Tuesday, September 13, 2011

Hilang rambut




Ada orang tu hilang rambut. Rambut dia dah pergi mana ntah. hihihihihi....



Taraaaa......

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Cool jek dia India tu godek pale dia tau.

Sayang gila sebenarnye nak cukur rambut Qisya. Tapi selepas menerima a few pendapat dan pandangan dari mereka-mereka yang berilmu, cukur juga akhirnya.

Rambut Qisya x sama macam Kak Longnya. Qisya lahir dengan rambut yang halus dan lebat. Kalau pergi memana, attraction orang pada Qisya adalah rambutnya, kedua baru keramahannya.

Memang akan rindu dengan wajah dia berambut lebat original dari dalam perut mummy....

Tapi bila tenung lama-lama nampak comel pulak berkepala booolatttt sebegitu. Pak Lang frust sebab selalu dia panggil Qisya dengan gelaran "si rambut" and now Qisya dan Pak Lang dah sama design. hihihihihi....



My new look hah!

Habit saya sekarang adalah hisap jari dan hisap kain.



Meh layan video nih. Tapi jangan stress la sebab bingit giler TV channel yang India tu pasang.



Monday, September 12, 2011

Aidilfitri Dina & Qisya 2011 - Episod Last

Raya ke 2 kami sekeluarga pergi beraya kat rumah saudara & cousin DD di Kota Bharu and member Mummy kat Bachok. Raya ke 3 lak p kenduri kawen Best fren Mummy. Actually memang kebetulan lak, ntah macam mana best fren mummy masa study kat UUM ni asal satu kampung dengan nenek DD. Memang kecik dunia ni.

Kami semua bertolak pulang ke KL, petang raya ke 3. Lebih kurang jam 5.15ptg kami bertolak dari Bt 11. Jalan memang jem. Dari Ketereh ke Kuala Krai amik masa lebih kurang 2 jam. tapi yang seronoknya lepas je Kuala Krai, walaupun banyak kereta, tapi jalan smooth.

Perjalanan pulang kali ni 2X je DD berenti, tu pun berenti p toilet je. Alhamdulilah, kami sekeluarga selamat sampai kat rumah jam 1.15am.



Friday, September 09, 2011

Aidilfitri Dina & Qisya 2011 - Episod 2

Hari raya pertama tak banyak cerita yang menarik. Macam biasa, hari pertama ni banyak xtvt berposing depan kamera. So, biarlah gambar memberikan ceritanya.

Dina dan sepupu + 2 pupu

Dina

Mummy

Inilah Tok Nyang Dina (Belah DD). 

Gambar bertiga, Masa ni Qisya tidor dalam buai

Qisya & Rayyan

Bergambar sekeluarga bersama Tok Nyang. Baru terperasan, naper takde gambar satu family dengan Tok Pa???

Mummy bersama Towkey Taska

Bersama keluarag sepupu

Dah alang-alang balik Kelantan, kami semua melawat  Moyang  Dina  (Belah Nek Umi). Actually Moyang Dina ni Chinesse, so Dina & Qisya berdarah mix Malay & Chinesse ;p sebab Nek Umi memang Chinesse.

Thursday, September 08, 2011

Aidilfitri Dina & Qisya 2011 .... Episod Satu

Lebaran tahun ni berbeza sikit daripada sebelumnya. Kali ni Dina menyambut Aidilfitri sebagai seorang kakak. Tahun ni, tahun pertama Qisya celebrate Aidilfitri. Selain itu, inilah kali pertama sejak DD & MM kahwin, kami semua sambut Aidilfitri di Kelantan. 

2 faktor utama DD & MM beraya kat Kelantan, pertama sebab nak kenalkan Qisya pada Tok Nyang Kelate dan lagi satu best fren MM kahwin, tapi faktor paling utama cuti raya tahun ni panjang sebab combined dengan cuti merdeka.

Hari Ahad, kami semua berbuka puasa rumah Nek Umi kat Ukay Perdana, lepas je berbuka & Isya', kami sekeluarga berkonvoi bersama dengan family Uncle Rain. Alhamdulilah, sepanjang perjalanan memang 'smooth', walaupun kereta banyak, tapi takde langsung kesesakan lalulintas. Kami bertolak lebih kurang jam 9:30malam, dalam pukul 4:15pagi selamat sampai rumah Tok Nyang Dina & Qisya. Kiranya sempatlah bersahur kat rumah.

Petangnya DD pergi ke pasar ramadhan Ketereh. Giler rambang mata tengok variasi lauk pauk Kelate. Dari segi harga lak ada yang murah dan ada gak yang lebih kurang ngan harga kat KL. Tapi, apa yang penting ....... rasanya memang original dan sedap.

Kiranya tahun ni, sempatlah DD & MM bersahur dan berbuka sekali kat Kelate.

Dina kat kampung, 24jam main..main...main....main


Dina & Sepupu (Aina)
 

Daging Bakar. Memang murah dan sedap, 3 ketul RM3 je.

Ayam percik kelantan, seketul RM6. 

Gulai Kawah. RM5 sebungkus.

Menu ni jangan lupa, Budu :)

Mesyuarat tergempar anak dara

Qisya pun nak join meeting

Xtvt malam raya.


Friday, September 02, 2011

Cerita Tertangguh - Ramadhan Buffet 2011

Alhamdulilah tahun ni sempat lah kami sekeluarga berbuka secara buffet di luar 4X. Kali ni DD nak review 3 lagi lokasi berbuka kami yang tak sempat nak direviewkan sebelum ni. 


Tahun ni kami berbuka di Kelab Golf D Raja Selangor, De Palma Ampang, Equatorial Bangi & Residenve Inn Uniten Bangi. 


Untuk De Palma Ampang, DD dah review dekat link ni. Kali ni nak review 3 lokasi lagi :-




KELAB GOLF SELANGOR.




Kami sekelurga berbuka kat sini dengan family sebelah mummy. Ini kali kedua kami berbuka kat sini, tahun lepas pun dah berbuka kat sini. Actually tahun lepas memang best berbuka kat sini sebab crowd tak banyak dan semuanya 'well behaved', maklumlah mostly daripada keluarga elit yang berbuka kat sini. Makanan pun walaupun tak banyak pilihan, tapi semuanya sedap dan kos pun tak mahal, kalau tak silap tahun lepas lebih kurang dalam RM30++.  TETAPI tahun ni (2011), memang mengecewakan. Kos buffet dah naik dalam RM40++ lepas tu crowd pun dah bertambah (walaupun tak seteruk De Palma Ampang) . Dan yang paling menyakitkan hati, makanan terlampau mengecewakan. Hampir 90% sejuk dan tak sedap. Kiranya ini adalah salah satu lokasi berbuka yang mengecewakan untuk tahun ni selepas De Palma Ampang.




EQUATORIAL BANGI


Dina & Sepupunya (Kak Ikah)


Office mummy yang anjurkan majlis berbuka di Equatorial Bangi. Buffet kat sini crowd boleh tahan jugak ramainya tapi tak lah seteruk De Palma Ampang sampai berlanggar bontot kerusi. Kiranya keselesaan pengunjung tetap diutamakan kat sini. Makanan kat sini pun memang sedap dan menarik. Mostly semua makanan sedap dan lebih daripada mencukupi walaupun lepak lama-lama kat sini. Kos memang mahal, kalau tak silap dalam RM88++ tapi berbaloi.




RESIDENCE INN, BANGI.


Alhamdulilah berbuka kat sini ditaja oleh salah seorang ahli keluarga Mummy. Tak terpikir gak lokasi ni menjadi pilihan. Tapi memang tidak mengecewakan. Dengan kos lebih kurang RM60++ jauh lebih bagus berbanding dengan De Palma Ampang. Pilihan makanan memang banyak terutamanya makanan tradisi daripada pantai timur (sata, keropok lekor). Lokasi ni juga merupakan antara pilihan kami maybe untuk nxt year :)