Saturday, August 22, 2009

Sekadar yang ada...

Ni antara baju yang mummy sempat rembat. Semuanya ikut sempat aje. Ada tu tak test langsung kat badan Dina. Mummy kaut je bila tengok cantik kat mata mummy, tapi tak tahulah kat mata orang lainkan.

Susah nak shopping banyak-banyak terutama dalam keadaan Dina yang suka meragam. Bila nampak cantik je janganlah toleh ke belakang, capai aje terus bayar. Kalau mummy lengah-lengah pilih memang takkan dapat apa.







Dalam bakul tu semua baju Dina. Mummy siap cuci then simpan elok-elok untuk pakai time raya nanti. Raya ni no more shopping for Dina yerr... Dress pula just sehelai je yang terembat, yang lain sempat tengok dan geram dari jauh je. Susah nak pilih sebab time nak memilih time tula Dina berangin. Yang ni pun main capai je, ukur pun ala kadar kat badan dia.

Time pegang dress tu dia bukan tengah mengira tau... tapi tengah adjust tangan buat peace. Lambat sangat nak siap peacenyer daddy snap je. :p hehehe...



Nie? hahaha... saja nk tunjuk baju tidur mummy.
Tu je yang di beli. Percaya tak? Up to you... :p



Friday, August 21, 2009

Bandung - Jakarta *Part 4

Day 2 cont'

Cuba tengok anak dara mummy ni... yer dah tuko baju. Baju baru lak tu yang dipakainya. Baju tukan made in Indonesia, kualiti kain sangat soft dan tebal dan regenya RM10 je. Kalau kita baju begini jual kat mall biasa2 pun dah berapa ringgitkan? Okla untuk basahan hari-hari.




Time orang sumer sibuk membeli-belah, Dina meragam la pula. Sekejup nak dengan orang tu sekejup dengan orang ni. Memang tension sangat melayan kerenah Dina tapi mummy tahu Dina penat. Bila nak tidur tu Dina dalam dukungan Pakcik Ucop, then Pakcik Ucop bawa Dina naik bas dengan harapan Dina akan lelap sendiri dalam bas tu tapi hampeh!

Mummy terpaksa usung Dina bawa balik kat Pakciknyer untuk memenuhi kerenah mengada-ngadanyer itu. Daddy pujuk2 nak tidurkan pun boleh di buat tak tahu je. Bila Pakciknyer melayan kerenah Dina, boleh pulak Dina lelap kat bahu Pakcik Ucop tu. Sian Pakcik Dina tau... lenguh dukung Dina. Mummy amik Dina usung terus masuk dalam bas. Giler lenguh! Jauhlah pula outlet tu dengan bas.




Time orang sumer makan malam Dina tidur juga, mummy pinjam buggie Irfan jadinyer tidur dudukla Dina dalam buggie tu sebab xle nak rebahkan. Makan malam, menu adalah berasaskan makanan laut. So far okla tapi x boleh lawan seafood kat Mesia. Moto kedai makan tu best tau... Kualiti 5 Bintang, Harga Kaki 5.. bintang tu dia letak gambo bintang 5 bijik pastu kaki lima tu dia letak gambo tapak kaki. Kreatif sungguh. Terpaksa explain panjang-panjang sebab xdak gambo nak tunjuk.



Day 3

Bangun pagi, breakfast then check-out. Hari ni nak ke Jakarta semula. Before gerak ke Jakarta singgah beli kek kat Kartika Sari, kedai kek famous di Bandung.



Macam tulah dia kalau tiap kali suruh amik gambo...



Tunggu Mak Ngah tak siap makan lagi.
Paksu lak tak mandi-mandi lagi... adeeeiii...


Beli seketul je kek sebab beli banyak-banyak pun bukan makan. Nak kasi orang pun, kek tu tahan 4 hari jek so beli seketul kerat 4 cukupla untuk daddy bawa opis, mummy bawa opis, Nek Umi dan Tokpa n ma. Dina mana makan kek mahal-mahal ni, Dina makan cekelat je kat kedai kek tu.




Dalam plastik tu ada cekelat yer... bukan kek. Tu sebab Dina yang pegang. :)



Mana-mana pergi kalau Kak Ya ada... aih... Kak Ya la di hati....!
Suka hati Dinalah sayang...

Sebab kasihankan kat Atok yang asyikla diusung ke shopping mall je makanyer sampai je di Jakarta terus ke Monas. Monas tu ialah Tugu Monumen Nasional di Indonesia. Kat menara Monas tu ada macam satu bentuk ala-ala aiskrim putar yang beli kat Mc D tu. Mercu tandan tu dilitupi dengan emas tulen seberat 50kg. So kalau ada sesiapa nak curi mercu tu derang kene sewa helikopter sebab tinggikan macam Menara KL.

Nak sampai ke menara tu akan ada satu keretapi kontot. Nak beratur untuk naik ke menara ok lagi boleh berlindung bawah pokok. Tapi nak balik tu punyerla panas sebab kene beratur betul-betul bawah terik matahari. Sian Dina kepanasan. Memang terik gilerla. Napela kerajaan Indonesia ni tak sediakan bumbungkan?



Masuk kat dalam menara tu akan ada pameran cerita pasal Indonesia. Dahla dalam tu gelap then gambo2 dalam pameran pun gelap makanya Atok cakap "Atok satu pun tak nampak apa ada dalam pameran tu Dina". :) Sian Atuk.

Puas pusing kat dalam tu kita rehat dulu! Orang-orang Indonesia yang datang kat menara tu derang selamba je tau makan, tidur baring kat dalam menara tu. Taula ada econ! Bersepah-sepah macam derang buat tempat berkelah la plak.


Tengokla situasi dalam menara ni...


Ha... ni pun sama dah ala-ala orang Indon juga.. :p


Keluar je dari tempat pameran tu mak ai panas terik. Kebetulan esok tu hari Dirgahayu Indonesia ke-64, tu yang ramai giler orang kat kawasan menara. Ada stage kat tepi kawasan, ada orang buat raptai untuk menaikkan bendera.

Lepas berpanas terik terus pergi lunch then pergi WTC Mangga Dua. Mangga dua ni tutup pukul 5pm jadinyer masa dihabiskan kat sini sepenuhnya dan tempat yang dikunjung hanya satu level saja iaitu area bag tangan. Giler mummy tengok handbag kat situ jadinyer sempat kebas 3 bag.



Shopping kat Mangga dua sampai penat pastu terus ke Ambesador plak. Dekat sini lagi banyak jual baju budak-budak. Banyak pilihan dan setiap outlet jual design yang berbeza-beza dan cantik. Mummy beli jugalah sedikit dalam 2-3 helai lagi. Dah tak terlarat melayan kerenah Dina, mummy dan daddy decided masuk dalam bas awal sebab Dina meragam. Habis mummy dia gi bantai dengan buku yang dipegang. Bila meragam macam tu memang x boleh nak kawal, nak atau tidak kenela lepaskan hajat menyoping tu lagi.

Kedai tutup pukul 9pm, naik bus terus pergi dinner then terus check-in hotel. Esok pagi nak balik dah.




Kami stay kat Hotel Alia Cikini, Jakarta.




Time bekpes ni sumer tengah lembik. Sumer kene serang cirit-birit dan muntah. Tapi mummy, daddy dan Dina tak kene pulak. Alhamdulillah.... Kesian kat semua orang. Tak tahulah makan apa sampai teruk macam tu sekali.


Amik gambo last before balik. Tengok tu Dina gi lelap mata plak.
Amik lagi sekali la daddy yer...


Aih...dah peluk elok-elok pun lelap mata gak lagi.
Cukuplah daddy... malas mummy dah.



Sepanjang perjalanan dalam aloplane Dina sleep. Selamat daddy dan mummy.
Sebelum tu Dina dah merengek-rengek dah nak ke tempat Kak Ya.
Manala cousin Dina tu larat nak layan sebab Kak Ya, Kak Ika n Acap sumer lembik.


Yeay... dah habis dah cerita! So... takde papekan yang best. Asyik-asyik layan kerenah Dina. Dina nak dengan Uwanla, Mak Ngahla... Kak Ya la. Next time takleh dah join group yang Dina kenal sebab habis sumer orang dia nak ikut.



Bandung Day 2 *Part 3

Day 2

Hari ni adalah shopping time!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
So Dina are you ready?????????

Bandung adalah soooorga membeli-belah!!!!!!!!!!!!!!!!


Ini tiga budak sudah siap siaga untuk shopping!!!!!

Sangat best menyoping sampai tak tershoping. Bisul di kepala anak mummy dah semakin kecut since 1st day sampai Indonesia dia pecah dan darah pun meleleh sampai beku di kepala. Actually, malam masa di Pasar Baru tu badan Dina macam dah panas tau. Maybe sebab sakit sangat, area telinga kat bawah bisul tu memerah. Sian sangat kat anak dara tersayang tu tapi nak buat macam mana, nak tak nak mummy kene shopping juga.

Bila penat mummy dukung, daddy pula amik alih. Dina meragam pun sebab bisul tu lalau tidak takdela teruk sangat meragamnya. Dina jarang nak dukung melainkan daddy yang gatal nak dukung dia. Tapi bila tak sihat gitu asyikla mintak didukung. Dahla tak bawa buggie jadinyer tangan mummy dan daddy harus di korbankan menampung berat 12kg Dina tu.

1st night tidur kat hotel tu mak ai rasa nak tercabut segala urat tangan dan badan. Mummy ngadu kat daddy, daddy pun sama juga. Dina oh Dina... mummy nak pesan ni... next time kalau mummy nak pergi lagi Dina tinggal boleh?

Second day dihabiskan dengan merayau-rayau di semua outlet yang ada di Bandung. Semua???? xde maknanyer pun... kalau x silap less 20 outlet yang sempat disinggahi. Yang lain-lain tu jenguk jela dari jauh. Sangat tak larat nak masuk tiap outlet tau sebab kedainyer macam kat Malaysia ni style2 kat Bangsar tu. Rumah sebijik2 dia buat outlet... klass giler.

Dahla Bandung cuacanya sejuk dan dingin jekan so that kayuhla kaki tu kuat mana pun takkan berpeluh. Best sangat... kurangla rasa penatkan. Tapi manusia kat Bandung memang ramai... orang membeli-belah merata-rata dan kalau bertembung tu mostly datangnya dari Malaysia.

Heritage adalah 1st outlet yang kami masuk. Kami sampai depan outlet tu kedai pun x buka lagi. Giler pagikan kami sampai? Siap tunggu depan pintu outlet tu lagi. Mananya tidak dah hotel kami dekat dengan Heritage, just jalan kaki je tu yang terawal tu. :) Bab2 menyoping sumernyer cergasssss! Daddy kata, dia orang ke-4 yang jejak kaki masuk ke Heritage pagi tu. hahaha... lawak la kita Dinakan...



Happy family yang sudah x sabo nak menyoping.
Tapi sian kat Atok sebab ngikut je tapi x beli pape.
Tempat Atuk bukan kat sini... kat Pasar Baru sana semalam je.







Dina nampak orang jual belon, sibuk dia nak.
Belikan aje asal boleh umpan dia dok diam2.


Dah penat menyoping walau hanya masuk 4-5 kedai je... pergi lunch pula. Lunch kat bawah ni yer... Karamba. Makanannyer sedap2... ada ikan melengkung. :)





Lepas makan sambung shopping balik. Masuk kuar outlet2 yang ada. Capai itu ini... itu ini... sumernyer anak dara punyer. Siyusla... sumernyer untuk Dina. Daddy adalah sehelai dua je. Mummy pun sama. Kat sini baju budak2 sumer cantik2 boleh giler tengok. Tu tak sampai Jakarta lagi. Nafsu tak terkawal di buatnya tapi bila check balik alahai xdela byk sgt pun. Yela nilai duit sana kan rendah..bila dah berjuta2 kuar rasa macam dah beribu2 jek membeli tapi bila tengok balik duit asal banyak lagi?????? hahaha.... jadinyer jom shoppnig lagi la!



Rumah Mode kat Bandung ni femes tau. Tapi salah time sebab waktu kami datang orang ramai giler! Barang sumer dah bahis berterabur! Nak memilih pun payah tapi mummy rembat juga tuk Dina baju ZARA dan GAP.


Ni antara outlet yang ada kat Jalan Riau dan Dago yang disinggah. Just tuk cuci mata yer... pices korek dari internet coz daddy x layan dah nak snap2 gambar.











Thursday, August 20, 2009

Jakarta - Bandung *Part 2

Sambung cerita balik ek. Kene buat sikit-sikit sebab mummy x sempat nak upload gambo semua. Ok... sampai Jakarta airport, Pak Rahmat dah sedia menunggu. Pak Rahmat ni tour ejen kami dan kawan daddy yang kenalkan Pak Rahmat ni. Price yang dia offer memang murahla nak plak tiga budak tenit yang umur bawah 4 tahun dia tak charge. Huh... lega mummy! Yerla... kalo la anak dara mummy ni kene bayar juga memang x berbaloi langsung. Dah ler makan x moh... ish...ish... rugi...rugi... :)

Pak Rahmat sediakan mini bas, memang sangat selesa la tambah-tambah perjalanan ke Bandung ambil masa +- 2 jam setengah. Bas tu pun 27 seater tapi kami semua dalam 20 orang je, banyakla tempat kosongkan bolehla budak2 tenit yang ada tido selesa sikit.




Ha... ni la basnyer



On the way nak ke Bandung.
hehehe..mummy buat2 lelap je tuh ek.
Saje malas nak enterframe



Pakcik Dina ni paling kuat bergaya.



Ni anak dara mummy.
Skang ni kalo amik gambo mesti mata tu lelap la, berkelip la, layu la...
X cun jadinyer.



Sudah pun lelap akibat kepenatan. Pasan tak bulat kaler yellow tu?
Kat marked tu ada bisul.

2 hari lagi nak berjalan makan angin kepala Dina naik bisul. Bisul tu besar sangat. Uwan yang perasan bisul tu ada, mummy langsung x sedar. Patutla bila mandi Dina asyikla cakap xnak basuh rambut. Mummy buat tak tahu jek, mummy terus siram pale dia dengan air. Bila sikat rambut pun Dina ngelak. Mummy hangin betul kalau Dina buat perangai macam tu tapi tula... rasa bersalah sangat sebab x alert sumer keluhan dan rungutan Dina.

Time nak berangkat tu bisul dah masak ranum. Mummy tahu time tu sure Dina rasa sakit sangat, mesti kepala Dina berdenyut-denyut sebab Dina pernah cakap yang Dina rasa pening kepala. Mummy dan daddy really-really risau dengan condition Dina. Kat rumah Uwan, Uwan lumurkan minyak gamat every time Dina tidur. :(

Hari pertama di Indonesia Dina selalu merengek nak plak kalo ada orang terlanggar kepala Dina. Kadang-kadang mummy or daddy tersentuh sikit kepala Dina, Dina dah menjerit-jerit pastu pukul mummy or daddy then Dina akan beralih ke orang lain sambil cakap "mummy/daddy jahat". Sedihnyer....





View sepanjang perjalanan ke Bandung. Landasan keretapi dia mak ai tinggi giler.
Bila dah tau jalannyer gitu rasa-rasa takkan naik kot keretapi dia.
hahahaha..... mummy ni sedia penakut, Dina pun sama penakut.
Letih plak daddy nak kawal 2 org permaisuri hati dia yg penakut2 ni. :)


Sampai je terus lunch kat Warung Nasi Ampera, kedai ni betul-betul depan Pasar Baru. Time ni kami ada order fresh oren. Mak ai sedap giler fresh oren dia. Buah oren yang dia pakai tu bukan buah sankis tau tapi buah oren mandarin yang kulit tebal. Memang sedap gilerla.




After lunch kami terus ke Pasar Baru. Entah kenapa la mulut mummy ni gatal kata nak berpecah dengan Mak Ngah Dina dan al last mummy yang terkapai-kapai tak tahu nak cari apa.


Situasi kat dalam Pasar Baru lebih kurang macam kat Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu je.
Tu mummy cakap kat daddy rasa macam balik shopping ke Kelantan plak.


Mummy just beli...



dan ini..



Kat Pasar Baru ni barang tak jauh beza dengan Malaysia, yang membezakannya adalah HARGA! Sana barang-barang memang murah gilerla. Telekung sumer murah2 even sulam penuh dan halus giler.

Untuk Dina mummy belikan baju tidur dan baju basahan untuk pakai hari-hari. Pastu mummy beli kain batik kebaya sulam halus konon-konon nak tambah baju raya. Mummy berangan nak rembat 3-4 helai blaus tapi tula... tak tergapai dek tangan. Sempat beli sehelai jek tuk pun Dina dah bising-bising tak nak turun dari dukungan. Sabooooo.... Daddy beli apa ek? Tak de pape pun... just tulun bawak barang jek. hihihi....

Pasar Baru ni kalau time cuti memang ramai giler orang. Kat sini tak berapa sesuai nak bawa stroller ke apa sebab jalan kaki lima dia sempit. Kat Pasar Baru ni juga ada jual kain batik Indonesi, tekstile, telekung, blouse yang cantik2, cadar, kebaya sulam etc.



Pas ke Pasar Baru ke Toko Tiga plak. Sini jual sual jeans, shirt sumer yang branded2 la.
Sini daddy beli-belah gak sikit.

Lepas shopping sakan baru la check-in hotel. Stayed kat Hotel Progo. Hotel's condition ok ok la... like hotel 2-3 bintang kat Mesia. Tak kisahla sebab hotel tu just semata-mata tuk tidur je.



After bersih-bersihkan diri around 8pm++ (waktu Indonesia) kami pergi dinner makan nasi padang. So yummy tau tapi xde pices sebab penat sangat sampai x ingat nak snap. Balik hotel terus belayar, nak jalan pun nak ke manakan coz kedai tutup kul 9pm. Xpe... esok masih ada...





Wednesday, August 19, 2009

Jakarta - Bandung *Part 1

Meh sini baca trip Dina n Family ke Indonesia walau dalam keadaan virus tengah sibuk merebak nih. Bukan salah mummy sengaja nak berjalan-jalan time darurat gini yer tapi tu la... perkara dah dirancang awal. Tak pergi mummy rasa sayang sangat... bila pergi hati mummy risau sangat but at last mummy decided pergi jugalah. Daddy macam biasa... "ikut mummy je".

Trip kali ni memang ramai sangat yang pergi... Atok, Uwan, Pakcik Ucop, Mak Ngah n family, Auntie Shima n family, Pakcu n family and family Mak Lang juga tapi separate trip dengan kami just bertembung di tengah2 jalan.

Flight dari LCCT pukul 6.45 pagi... giler pagikan? Nak buat macam mana dah Mak Ngahnyer pergi booking gitu setahun yang lepas. Bila mummy sibuk nak ikut sama kenela booking date n time yang samakan.



Kami sampai awal... tengah tunggu yang lain. Tapi derang boleh tu sampai lewat. Bila check-in pintu pun dah tutup. Group paling last naik. Aih... penatla Dina bangun awal2kan Dina...



Posing2 depan aloplane sementara tunggu Uwan sampai. Jauh giler menapak.
Sian Uwan kene jalan jauh... apala AA ni.



Mummy posing ngan daddy before aloplane bergerak. Senyum puas2 dulu sat lagi dah jadi kaku!
hahaha... apala mummy niekan penakut gilos naik aloplane. Sampai Dina pun terjangkit.



Di atas awan... sangat cantik! Cuaca pun sangat baik... perjalanan pun smooth!
Alhamdulillah...



Nie pices yang dah di edit... cantik sgt bila dapat melihat ciptaan DIA.

Perjalanan amik masa dalam 2 jam 5 minit tapi memandangkan keadaan cuaca yang sangat baik dan perjalanan yang sangat lancar makanya kami tiba awal 15 minit. Waktu di Malaysia pukul 8.30 pagi. Indonesi dengan kita beza just sejam je.

Mekasih sesangat pada Kapten Budi erk... Rudy... ntahla x ingat namanya yang landing dengan smooth. Huh... lega dah mummy sebab dah selamat sampai. Tergeleng2 jup daddy tengok mummy yang ntahpape nih. Dina lak time tu dah dok berkepit dengan Kak Yanyer. Dina.. Dina... mummy dengan daddy ni dia buat x nmpk je. Sabo jelah!




Ha..ni dah nampak dah Jakarta. Cuaca sedikit berjerebu.



Tak tahula building apa tu... macam gudang jek. Kalo pandang dari atas akan nampak banyak kawasan pertanian. Derang memang sangat rajin bertani tau.



Yeah... sudah landing. Seakarno-Hatta Jakarta, Indonesi.



Sumer dah macam orang lab bertopeng! Nasibla anak dara mummy tuh nak ditopengkan walaupun kejup at least crowd area mummy boleh topengkan dia.
Its for ur safety sayang...



Cerita selanjutnya kita sambung next entry yer... gambo x abis edit lagi. :)