Nur Irdina Batrisya

Dilahirkan pada 27 Oktober 2006 jam 11:08 p.m di PUSRAWI KL. Berat semasa dilahirkan ialah 3.53kg.

Dina atau Kak Long merupakan nama gelaran yang dipanggil. Puteri sulong Daddy dan Mummy amat meminati kartun Barney's & Friends dan macam kebanyakan kanak-kanak lain, saluran 613 (Playhouse Disney) ialah saluran TV favourite.

Dina mempunyai dua habit, pertamanya Dina amat suka hisap jari terutamanya bila nak tidur atau tengok TV mahupun saat keboringan melanda.


Keduanya, Dina amat suka masukkan jari ke dalam label (refer semua Disney label yang ada pada pakaian atau sebarang barang) dan label itu akan dihidu. Tak tahu kenapa tabiat tu dilakukannya namun itulah habit yang biasa Dina lakukan.




Inilah Dina, beberapa jam selepas dilahirkan.