Friday, August 31, 2007

Upgrading Blog Dina

Blog Dina tengah di naik tarafkan oleh Daddy Dina. sempena dengan cuti merdeka ni, sempatlah daddy dina melapangkan masa untuk membaik pulih dan upgrade blog dina.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 50 DARI DINA & FAMILY


apakah tema hari kebangsaan tahun ni???
sapa boleh jawab?

Thursday, August 30, 2007

Sekarang mummy kena duduk kat belakang .....

Dina sekarang dah ada baby seat. Tiap kali daddy drive, dina akan jadi co-pilot (amik alih tugas mummy). Mummy lak kena duk kat belakang.
Tapi, kadang-kadang Dina akan tertidur atas baby seat ni.

Friday, August 24, 2007

Perkembangan Dina sepanjang 10 bulan ..... (mengikut pandangan Daddy)


  1. Dina tak suka makan ikan.
    • so far apa yang daddy tahu, tiap kali mummy masukkan ikan dalam bubur nasi Dina, sure Dina tak abih makan.
  2. Dina dah tak minum susu SNOW
    • semenjak Dina meningkat 7 bulan, Dina dah tak berapa suka minum susu SNOW. Sekarang Dina minum susu BEBELEC 2.
  3. Waktu tidur Dina
    • Sekarang kalau lepas saja jam 9 malam, sure Dina tak boleh berjaga ...... Dina akan mengantuk giler. Kebiasaannya Dina akan mula tidur malam lebih kurang jam 8 malam.
    • Dina bangun pagi awal. Se awal jam 7 pagi biasanya Dina akan bangun, tak kira lah weekdays ker weekend ker .... Dina tetap bangun awal pagi.
  4. Dina suka dengar muzik
    • Tiap kali dengar muzik, terutamanya lagu rancak ataupun lagu kanak-kanak (dari talifon mainan Dina), Dina akan xcited dan akan cuba nak berjoget.
  5. Dina dah pandai bye-bye
    • Dina dah pandai bye-bye. Tapi kebiasaanya Dina memang malas nak bye-bye.
  6. Dina malas pegang botol susu
    • Dina memang tak pegang botol susu bila hisap susu. Biasanya daddy atau mummy akan pegangkan ataupun just gunakan bantal busuk dina.
  7. Dina ada "bantal busuk"
    • Dina ada satu bantal busuk. Bantalk ni merupakan hadiah daripada member mummy Dina (auntie Mas).
    • Masa kecik dulu, Dina suka gentel or hisap label kat bantal busuk ni, sekarang Dina lebih suka gentel guna tangan kat bahagian label taupun penjuru bantal.
    • Tiap kali nak tidur, bantal busuk ni mesti kena ada.
    • In some cases, kalau Dina nangis, berikan bantal busuk, Dina akan berhenti menangis.
    • Bau bantal busuk Dina memang "harum"
  8. Dina yang amat lasak
    • Sekarang ni Dina memang terlampau lasak.
    • Sometimes uwan Dina pun letih nak jaga Dina.
    • Irfan (cousin Dina yang lebih kurang sama usia ngan Dina) pun kadang-kadang takut dengan Dina sebab Dina ni lasak sangat.
  9. Dina tidur buai
    • Dulu masa baby, Dina tak pernah tidur dalam buai.
    • Tapi semenjak Dina deman dalam bulan Julai ari tu, Dina dah "ter"biasa tidur dalam buai.
    • Biasanya waktu malam Dina tidur dulu dalam buai, then dalam pukul 10, mummy akan angkat Dina ke katil.
  10. Dina suka tidur atas car baby seat
    • Tiap kali keluar dengan mummy dan daddy, bila tiba waktu tidur Dina, Dina akan tidur dengan selesanya dalam baby seat.

Thursday, August 23, 2007

Cuti-Cuti Malaysia Dina di Kota Kinabalu. (Episod Akhir)

pose istimewa Dina untuk peminat Dina heheheheh

Hari terakhir Dina di KK.
Flight kali ni, Daddy belikan express boarding, so Dina tak payah la nak kena berebut dengan orang lain untuk naik flight air asia ni. Flight hanya delay dalam setengah jam sahaja.

Secara umumnya trip Dina ke KK ni kiranya boleh tahan la. Tak banyak sangat tempat yang menarik di KK ni, cuma sini sesiapa yang suka akan kecantikkan alam semula jadi memang sesuai ke KK.


Di LCCT Kota Kinabalu


Happy nya Dina disamping mummy


RM10 satu tiket untuk mendapatkan cop xpress boarding .... memang power air asia buat $$$$


Ata sflight bersama daddy

Wednesday, August 22, 2007

Cuti-Cuti Malaysia Dina Di Kota Kinabalu (Episod 3)

Hari ke 3 Dina di KK.

Selepas bersarapan di hotel, Dina & Family terus bertolak ke Ranau. Perjalanan dari KK ke Ranau lebih kurang 2 jam setengah dengan jarak perjalanan lebih kurang 150KM.

Perjalanan memang jauh, tapi pemandangan sepanjang perjalanan di kaki banjaran kinabalu.

Hajat hati nak gak cari ladang teh ranau, tapi malangnya daddy dina tak jumpa ladang teh ni.

Perjalanan menarik, tapi satu nasihat...... nasi ayam kat KK ni memang tak kena dengan taste daddy ngan mummy Dina.


Pemandangan puncak Gunung Kinabalu dari Kundasang


Dina dan Mummy di War Memorial Park Kundasang


Dina kesejukkan didalam pelukkan mummy


Dina & Daddy


Dina & Mummy di pondok Timpohon, kaki Gunung Kinabalu.


Kelihatan puncak gunung kinabalu