Thursday, May 29, 2008

Dina ke Zoo Negara

18 Mei 2008

8.20 pg - Dina kene kejut bangun pagi. Punyerlah malas dia nak bangun. Dah ler malam tuh dia batai tido lambat macam biasa. Jenuh paksa dia tido awal. Tengok ler.. macam yg dijangka Dina susah nak bangun tido. 2-3 kali mummy kejut dia buat dek jek. Dah bukak mata pun dia bantai golek2 lagi.

8.45 pg - Bertolak ke Zoo Negara. Mummy just bekalkan Dina muffin, nuget, burger n donut.

9.00 pg - Sampai kat Zoo. Orang takde sgt lagi. Still lengang. Pintu pun macam derang baru jek bukak. Daddy kata bestnyer coz xde org lagi. Even nak naik train pun xyah beratur panjang. Tapi kami decide tuk jalan-jalan dulu. Still awal lagi... best exercise.

10.30 pg - Cuaca dah mula mendung. Alahai... susah kalau hujan. Tempat nak berteduh pun xde. Mummy and daddy bawa Dina ke Ape Centre
. Time tuh hujan dah mula turun... renyai-renyai... Bahyernyer...takut Dina demam lak. Dah ler xde payung, just bawa topi Dina jek. At last berhenti kat Ape Centre... tunggu sampai hujan reda. Kat situ Dina kasi orang utan makan pisang.

11.45 pg - Dah puas berjalan-jalan, bawa Dina naik train... pusing-pusing zoo sebelum decide tuk balik. Lagi pun cuaca dah mula panas, Dina pun dah berpeluh-peluh and orang pun dah ramai.

12.30 thgari - Kuar dari Zoo selepas puas berjalan-jalan.


Catatan ringkas lawatan Dina:-
  • Dina mula-mula sampai tuh still xde mood lg. Still ngantuk lagi. Cian Dina. Bawa tengok monyet pun tak excited sgt.
  • Dina berani giler kasi rusa makan. Daddy lak yg penakut.
  • Dina takut dengan gajah n zirafah that why susah nk suruh dia berposing dgn binatang-binatang tuh.
  • Dina paling suka time lepak-lepak kat depan kandang flamingo... dia panggil flaminggo tuh bird.

Wednesday, May 28, 2008

Dina xsehat la hari ni....

Hari nih mummy x pi kerja sebab jaga Dina. Tak sampai hati nak suruh Uwan jaga dengan keadaan Dina yang batuk tak berhenti tuh. Dari pagi tadi jek dah 3-4 kali Dina muntah. Habis baju... habis tilam... habis mummy skali. Kesiannyer mummy tengok Dina. Baru je beberapa hari lepas Dina sehat. Ingatnyer minggu nih nak bawa pergi injection tapi kene postpond lagi ler jawabnyer. Hari tuh dah bawa pi jumpa doktor tapi doktor advice jangan inject dulu memandangkan dia ada batuk and selsema sikit. Takut nanti makin melarat.

Orang kata anak-anak kalau nak membesar memang banyak kerenahnyer. Harap-harap Dina cepatlah sembuh. Bila Dina tak sehat mummy nak pergi kerja pun berat hati.

Sunday, May 25, 2008

Sambutan Mother's Day untuk Nek Umi

10 May 2008 sempena dengan sambutan Hari Ibu, daddy Dina telah arrangekan dinner untuk Nek Umi Dina di Restoran Tupai-Tupai (ini kali ke 3 Dina dinner kat tupai-tupai dalam masa sebulan)

Semua ahli keluarga daddy Dina hadir.


3 orang ibu yang sedang tekun menghayati makanan, terutamnya mummy Dina



Nek Umi bersama dengan ........... (alamak, lupa nama lak)



Auntie Ayin tengah praktis tuk menjadi ibu. Kuikuikuikui
sekarang ni jadi ibu kucing :p


semua tengah tengok apa tu?

Sunday, May 18, 2008

Jalan-jalan ke Johor



3 Mei 2008 (Sabtu)


Hari ni daddy nak bawa mummy dan Dina ke Johor. Sepupu mummy (Amy anak Cik Put) akan berkahwin hari Ahad ni di Kulai, Johor. So, dah alang-alang ke Johor, Daddy plan lah untuk overnight kat sana. Semua family mummy pergi kecuali Kak Noni. Family kak Lang dari hari jumaat lagi dah sampai JB. Mereka semua nak pi ke Singapura. Atuk dengan Uwan Dina pula ikut kami. Yang lain semuanya akan bertolak besok pagi (Ahad), mereka tak stay di JB kecuali family kak Shim.

Dari KL Dina bertolak lebih kurang jam 11.30am. Sepanjang perjalanan, Dina tidur dengan uwan kat belakang. Maklumlah, pagi tadi kena kejut awal dengan mummy.

Persinggahan pertama kami ialah di Batu Pahat. Bukan apa, Daddy teringin lak nak rasa Nasi Beriani Gam Mohd Shah yang famous sangat. Kebetulan pula, anak owner Nasi Beriani ni member UUM mummy. Memang sedap nasi beriani Mohd Shah ni. Daddy dengan atuk Dina makan Beriani kambing, Mummy dengan Uwan lak Ayam beriani. Dina?? Macam biasa, Dina ni "kaki diet". Tak makan :(

Thanks to Is coz' belanja kami semua makan. :)

Selepas lunch, perjalanan diteruskan lagi. Lebih kurang jam 4.30pm, kami semua sampai di Johor Bharu dan terus check in di Crystal Crowm Hotel. Daddy menggunakan perkhidmatan dari Cuti.Com



Malamnya, kami semua dinner bersama-sama dengan family Kak Lang dan juga family Aim di Stulang Laut. Aim baru saja sampai dari KL. untuk booking hotel ni. Perkhidmatan Cuti.Com ni memang bagus dan rate nya pun not bad, still murah dari kita contact direct hotel tersebut.



4 Mei 2008 (Ahad)

Selepas breakfast, lebih kurang jam 1230pm, kami semua check out dan terus ke Kulai untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu mummy. Kami sampai lebih kurang jam 1pm. Family Along, Family Kak Azie & Family Kak Shim dah sampai sebelum kami semua. Kak Ngan & family tiba dalam 5minit selepas kami sampai. Majlis meriah tapi malang sebab hujan turun. So, terpaksalah pengantik berarak lewat sedikit.

Lebih kurang 3.30pm, Dina bertolak pulang ke KL. Perjalanan lancar, jalan tak sesak sangat. Daddy hanya singgah di hentian Ayer Keroh sahaja dan tiba di KL lebih kurang jam 7pm.

Thursday, May 15, 2008

Sedikit Kerja Pembaikian Blog

Blog Dina akan menjalani sedikit kerja-kerja pembaikan.
Maklumlah semenjak talian internet terputus, banyak sangat sawang.

Segala kesulitan amat dikesali hehehehehehe.....

Sambutan Birthday Atuk

19 April 2008 Dina & family menyambut Birthday atuk di Restoran Tupai Tupai. Kami makan buffet steamboat. Actually seminggu sebelum tu, Dina bersama Daddy dan Mummy dah datang kat Tupai-Tupai ni.

Buffet kat sini ok gak, lebih kurang RM30 per head (termasuk minum). Pilihan makanan pun variety. Envirnment restoran pun not bad. So kepada sesiapa yang teringin nak makan steamboat dengan suasana restorang yang eksklusif, mungkin Tupai Tupai dapat memenuhi citarasa anda.


Dina tengah bersiap untuk ke Jamuan Birthday atuk.


Dina bersama mummy tengah tunggu lift kat lobi kondo.


Sessi makan-makan bermula.


Semua tengah concentrate makan.


Dina dan Irfan (sepupu Dina)


Di Entrance Tupai Tupai Restoran

Thursday, May 08, 2008

Sepanjang 4 bulan yang lalu

Lama giler tak update blog Dina ni, sampaikan Daddy Dina pun dah tak tau nak start macam mana. So buat permulaan ni Daddy Dina hanya akan upload kan sekitar gambar Dina sepanjang 4 bulan yang lepas. Actually banyak peristiwa yang berlaku pada Dina, tapi biarlah gambar yang menceritakan semuanya.













sambutan besday mummy Dina, tapi Dina lak yang xcited nak tiup ngan potong kek.


Dina bersama dengan anak member mummy x uum (kak bie)

Akhirnya.......

Yes!!!!! Sekarang baru lah dah ada line internet kat rumah Dina. So sekarang barulah daddy dina dapat selalu update kan blog Dina.

So kita tunggu................ kemunculan posting-posting terbaru perjalanan harian Baby Dina.