Sunday, August 22, 2010

Lawatan wajib sebelum raya


Jumaat lepas office mummy  ada buat jamuan berbuka di Ar-Rawsha, mummy bawa Dina and daddy ikut sama. Makan free, jemputan harusla dipenuhikan.   :)

Lepas makan menu-menu Arab yang sungguhla x menyelerakan sebab pening dengan daging sana sini (tapi kalau makan ala-cart ok jek before) dan menu yg limited, kepala otak mummy mula la toing toing toing. 

Bukan pening ok! Tapi idea mariiii. hahahaha.... ada jek mummy ni kan. Kami menuju ke Ampang Point dengan harapan nak singgah kedai emas.

Nak tukar barang kemas Dina and beli yang baru. Sana ada dua kedai emas je dan dua-dua tempat tu dah biasa beli la. 

Kedai fisrt tu yang mengadap Restoran Tarbush. Apa ntah nama. Tanya situ dulu sebab kedai-kedai gitu sometime design dia lagi menarik dari Poh Kong. 

Masuk jek kedai emas tu, meluru anak dara mummy duduk kat kerusi. Tak tengok kiri kanan ok! Punyer la semangat tengok barang kemas.

Mummy tanya dulu berapa barang lama yang diorang nak amik. SA tu telek-telek emas mummy siap amik teropong tu tengok. Aih... sepanjang mummy membeli emas, x pernah la plak sampai orang teropong emas yang mummy nak jual balik. 

Lepas tu tanya surat emas lama. Giler hape tanya surat emas lama yang dah 4 tahun tu? Dahla gelang kaki Dina orang yang kasi. Mana ada surat? Mummy mula la curiga dengan SA nih. Mintak surat la, guna teropong la... "Kau ingat tu emas curi ke?"

Marah la mummy, punyer la teliti si SA tu telek tau. Previously mummy beli kat situ xde la plak dia mintak itu ini. Baru keje hapeee?

Dia timbang then buat kira-kira. Punyerla panjang pengiraan dia tau. Sekali tu kuarla total amount RM980.00.  Tu jek nilai yang di ble tolak. Mummy tengok gelang tangan paling sikit dia amik. Mummy fikir-fikir balik... mummy cakap xpela, x jadi tolak. Mintak balik semua barang kemas mummy tuh.

Mummy seret hubby dan Dina pergi Poh Kong plak. Suruh SA tu kira berapa harga barang yang mummy nak tolak nih. Sekali dia tulis gram dengan nilai RM sangat2 la berbeza dengan SA kedai sebelum tu.

Daddy tengok muka mummy, mummy tengok muka daddy. Biar betul minah SA sebelum tu. Kot yer nak tipu pun berpada-pada la. Even dia tolak 20% pun tapi jangan la sampai ketara giler ok bezanyer.

SA PK tu pun kira simple jek. Depan mata kami semua jadi kami tau dia tekan apa. SA kedai before tu kira depan mata gak tp x boleh nak tangkap sebab dia tekan macam-macam sekali tu kuar satu angka. 

Daddy pun siap kira sekali tapi muka berkerut-kerut sebab xdapat amount macam SA tu buat. Giler arh...! Mak cik dari kampung bolehla nak kelentong punnnnnn....

Mummy tengok jek amount SA PK tu terus mummy setuju tolak then mummy amik gelang baru dan rantai + pendant utk Dina. Nak beli cincin terus SA tu x advise sbb ada yang pernah beli tuk anak depa sekali tu cincin tu cederakan muka.

Jadinyer abaikan cincin. Bila tanya nak subang tak kat Dina, angguk aje dier. Mummy ok jek tapi mummy just worried kat Dina kang melalak x hengat! Dahla time kami membeli tu ada sorang budak pempuan kecik sikit dari Dina melalak-lalak dalam PK tu bila parents derang bawa. 

SA tu kate dia dah berkali-kali datang nak tembak balik sebelah lubang untuk budak pempuan tu sebab yang sebelah tu dia cabut jadi lubang dah tertutup.

Dina tengok dia melalak terus seriauuu.. daddy plak takut-takutkan Dina lagi la terus geleng xnak. Mummy pun x suker nak tindikkan Dina sebab mummy sendiri pun x pernah ada lubang kat telinga. hahahahaha....

Kalau Dina nak juga, esok dah besar Dina mintak lagi mummy tindikkan la. Bila dah besar sikit bolehla fahamkan. Bila dia tembak dan tekejut, xdela sampai jadi takut ke hapekan. 

Mummy-mummy out there yang sker anak bertindik ok la. Mummy Dina x suker. Tu sebab x excited pun nak tindikkan. Daddy pun x kasi. Daddy pun sependapat dengan mummy, dah besar esok mintak nk tindik, baru kami tindik.   :)

Tapikan yang x tahannyerkan... bila mummy pilih rantai untuk Dinakan, mummy saje la tanya dia "Kakak yang tu ok tak?" (refer kat satu rantai halus nih). Dina geleng cakap x moh. Bila tanya balik nak yang mana? Dina jawab "Dina nak yang besar." 

Tergelak besar mummy kat situ. huhuhuhuhu... aihla Dina nih, kecik-kecik dah demand. Kalau la PK tu mummy punyer, besar lengan pun mummy kasi ok!  :)

Daddy pun tergelak tengok gelagat Dina. Daddy kata, esok memang bankrup la boyfren Dina kene beli emas yang besar punyerrrrr!





Saturday, August 14, 2010

Daddy


Lama mummy x corat-coret dalam blog Dina. Mummy malas pun ada, x free pun ada. Ntahlah.... bila dah malas, macam-macam alasan boleh keluar.

Dah beberapa hari Dina alami bisul. Kalau x silap, ni kali ke- 2 or 3 bisul naik. Paling teruk waktu nak ke Bandung dulu. Kali ni bisul naik kat dada. 

Mula-mula nampak kecik jek. Mummy just sapu krim gatal yang ada, kemudian makin besar dan bermata. Memerah area bisul tu dan nampak sedikit bengkak. Sakit everytime disentuh or tersentuh. So that mummy suruh daddy bawa Dina ke klinik.

Doc kasi krim tuk sapu kt bisul and bibir. Yup! Bibir pun ada naik macam kudis. Doc cakap tu virus. Kotoran yang dia alergi. Doc kasi ubat tahan sakit dan antibiotik.

As usual ubat antibiotik xkan boleh makan punyerla sebab busuk dan x sedap. Ubat tahan sakit boleh lagi bila kita cakap perisa oren. hihihihi...

Yang akan sapu semua ubat tu of course la daddy. Kalau mummy, xde maknanyer la nak sapu. Mesti bertekak-bergaduh bagai dengan Dina. huhuhuhu...

Mummy suka cara daddy sebab dia faham keadaan Dina and know how to attract Dina untuk sesuatu benda. Mummy nih keras dan kasar sikit tapi daddy very soft and caring. LOVE U daddy....

Daddy umpan Dina tiap kali nak sapu ubat dengan cara, mula-mula daddy sapu kat bibir dan bisul Dina then Dina akan apply krim tu kat badan daddy plak. Daddy cari la mana2 badan dia yang ada luka. 

Mummy x perasan pun daddy buat macam tu. 2nd time tengok lorrrr... gini dua-beranak ni dok kompromi. Daddy kate dah gitu je cara nak ajak dia letak ubat cara berlembut. huhuhuuhu... kalau mummy memang x layan la. Dina ngelak je letak ubat mummy mesti jerit-jerit suruh dia dengar and behave. 

Bukan tu aje, bab-bab makan pun everytime daddy suapkan daddy mesti ikut je ragam dan cara Dina. Mummy pulak jarang nak bersabar macam tu sebab lambat la siap makannyerrrr.....

Even tiap kali pergi beli toys, kalau Dina pilih yang mahal-mahal tapi daddy x moh belikan sebab kadang-kadang tu we know barang mahal macam mana pun susah nak tahan lama bila Dina yang main. Jadi daddy akan guna approach yang boleh attract Dina twistkan dari mahal kepada yang ok ok.

Nanti sampai rumah daddy akan excited layan Dina main toys tu. hihihhihi... mummy layan bila ada mood jek. Dina nih dia suker ajak kita main sama-sama. Macam main puzzle tau, dia terjerit2 la ajak kita main sama tapi lepas tu dia tak kasi kita pasang pun. 

Semua puzzle tu dia control... habis tu watper ajak kalau x kasi pasang nak oiiii???? Tu la Dina. Dia just nak kita suruh layan dia... tapi mummy ni sekali-sekala ok la, kalau tiap masa nak ngadap Dina je memang x siap la keje mummy kakak.

Apa-apa hal pun, mummy respect dengan daddy sebab bab melayan anak daddy memang superb. Marah pun takat tu jek. Nama nak pukul-pukul memang xde laaaaa.... tu sebab la Dina very the manjaaaa....

Dina, you are lucking ada daddy macam daddy tauuuuuu... rajin, sgt caring and tolerate dan pandai layan Dina, but not most of the time la. Bila daddy penat, malas gak daddy layan. Kan daddy kan kan...  :)


Dina dengan daddy... ada rupa anak daddy ke ek?

Sesi terjun bermula... hahaha.. x menjadi la amik gambar gini.

Kat bawah ni few gambar sekitar majlis hari jadi Wan yang di buat sekali dengan majlis doa selamat dan solat hajat untuk kazen-kazen Dina yang akan ambil UPSR.

Kek yang mummy buat khas untuk Wan. 
Xde nozel jadi wording tu main taram aje. 
Tunggu beli nozel baru ble buat cecantik.
Wan dengan anak-anak dan cucu-cucunya. 
Ada 2 kek! Satu lagi mummy beli. Kek eskrim.

Dina yang berlemoih... comot!