sumer dari hasil kerja HP mummy so tak baper clear jadinyer. Mummy pun mana pandai guna sgt HP sdiri!!



Mummy and Dina berposing sambil tunggu Auntie Azie and Auntie Shima beli tiket..



With her cousin... Kak Ika yg chubby...



Bersesak di pintu masuk. Punyer ler ramai org!!!



Gambo2 tuh semua pas penat main air. Picture tengah mandi takde sebab kalo ambik pun nnt background lagi beso dari Dina sebab orang terlampau ramai. Bak kata kawan daddy lerkan... "lebih banyak kaki dari air!!!" Hahaha... memang betul pun malah nak mandi pun berlaga2 dengan pelampung orang lain. Dah ler tempat tak sebesar mana. Kalau la pelampung tuh xde limit rasa2nyer sumer orang takleh gerak sebab penuh dgn pelampung.





Kenangan di Lost World of Tambun!!!!