Friday, November 30, 2007

Dina dah pandai jalan

30 November 2007.

Petang tadi menjelang waktu Maghrib, Daddy Dina terkejut dengan sorakkan beberapa sepupui Dina di rumah Uwan. Rupa-rupanya lesemua sepupu Dina xcited tengok Dina yang dah mula berjalan. Kagum Daddy dan Mummy sebabnya bukan satu atau dua langkah Dina berjalan, tapi rasanya lebih dari 10 langkah. Dengan penuh confident Dina berjalan.

Betapa happynya Daddy dan Mummy tengok akhirnya Puteri tersayang sudah pandai dan tak takut lagi untuk berjalan.

So untuk pelawat setia blog dina, jom join sama melihat antara step pertama Dina :)




Hadiah Dari daddy dan Mummy untuk Birthday Girl

Sempena dengan harijadi Dina, Daddy dan Mummy telah menghadiahkan sebuah "tricycle" untuk Dina.


Hadiah ni Daddy dan Mummy belikan semasa Warehouse Sale Mydear kat Puchong. Seperti mana tahun lepas, tahun ni Daddy dan Mummy takkan miss Warehouse Sale MyDear.

Sekarang Stroller dan Walker Dina dah dibungkus dengan rapi.





Wednesday, November 14, 2007

Sesi penutup acara majlis Besday Dina

Alhamdulillah majlis besday Dina and open house berjalan dengan lancar walaupun lewat petang keadaan cuaca tak baik tapi still ada yang datang menjengah lagi. Thank you pada yang hadir and also present for Dina.

Selepas bila semuanya dah dikemaskan sesi penutup berlangsung dengan penuh excited ... terutama Aina (cousin Dina). Walaupun Dina kecil lagi tapi Dina pun sama je excitednya nak buka hadiah. Habis satu-satu bungkus ditarik untuk di buka. Setiap kali hadiah di buka Dina akan tepuk tangan dengan happynya! Aksi yang selalu Dina buat bila tiap kali Dina berjaya melakukan sesuatu perkara. Anak mummy n daddy nih memang bijak! Cousin-cousin Dina yang lain pun tumpang sekaki tolong Dina bukakan hadiah coz ada sesetengah tu Dina tak boleh koyakkan sendiri.

Dina banyak dapat baju.. maka bertambah-tambah la lagi koleksi baju Dina... lepas nih mummy Dina kena sarungkan semua baju baru setiap hari. Itu pun Auntie Ayin bagi baju yang kecik sikit so terpaksala tukar (apala Auntie Ayin nih... anak buah sendiri pun x ingat besau mana).

Semoga Dina membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang baik. Mummy and Daddy sentiasa mendoakan moga Dina berjaya dunia dan akhirat.

Aksi-aksi Dina sewaktu membuka hadiah yang di terimanya.


Hadiah dari mama Ida.. pos from Kelantan. Inside ada cute bear kaler kelabu.





Friday, November 09, 2007

Majlis Rumah Terbuka & Hari Jadi Dina

Maaf la kepada semua pengunjung setia blog Dina. Seminggu dua ni Daddy Dina bz tambahan pula Umi terpaksa ditahan di Hospital dan juga kesihatan Dina yang tidak memuaskan, so "mood" nak posting pun berkurangan.

Majlis rumah terbuka dan hari jadi Dina (27 Nov) berjalan dengan lancar. Alhamdulilah jemputan amat menggalakkan. Walaupun pada hari tersebut beberapa jalan ke Ukay Perdana jem, tapi masih ramai yang dapat meluangkan masa untuk hadir. Jutaan terima kasih daripada Dina dan seluruh ahli keluarga Dina kepada tetamu yang hadir. Mintak maaf jika terdapat sebarang kekurangan.

Antara menu yang disediakan pada hari tersebut ialah Laksa Penang, Kuzi Ayam, Bihun Goreng, kuah kacang, Lontong, Nasi Himpit, Pulut, Sambal Tumis dll. Jemputan yang hadir juga amat menggalakkan. Hampir semua yang dijemput dapat menghadirkan diri dari seawal 2.30 petang hingga 7 malam.

Dina dapat 9 pasang baju , 5 permainan dan satu coklat sebagai hadiah besday. Angpau besday pun Dina dapat jugak. Terima kasih bebanyak kepada semua yang meberikan Dina hadiah. Pada yang tak dapat hadir tapi meng"pos" hadiah pun terima kasih jugak.

Birthday Girl

Mummy dan Birthday Girl

Antara tetamu yang hadir

Kelihatan Dina keletihan setelah teruk diusung kesana kemari oleh tetamu yang hadir

Birthday Kek (Kek ni memang sedap, sehinggakan licin dibaham oleh semua tetamu)

Dina & Family sebelum memotong kek