Sunday, September 30, 2007

Berbuka di Bangi

Pada hari Sabtu, selepas ke Jualam Gudang Anakku, Dina dan family terus ke Bangi rumah Ayah Long Dina. Family Dina sebelah Daddy buat majlis berbuka puasa bersama dengan Tok Pa di rumah Ayah Long. Semua sajian adalah secara "pot luck".

Pot Luck bermaksud:

A potluck is a gathering of people where each person is expected to bring a dish of food to be shared among the group.

sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Potluck


Sajian utama ialah nasi beriani gam seksyen 15 Bangi. Nasi beriani ni memang BEST dan harganya juga amat murah. Nasi Beriani Ayam RM5, Kambing RM6 dan Ayam Goreng Kampung RM6.50. Jika dibandingkan diantara harganya dan kuantiti nasi + lauk yang diberikan memang amat berbaloi. So, kepada sesiapa peminat nasi beriani diluar sana, cubalah Nasi Beriani Gam Johor Restoran Anje di seksyen 15 bangi.

Cara ke sana, selepas toll bangi / UKM, roundabout pertama ambi
l jam 12, selepas tu akan ternampak petronas di sebelah kanan. Tapi tak boleh masuk sebab ada divider. Buat u-turn di roun about seterusnya. Then masuk simpang selepas Petronas. Akan tiba di satu kawasan kedai. Belok kanan di lorong ke dua. Restoran Anje Nasi Beriani Gam ni berada di hujung jalan, bersebelahan dengan Restoran Puteri.

Ni ada satu blogspot yang cerita gak pasal nasi beriani gam ni http://nochickenwing.blogspot.com/2007/04/beriani-gam-johor.html


L to R : Tasha, Wafiq, Dina dan Aina

Sajian Berbuka Puasa

Ayam Goreng Kampung

Ayam Beriani

Kambing

Pelbagai warna seperti Traffic Lights


Auntie Ayin & Dina


Tok Pa dan Uncle Ayah Su Boi tengah sabar menunggu waktu berbuka


Amaran : Permainan ini hanya boleh dilakukan dengan pengawasan orang dewasa sahaja.


Yang besar lagi xcited main dari budak kecik.


Tok Pa sedang melihat cucu-cucunya bermain bunga api

Saturday, September 29, 2007

Anakku Ware House Sales !!!!!!!!


Satu panggilan telefon diterima oleh mummy Dina daripada auntie Shima pada 25 September 2007. Wah..... auntie Shima bagitau ada Anakku warehouse sales. Tak boleh jadi ni, daddy dengan mummy Dina memang tak pernah dapat pergi ke anakku warehouse sales ni. Dengar cerita daripada yang pernah pergi ke Anakku Warehouse Sales , barangan Anakku ni memang murah. Daddy tak kira, walau macam mana sekali pun Daddy nak bawak Mummy ngan Dina pergi serbu Warehouse Sales Anakku.

Malam tu juga, dengan menggunakan teknologi Internet, Daddy Dina te
rjumpa satu website yang memang menarik . Web ni, ialah detail mengenai Jualan2 Murah dan Gudang yang bakal di adakan di seluruh Malaysia. So, kepada kaki-kaki shopping yang ingin berbelanja dengan bijak, cubalah melawat ke website ni http://www.shoppingnsales.com/

Hari Sabtu (29 September 2007), Dina dan family telah pergi ke Jualan Gudang Anakku ni. Walaupun tempat tu jauh, (Kg Jawa Klang), tapi ianya memang berbaloi. Memang ramai pengunjung, ditambah pulak dengan cuaca yang panas, memang memenatkan. Banyak baju yang Daddy dan Mummy belikan untuk Dina. Dina juga dapat Stroller baru :)





p/s: malamnya Dina demam, maybe sebab cuaca panas sangat terutamanya semasa di Anakku Warehouse.

Monday, September 24, 2007

Dina Di Ukay Perdana

Aksi-aksi Dina bersama-sama dengan barisan koleksi teddy bear kepunyaan mummy dan auntie Ayin di Ukay Perdana.



Sunday, September 23, 2007

Sambutan Hari Jadi Pak Su Boi...

21 Sept 2007, Dina dan family bersama dengan nek umi, family ayah lang, auntie ayin dan uncle naza menyambur harijadi pak su.

Kami semua berbuka puasa di Restoran Simply Thai Taman Melawati. Makananya memang best.


Birthday Boy (Pak Su) yang ke 14 tahun


Mummy dengan kyusuknya minum air tembikai

Uncle Naza

Mak Lang, Wafiq dan Auntie Ayin

Ayah Lang, Dina dan Nek Umi


Monday, September 17, 2007

Dina Cirit Birit

Semalam (16 Sep 2007) Dina ke Polikllinik Dan Surgeri Ampang. Dina kena cirit birit. Menurut doktor, ini ialah perkara biasa bagi baby yang sedang membesar dan aktif. Nasihat doktor, cairkan sedikit susu yang Dina minum.

Hari ini (17 Sept), Dina still lagi cirit, tapi tak lah seteruk semalam.

Sunday, September 16, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN



Ini ialah Ramadhan kali pertama bagi Dina. Dina dan famili ingin menucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam yang melawat ke blog Dina. Nanti Dina akan update kan aktiviti-aktiviti berbuka puasa Dina & Family.

Thursday, September 06, 2007

Dina berjumpa rakan mummy

5 September 2007

Dina bersama mummy dan daddy dijemput untuk makan KFC "free" oleh auntie Awin (x office mate mummy). Auntie Awin datang bersama dengan anaknya, Adalia, yang hanya sebulan lebih tua dari Dina.
Thanks kepada Trainee Manager KFC Giant Kelana Jaya kerana sudi menaja makan malam. :)


Dina & Daddy

Dina & Mummy


Dina sedang memesan Chicky Meals.

Dina bersama Adalia.

Dua orang mummy sedang bergaya bersama anak masing-masing.


6 September 2007

Auntie Ida (X UUM sama ngan mummy) turun KL. Auntie Ida turun KL sebab ada meeting, so dia ambil kesempatan untuk menjengah mummy Dina dan Dina. Kami makan malam di Food Court Taman Putra Sulaiman Ampang.


Dina dan mummy bersama auntie Ida

Sunday, September 02, 2007

AKsi Dina

Beberapa aksi Dina membuat stunt




Mata Dina bengkak

2 September 2007,

Bangun pagi tadi, terkejut dady dan mummy bila tengok mata Dina bengkak. Tak tau kena apa. Maybe kena gigit dek serangga kot. Last 2 days, kat dahi Dina benjol gak sebab kena gigit dengan serangga.