Thursday, December 30, 2010

Banyak mulut betul...

Siapa lagi yang banyak mulut kalau bukan si kenit nih lah.

Si kenit yang pakai baju seksi sekali tu. hihihihhi... kazen2 siap berjubah.
Sila maafkan mummy dia yang tengah mabuk2 xle nak memikir time tuh ek.  :p

Beberapa hari lepaskan... time tu daddy ntah gi mana ntahkan, so mummy tinggal dengan si kenit aje. Mummy nak solat, dia pun sibuk nak solat sama. Baju x pakai lagi, suar pun, rambut kusut-masai. So kene umpan la kalo nak solatkan.

Mummy pun suruh la dia pakai cepat2 sambil memberi arahan "kakak, pakai baju cepat, sikat rambut lepas tu letak bedak." Berkali-kali tuh ulang nak kasi arahan tu lekat kat minda dia. Kalo tak kang terhegeh2 la dia sarung baju, pastu bedak habis bertompok2 dia tepek.

Sementara dia bersiap2 tu kan ada la terjadinyer a few dialog di antara kami. Mummy ada buat dalam My Noted in fb mummy. Jom mummy share kat sini.


Sila besarkan sendiri kalau x nampak.  :p

Tapi dialog tersentuh hati sekali bila dia tanya "mummy kenapa ALLAH kasi kita semua cakap tapi ALLAH x kasi isteri pakcik ucop dengan cik ucop cakap?".

Ok fyi, Dina baru sahaja menerima makcik baru dalam keluarga besar mummy dan makcik baru Dina tu sama je macam pakcik ucop - pekak dan bisu. Jadi mereka berkomunikasi melalui bahasa isyarat.

Dulu Dina jarang berbahasa isyarat sebab pakcik ucop Dina jarang nak berbual2 dengan Dina. Tapi makcik baru ni lain, dia suka layan Dina. Even makcik baru ni (makcik haili) banyak ajar Dina berbahasa isyarat.

Uwan selalu report kat mummy yang Dina suker la membuli makcik Haili kalau orang tu off day. Time tu la dia ajak main, suruh mandikan, layan dia makan. Orang tu dahla off day nak rehatkan.. lagi si kenit mummy tu pergi membuli.

Hari tu mummy cuti, mummy lepak rumah uwan sat. Kebetulan makcik Haili dan pakcik Ucop pun cuti. Apa ntah yang Dina borak dengan makcik dia tu. Tengah mummy khayal2 nak membuta, Dina kejutkan pastu buat bahasa isyarat bagitahu arnab macam ni, burung kakak tua macam ni, lembu macam ni.

Tergelak-gelak mummy tengok. Tapi kagum giler sebab pandai betul anak dara mummy tu belajar. Lepas tu Dina nak susu, mummy malas nak bangunkan jadi mummy pun amik kesempatan. "Dina suruh makcik buatkan boleh?". hahahaha...

Lepas makcik Haili buat susu, mummy tanya la Dina communicate macam mana then dia pun tunjuk la cara dia berbahasa isyarat dengan orang tu. Lawak betul tau si kenit mummy nih. Kelakar! Lepas dia tunjuk, dia balik tergelak2 malu. huhuhu...

Ni la orang baru dalam keluarga besar Uwan...

SELAMAT PEGNANTIN BARU PAKCIK UCOP DAN MAKCIK HAILI.... 
from Dina. mummy. daddy.





Saturday, December 04, 2010

Sapa nama adik Kak Long??

Semalam on the way balik rumah selepas jemput DIna kat umah Uwan, mcm biasa, DD suka berborak dengan Dina sambil drive.

DD : Kakak, nanti bila baby kuar dari perut mummy, kakak sayang baby tak?

Dina: Sayang.

DD: Nanti kalau baby nak pakai baju, kakak lah yang pakaikan, ok?

Dina: (senyum malu)

DD: Nanti kakak nak bagi nama apa kat baby??

Dina: ......... NorHaini

DD: (terkejut dgn jawapan Dina) uik... nama sapa tu???
        kalau boy??

Dina: mmmmm...kalau boy letak la NorHaina

DD: (gelak jer)


Confuse tul DD, kat mana la dia blaja 2 nama tu, setahu DD, takde lak nama kawan Dina, NorHaini atau NorHaina. :)


Selamat Hari Jadi Kak Long

Hari jadi Dina sebenarnya pada 27 Okt 2010,tetapi memandangkan jatuh pada weekdays, DD dan MM decide tuk celeberate pada 31 Oct 2010. Sebenarnya tarikh tu gak, Uwan Dina buat majlis doa selamat sempena dengan majlis pernikahan Ucop minggu yang berikutnya.
Majlis agak simple tapi eklam kabut skit sebab tengah hari buat majlis doa selamat, majlis Dina suppose start jam 3ptg, tapi makanan tak siap-siap lagi :)

Anyway thanks to DD and MM Fren yang sudi hadir dan bagi hadiah tuk Dina.

Clown tuk besday Dina, sesapa nak tempah clown ni leh call DD heheheeh




Inilah kek yang MM sebenarnya xcited.


Macam mana nak potong kek ni ????? Confuse DD





Antara hadiah yang Dina dapat. Tapi semua basic kaler "pink" dan gambar "Barbie" :)

Thanks to Mummy Friend - Pasar Satok, Sarikin dan Guan Angin.

Sepanjang DD, MM dan Dina ke Sarawak, member MM banyak tolong. Even masa last day, whole day kami semua spend masa dengan family member MM. Actually member MM ni ialah ex school mate MM kat SM Tasek Ampang dan UUM, tapi both husband & wife bertugas di Kuching. Kalau tak silap dah nearly 5 years mereka kat Sarawak.


Ini bukan kawan MM, tapi ini ialah PRINCESS MM, Dina. 

Ini pulak anak kawan MM

Inilah kawan MM, Dot, dgn anaknya yang no 2.

Ini husband Dot.

 Member MM ni bawak kami ke Pasar Satok tuk membeli belah ikan terubuk masin.

Pasar Minggu kat Satok. 

 Barisan ikan terubuk yang sedia untuk dibeli.


Peniaga tengah memproses ikan terubuk (masukkan garam)


Member MM jugak bawak kami semua ke Sarikin. Actually, Sarikin ni ialah border antara Sarawak (Malaysia) dengan Kalimantan (Indonesia). Konsep Serikin kalau sesapa yang pernah p Wang Kelian memang sama. Pasar ni hanya bukak pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, dan peniaganya mostly datang dari Indonesia. Pekan Sarikin ni memang kecik, harga kat sini ok-ok la dan kalau sesapa nak beli barangan dari Indonesia spt kain etc, kat sini memang sesuai. Tapi kalau nak carik souvenir barangan Sarawak, rasanya sini bukan tempat yang sesuai. Lagi satu, kat sini kemudahan awam macam toilet memang mengharukan........ memang takde toilet yang disediakan oleh pihak kerajaan, semua toilet yang ada ialah toilet persedirian (mcm kat blkg restoran, atau rumah orang) dan toilet dia memang tak menyelerakan kalau nak buang hajat :)

Lagi satu, macam biasa, Sarawak ni kurang papan tanda jalan, so, kalau sebagai pelancong dan first time nak ke sana, nasihat DD ambillah pemandu pelancong.





On the way balik dari Serian, kami singgah jup kat Gua Angin. Tempat ni memang menarik, sejuk jer tapi yang peliknya takde orang lak nak mandi kat air sungai sini yang sejuk dan cetek je. Rasanya kalau kat KL, weekend je confirm tempat macam ni "full house".




MM & Dina bersama dengan family Dot yang banyak membatu kami kat Kuching. Thanks A Lot !

Akhirnya tamat la kisah Dina & family ke Kuching. :) Gambar banyak, nanti DD dina akan upload kat FB

Friday, December 03, 2010

Dina ke Sarawak (Sambungan dari cerita yang tertunggak)

Sorry sebab lama giler cerita Dina ke Sarawak tertunggak.

Cerita berikutnya di  Sarawak ialah pasal MAKAN. Antara makanan yang sempat kami makan kat Kuching ialah Mee Kolok, Laksa Sarawak, Ayam Penyet & Seafood.

Nie breakfast kat hotel... not bad.


Mee kolok. Cuba tengok dia ada tulis Pok Sapi... apakah? hihihihhi... Mee kolok ni makan kat emmm... x igt mana... nanti daddy Dina edit ek kalau ingat.  :p




Seafood ni kat Top Sport food court tingkat 6 atas sekali. Gerai No. 25. 

Kalau yang very particular tentang HALAL, memang x boleh makan sini la sebab mostly yang meniaga adalah Ci.na. Tapi pengunjung Me.la.yu tetap ramai. 

Semua yang kami order semua yang terbaik. Sotong tepung memang rangup, kalah kat Kuala Perlis. Butter prawn yang manis sebab bukan macam style kat K.L yang biasa di makan tapi udang tu di masak dengan butter and honey.







Yang kat bawah ni makan kat Kampung Boyan. Betul-betul kat belakang foodcourt Kampung Boyan. Nama kedainya kalau x silap Barok gitulah.  :)

Kat sini mee kolok dia x berapa sedap tapi nasi ayam penyet dia sedap. Itu adalah komen dari daddy la, mummy punyer komen toksah tanya la. Orang mabuk makan apa pun sama je seleranya...  :p





Banyak lagi tempat yang x sempat nak pergi dan jamah sebab mummy x berapa sihatkan. Tapi ada a few tempat kami pergi contohnya di Satok, malam-malam ada gerai kat situ. Memang semua Malay la dan ayam panggang yang daddy beli sedap.

Lagi satu best makan kat Kampung Budaya. Nasi goreng apa ntahla kami makan, sedap giler. Not sure la nasi tu yang sedap ke or kami yang lapar tapi memang sedap. Sotong tepung dia pun sedap. Nak try mee Sarawak kat situ tapi macam x mampu nak makan je lagi. Melepas nak merasa.  :(

So far kat Kuching ni makan memang best. Rasa dia boleh masuk tekak kami la compare di Sabah dulu. Banyak lagi menu yang x sempat di cuba, contohnya ayam pangsuh, umai n etc tapi mummy x rasa ralat pun sebab memang mummy x lalu la bab makan-makan ni. Tapi x tahulah pula daddykan...?

Daddy ajak makan sekali lagi kat Top Sport tu pun mummy x nak even sedap sebab ntah... mabuk kali ni habis putus segala selera. Sorry daddy... sorry Dina.



>>> Daddy, mummy tolong sambung ek. Lama sangat dok tertangguh. Nak cerita byk mende lagi ni.