Sunday, January 10, 2016

4  January 2016 (Isnin)

Bismillahirahmannirahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah...hari ni Nur Qisya Qistina Binti Ahmad Nazmin first day at kindy. Dedi dan mami daftar adik masuk Pasti Iqra' dekat area rumah.

Mula-mula dedi mami takut juga dedi mami tak beri yang adil untuk along dan adik sebab dulu along merasa kindy yang mahal. Tapi in sha Allah pilihan untuk adik ni yang terbaik. Mahal itu bukan jaminan untuk berjayakan sayang?

Adik pun seronok je pergi sekolah. Tak menangis langsung malah mudah je nak suruh adik masuk ke sekolah. Kebetulan dua pupu adik pun sama sekolah di situ, jadi agak mudah juga adik nak sesuaikan diri. Al-Amin pun ada tapi dia masuk kelas 4 tahun.

Alhamdulillah...semuanya dalam keadaan baik dan lancar. Semoga adik enjoy dan happy ya! Dedi dan mami sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak syurga kami. Semoga along dan adik cemerlang sebagai anak yang solehah. Amin.





~Mami menulis untuk anak2~