Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan Buffet - De Palma

Dulu sebelum DD & MM kawen, De Palma Ampang dan KDE merupakan tempat faveret kami berbuka puasa. Reason, dekat dengan rumah dan makanannya memang sedap. Lagipun early 2000 dulu, tak ramai sangat yang suka berbuka puasa kat hotel ni. Kami ingat lagi time tu kat De Palma, satu hall besar je yang bukak and time tu tak sampai separuh penuhnya. Nak parking pun senang dalam kawasan DePalma. Nak pilih makanan pun tak lah sampai beratur panjang.

Tapi tu hanyalah cerita dulu, cerita hampir sepuluh tahun dulu. So tahun ni, opis DD telah buat majlis berbuka puasa kat De Palma. Kalau ikutkan memang tak kan pergi lagi berbuka kat De Palma ni, sebab pengalaman lama . Boleh refer entry ni. Cinta hati mummy dan daddy... Irdina & Qisya: Ramadhan Buffet - De Palma Hotel Ampang

Dan untuk kesekian kalinya tahun ni, tetap sama. Makanan yang semakin kurang kualitinya, kecuali teh tarik (memang sedap). Manusia yang terlampau ramai, sampaikan nak duduk pun kerusi boleh berlanggar bontot. Dari tempat nak ambil makanan nak ke tempat duduk pun  terpaksa berjalan berpusing-pusing sebab ruang terlampau sempit. Beratur nak ambil makanan pun panjang, teringatlak DD time blajar kat hostel dulu. Semua beratur nak ambil makanan dengan tray makanan kat tangan.

Apa pun sebab free (opis belanja) so belasah je la. Tapi kalau nak gunakan duit sendiri rasanya tak berbaloi.






Monday, August 22, 2011

Aktivi Riadah Dina

Lama sangat DD tak update blog Dina & Qisya ni, maklumlah busy skit plus takde idea nak tulis apa walaupun pada hakikatnya banyak cerita yang dah tak terkongsi.

Sekarang Dina dah ada xtvt riadah yang baru. Kalau dulu, asal cuti je sure ajak DD pergi main playground kat Carrefour atau JJ. sekarang xtvt Dina dah bertukar. Dina dah main motor racing .....

Gaya seorang penunggang motor yang berhemah




Tapi bukan Dina je yang naik moto ni, DD pun naik gak :)



Kualiti gambar semua kurang memuaskan, sebab gambar adalah hasil daripada HP.

Thursday, August 18, 2011

Wartawan cilik


Sekarang mummy dah ada wartawan tak berbayar setiap kali sampai di rumah lepas balik bekerja tau. Wartawan ni tanpa segan, tanpa rasa takut melaporkan setiap perkara di luar pandangan mata mummy tau. Kiuttttt sangat!


Laporan pertama

Mummy: hai sayang.... (waktu ni wartawan cilik tu tengah main dengan toys dia)

Wartawan: mummyyyyyy.... (datang ke arah mummy terus peluk)

Wartawan: Mummy... hari ni Qisya cry kuat sangat 3 kali. Dia taknak minum susu mummy dalam botol.

Mummy: Qisya ni kenapa cry? Sian Uwan.



Laporan kedua

Wartawan: Hai mummy.... 

Mummy: Kakak buat apa? Tak mandi lagi ke?

Wartawan: Tak ada buat apa. Belum mandi. Kejup lagilah mummy yer yer.

Wartawan: Mummy... hari ni Qisya good. Dia cry satu je. Dia minum susu mummy banyak tau.

Mummy: Ye ke Qisya good? 

Wartawan: Iye.. Uwan cakap Qisya good. 



Laporan ketiga

Mummy: hai kakakkkkk.....

Wartawan: Mummyyyy.... (mulut je meriah tp mata dok ralit dengan toys)

Dah habis main terus datang kat mummy. Time nih mummy jenguk-jenguk Qisya dalam buaian.
Wartawan: Mummy! Tadi mummykan Uwan mandikan Qisya dekat sinki tu lepas tukan kepala Qisya terhantuk kat atas tu (refer to kitchen cabinet).

Mummy: Laa... ye ke?

Wartawan: Yer. Qisya nangis lepas tu.

huhuhuhuhu.... Uwan yang dengar pun rasa serba salah sebab aduan telah di buat oleh wartawan cilik tadi. hhahahahaha.... lawak tul tau si kakak nih. Sampai Uwan dia pun  habis direportnyer.


Sekarang ni hari-hari akan mendapat laporan dari Kak Long si Qisya tentang aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Kadang-kadang dia update aktiviti menangis+minum susu si adik. Kadang-kadang aktiviti diri dia sendiri.

Sejak x sekolah ni nampak boring je. Uwan cakap setiap hari dia akan ulang buka buku. Macam malam tadi dia dok mengiri from 60 - 100 sampai lelap. Kesian mummy tengok tapi itulah... dah hujung tahun sangat, tahun depan je la masuk sekolah balik yer kakak.

Nak masuk tadika pun bukannya perlukan modal yang sedikit. Sekarang ni pelajar pun dah menjadi satu perniagaan yang meriah. Ramai orang berlumba-lumba mencari pendapatan dengan menjual ilmu.

Inilah wartawan cilik mummy dengan adiknya