Monday, March 29, 2010

CNY Trip - Posting last kot ......



Malamnya (16 Feb 2010) - edisi sambungan

Selepas maghrib kami semua ke Pasar Malam Berinchang. Kiranya DD plan tuk dinner dengan juadah yang bermacam2 kat pasar malam ni. Macam biasa jalan tetap jem dan jangan xpect datang kat Cameron ni boleh makan best :)

Dina: Jom tengok gambar sekitar pasar malam.

Habis botol madu ni MM borong :p

uik... tangan sapa tu??


Nasi kukus yang rasanyer memang macam angin kus kus....

BB anak mat salleh, sebab tu makan burger je

Hari ni merupakan hari terakhir penjelajahan famili Dina sempena cuti tahun baru cina 2010. Bermula dengan breakfast di hotel, dan selepas tu siap berkemas, lebih kurang jam 12.00 t/hari kami semua bersedia untuk check out.

Pandai tak BB bergaya ?

Amik gambar before check-out. Perasan x kerusi yang ada tepi tu? Menggelabah derang cari kerusi tu even yang ntahpape asal ada la dari terus di bambu dengan customerkan. :)

Sudah check-out....


Selepas check out, perancangan awal ialah untuk naik ke atas, ke Pasar Kea Farm, TETAPI, jalan jem tahap maximum. So, terpaksalah MM shopping sayur-sayuran di kawasan berhampiran dengan muzium sejarah CH. DD ambil kesempatan ni untuk melawat muzium. Kat muzium ni DD saja yang xcited, MM ngan BB macam biasala memboringkan diri.... like mother like daughter :p

Antara yang ada dalam muzium tu...







Selepas muzium, kami semua terus turun ke bawah, tak sanggup nak naik atas sebab jalan jem teruk. MM beli je sayur2 yang ada jual kat sepanjang jalan nak turun ke tanah rata. Sambil singgah mana-mana kedai yang ada. Tapi x banyak.





At last kami beli sayur-sayuran di kawasan Ringlet dan sempatla singgah di ladang lebah yang ntah hapa hapa hehehehehe.....


Sentuhan DD...

Time nak turun dari cameron tu, nampakla orang2 asli menjual kat tepi jalan. Sekali tu nampak macam petai bergantungan... macam segar jek. Tapi dah terlepas... pastu DD drive slowly kot-kot ada lagi yang jual tapi xde. Dah hujung-hujung tu baru la nampak... wah meriah... banyak betul petai dan besar-besar.

DD suruh MM beli kasi kat Atok sebab Atok suker makan ulam petai... hihihihi... MM pun suka.


Lebih kurang jam 5.00 ptg selamat sampai di Tapah, berhenti lunch merangkap makan petang di RnR Tapah dan selamat sampai di KL lebih kurang jam 7.00 ptg.

Inilah antara percutian yang paling lama ke beberapa lokasi berbeza :)

KL - Kuala Perlis - Penang - Cameron - KL











Sunday, March 28, 2010

Soalan Bonus Sempena Sambutan Kuputeraan Sultan Kelantan

Cuba teka, tangan siapakah ini ?????


Jawapan pilihan

A: Tangan DD
B: Tangan MM
C: Tangan BB
D: Semua diatas bukan.

Thursday, March 25, 2010

CNY Trip hari ke 5 dgn tajuk kecil "Jalan-jalan melawat Cameron Highlands"

Hari ni merupakan sessi membuat lawatan ke Cameron Highlands. Selepas breakfast di hotel yang makanannya asyik tak cukup, meja lambat kemas (sebab staff kurang, tapi hotel full house) kami start bertolak keluar untuk menjelajah seluruh CH.

Bersemangat BB Dina makan. Tapi gaya je lebih ni, bukan makan sangat pun.


Kami akan start perjalanan dari atas (Ladang Teh) dan turun ke bawah (Tanah Rata). Perjalanan ke Ladang Teh Cameron Sungei Palas memang mencabar. Sesiapa yang pernah ke sana sure tahu jalan nak naik ke BOH Tea Centre memang sempit. Beberapa kali perjalanan nak ke Boh Centre tersekat gara-gara jalan yang sempit, perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi hampir sejam.

Nampak tak barisan kereta yang tersangkut esp bila bertembung sebab jalan sempit sangat dan banyak selekoh merbahaya.

Sampai je kat BOH Centre hujan renyai-renyal lak.

BB Dina happy sebab DD dukung dia, yang penatnya DD la sebab kena dukung BB sampai ke BOH Centre di puncak tu (refer gambar bawah)


Plaque perasmian BOH Centre


Hidung yang sensitif, padahal bau daun teh tu. Dah la Teh 'O' Ais tu minuman favourite BB, tapi bau teh punyala dia sensitif

Happy dengan soft toys "Mr BOH"


Di BOH Tea Centre Sungei Palas, sempatla kami melawat kilang dan shopping teh boh.

Selepas Ladang Teh, kami ke pasar berhampiran dengan Equatorial Hotel (Kea Farm). Kat sini MM sempat la memborong ubi + jagung mutiara (tapi hampeh jagung ni bila masak kat umah dah tak manis lak).

TQ to En Polis sebab menjaga trafik di sekitar Cameron, kalau takde En Polis ni, lagi terukla jem kat sini

Lepas tu kami ke Cactus Valley dan akhir sekali Ladang Strawberry. Lunch lak kat bawah Hotel Titiwangsa. Not bad la taste dia.



Lepas penat berjalan satu hari suntuk, kami balik kembali ke hotel tuk berehat kejup. Lepas maghrib kembali keluar ke pasar malam Berinchang, kiranya dinner dgn beli makanan kat pasar malam ni.

Meh cuci mata gambar-gambar time DD, MM n BB Dina excited memetik stobeghi (loghat BB). Best sangat sebab boleh pilih-pilih dan bergambar sakan. Tapi batas-batas yang di buat sangatlah bahaya sebab jalannyer tak rata dan berbatu-batu.