Friday, October 30, 2009

Tak boleh parking????



Alhamdulillah daddy dah discharge semalam. Alhamdulillah sebab daddy dah stabil, kandungan hemoglobin dah normal, potasium dah normal, asma sikit-sikit je lagi, batuk pun sama dan yang penting x berdarah lagi.

Semalam daddy sangat teruja untuk pulang ke rumah, nak surprisekan si anak dara kesayangannya. Maklumlah semasa di hospital, setiap kali anak tersayang datang melawat mesti di'surprise'kan daddynya. Pandai pula tu di bukanya pintu perlahan-lahan supaya si bapa x sedar akan kehadirannya.

Tersenyum lebar Dina saat melihat daddy melintas masuk ke dalam rumah. Happy dia walau tak di sambut meriah sebab sedang didandan oleh Uwan after siap mandi petang. Mummy yang melihat lagi la teruja... teruja melihat kegembiraan dua insan tersayang.

Daddy suka tanya Dina itu ini... terutama tentang keadaan mummy saat daddy di hospital. Yelah... dah tinggal berdua jekan... Dina kalau bercerita mesti nak tergelak melihat aksi-aksi dan kepetahan dia. Mulut memang non-stop bercerita itu ini.

Sampai sekali tu daddy tanya... mummy terlupa soalan yang daddy tanya tapi yang pasti mummy dan daddy memang tak tahan bila Dina bagi jawapan...

"Daddy... mummykan dia tak reti parking kereta"

Tergelak-gelak kami berdua dengar. Mummy yang tengah baring tahan sakit pedih hulu hati pun boleh hilang rasa sakit dengar celoteh Dina. Tak tahu kenapa jawapan tu yang dia beri. Mummy mengaku memangla hari last mummy ke hospital dengan Dina tu... bila balik malam tu mummy susah nak parking kereta di rumah Uwan.

Rumah Uwan tu sempit, kereta park kiri kanan jalan. Mummy pergi la park rumah jiran sebelah Uwan tapi Uwan advise suruh kebelakangkan kereta tu sikit sebab macam halang pintu gate jiran tu. Mummy reverse sikit but at last mummy decide nak pusing balik park di depan rumah jran Uwan selang dua rumah sebab ada space luas sikit. Cuma jauh la sikit... banyak la plak sikitnyerkan...

Time Uwan advice suruh reverse kebelakang sikit tu mummy macam ngomel-ngomel la cakap mummy tak retila kang masuk longkang la, langgar sampah-sarap umah jiran tu la... and bla.. bla... Mummy pun banyak kali cakap mummy x reti nak parking cam gitu la cam gini la...

Ha.. kan si anak dara terus report ke bapaknya kasitau mak dia tak reti parking kereta. Kelakar pula bila diingat. Menunjukkan Dina sangat alert dengan semua benda or perkara yang berlaku sekeliling dia. hahaha... kalau nak tahu dia pernah report dekat daddy tau yang mummy dia bawa laju. Katanya, "mummy bawa car laju... bahayekan daddy...". Daddy tanya, "betul ke mummy?".. ish...ish.. mana ada... hiks!

Daddy... mummy dan Dina really hope daddy fully recover... dah 3 kali admit... mohon doa dari DIA moga itulah yang terakhir. Mummy dan Dina nak our life back to normal at least daddy sembuh sepenuh pun dah cukup memadai untuk mummy dan Dina tersenyum riang.

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MUMMY DAN DADDY

Dina sayang...

Jika saat ini Dina sudah sangat2 besar untuk faham tentang hidup pasti berderai air matakan?

Ujian untuk kita sayang... kita insan terpilih

Dina sayang...

Mummy dan daddy ucapkan HAPPY BIRTHDAY

Moga kakak Dina kuat macam daddy

Moga kakak Dina tabah macam daddy, macam mummy

Moga kakak Dina bila besar nanti boleh jaga daddy dengan mummy


Hari ini kakak dah 3 TAHUN

Kakak Dina dah besar

Kakak Dina selalu cakap..

"Kenapa mummy cry? Mummy jangan la cry. Daddy kat hospital. Dina ada sini jaga mummy ye ye.."

Tak sebutir pun mummy tipu.. itulah pesan Dina tiap saat

Jaga mummy dan daddy sampai akhir hayat kami ye kakak


Kakak Dina... malam nanti kita nyanyi lagu 'epi besday' kakak

Mak Ngah sponsor kek barney..

Tapi kita xkan sambut dengan daddy... daddy kat hospital.

Macam yang kakak cakap

"Daddy sakit... daddy kat hospital... daddy sakit jatuh pintu.."

Moga saat2 kakak saksikan daddy rebah di pintu rumah dan kali kedua rebah di atas kakak sebagai kenangan...

Kita doakan daddy cepat sembuh ya kakak..

Kakak... mummy dan daddy sayang kakak...

Moga jadi anak yang solehah...

Anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Daddy pasti harapkan yang sama macam mummy....


Dina,
Daddy ucapkan Selamat Hari Jadi ke 3

Maaf sebab malam ni Daddy tak dapat bersama
Mummy & Dina untuk sambut birthday Dina

Daddy & Mummy amat sayangkan Dina
Dina lah segalanya untuk kami berdua

Daddy terharu bila teringatkan Dina & Mummy
Walaupun Dina kecik lagi, tapi Daady tahu Dina
sedih bila tengok Daddy "terjatuh" dan stay kat Hospital

Harapan Daddy, samalah macam mummy,
Daddy harap Dina akan menjadi anak yang solehah
dan berjaya dunia akhirat

Daddy & Mummy
Love you very Much Kakak



Friday, October 23, 2009

Telah ditangkap olehhhh........


Seseorang telah meng-email mummy hantar tangkapan yang di buat.

Nie email yang dihantar...


yeeehaaa... dia berjaya.

Siapakah?

X lain x bukan.. memang blogger tegar...




MAMA TISYA

So.. mama tisya.. hadiah nak untuk diri sendiri ke or untuk anak?

Boleh pilih antara satu sebab hadiah belum di beli, masih dalam perancangan.

Esokkan dah weekend... esok baru gi mencari apa yg sesuai.

X kisahkan x show adiah dulukan? kan?

hehehe.... mekasih yer dtg klik ke mari ntah berapa kali ler tuh...

apa pun TAHNIAH to MAMA TISYA.

Come visit Dina again when free ya. :)



>> Mama Tisya pls email me ur name and address.




Lets capture the number.... u will get something!


SALAM...

Entry ni lain dr yang lain sket.

Sumer ni idea and koje mummy sorang. Daddy follow aje.

Dina nak menginjak 3 TAHUN pada
27 OKTOBER 2009 ni.

Jadinyer mummy nak suruh uols capture no. yang ada kat HIT COUNTER blah kanan atas sekali tu.

So memandangkan birthday si dara just a week je lagi, why not mummy do something memeriahkan blog si dara ni.

No. yang perlu di capture is

8427

tukar kepada no. di bawah yer...

8327


Ni in case punyer cerita la yer... kalo no. tu tak tercapai, a day before her birthday date mummy cari another no. la coz mummy tahu mummy bukannyer suka promote blog si dara ni pun. hihihi...


Hadiahnyer mummy x decide lagi. Its depend pada apa yang mummy nak berila yer.

Mummy try bagi hadiah yang ok tuk yang berjaya.


It's really just for fun!!!





Once dapat capture no. tu pls forward at careno_cardozas@yahoo.com



Thursday, October 22, 2009

To fulfill her request


Sabtu ni mummy dan daddy will let Dina overnight at Mak Ngah's house to fulfill her request. So that mummy dan daddy boleh ronggeng berdua-duaan tengok movie yang dah sekian lama x dinikmati berdua. Aci?

Mummy x hantar Dina umah Mak Ngah suka-suka tau... Dina yang minta nak tidur umah Mak Ngah. Kata Dina, umah Mak Ngah ada tangga kat dalam, rumah Dina ada tangga kat luar. Lawak betul la Dina ni...

Another reason is... mummy dan daddy nak kasi Dina experience. If Dina rasa unhappy overnight umah Mak Ngah for sure Dina takkan memekak minta ikut Mak Ngah balik lagikan... for sure Dina x meleseh kat Mak Ngah every time Mak Ngah jerit kat sumer anak-anak dia suruh angkut barang masuk ke keretekan... and for sure Dina x menangis2 minta permission mummy untuk allow Dina balik umah Mak Ngahkan?

Tapi if the experience sebaliknya.... Dina so so happy overnight umah Mak Ngah... huh.. time ni mummy dengan daddy kene redha je la if tiap kali balik kene dukung Dina dalam keadaan meronta-ronta, menjerit-jerit, menangis2... Terpaksa jugalah daddy guna skill 'menipu' dengan mengatakan nak ke Care4 selalu untuk beli toys even tak cakap benar pun. :)

Xpe... kita kasi Dina chance, tengok apa responnya... hehehe...

So Dina... have a nice weekend with Mak Ngah n family... jangan lupa pesan mummy...
  1. Kalau nak berak cakap.. "Mak Ngah... Dina berak!"
  2. Kalau nak susu cakap .. "Mak Ngah Dina nak susu Dugro"
  3. Kalau nak makan? ---> xyah ajar sebab Dina mmg xnak makan.

Enjoy your weekend Dina.....




Wednesday, October 21, 2009

Lets capture the number... u will get something! - Tuko no. baru....

Nak buat pembetulan sikit la boleh tak?

Mummy rasa no 8427 tu jauh sangatla... mesti lambatkan?

Mummy malas nak tunggu lelama. Boleh gitu?

So.. kita tuko jadi lebih cepat...


Here is the new no. to capture...


8327


Just try your luck...

FOR FUN!!!!


Monday, October 19, 2009

Jalan-jalan... cari makan... eh?

Bukan cari makan tapi jalan-jalan berphoto shoot. Boleh? Ada sebabnyer... hehehe..

Cuci mata jelah ek.. mummy Dina x berapa sihat nak karang panjang2.. sakit tekak ler.. ada kaitan x? Ada... mood x baik. :)
































Friday, October 16, 2009

Bengong tu bangang ke?

Mummy pelik juga... mana dia tahu ek? Bengong tu sama ke dengan bangang?

Semalam, mami dok basuh pinggan kat dapur, Dina pula dok rilek je kat kerusi table top tu dan dedi kat dalam toilet. Dina tak nak turun dari kerusi sebab nak tunggu mami habis basuh pinggan. Dia nak ajak mami masuk bilik tengok TV sebab dia dah ngantuk. Alasan!

Sebenarnyer tak ngantuk pun sebab petang dah tidur tapi lately ni memang suka betul ajak mami lepak2 dalam bilik lepas tu tak kasi dedi join sama plak tu. Sungguh la bertuah punyer anak. Sian dedi tau.

Time basuh pinggan tu mami cakap la kat dedi.. "abang, esok beli span basuh pinggan baru ye. Span ni teruk sangatla." Dedi reply dari dalam toilet, "nape? kan ke banyak lagi span tu?". Memang la beli jenis yg satu pek ada 4-5 ketul tu tapi sekali pakai jek dah lunyai. Punyala x berkualiti.

Mami jawab la, "memangla banyak tapi dah habis, pakai je rosak. Bengong betul span ni, teruk sangat". Gitula bunyi dialog mami dengan dedi. Sekali tu anak dara bertuah menyampuk... "Mami jangan cakap bengongla. Jangan cakap tau. Jangan cakap bengong tau tak baik, berdosa."

Ha.. kan dah kene 'sekolah' dengan Dina. Bukan mami je tapi dedi yang tak sebut pun kene tau, "dedi jangan sebut bengong, jangan sebut tau di.." Dedi yang tengah buang hajat tu pun jerit la jawab "ok" kang selagi tak jawab selagi tu la dia jerit suruh iakan apa yg dia cakap.

Mami cakap la "mana ada mami cakap bengong.." Saje la tu nak kelirukan dia pastu kene 'sekolah ' lagi "hei.. jangan cakap bengong la nanti berdosa tau tak baik tau. Faham tak mami?" Ambik ko... gedebuk kene batang hidung.

Tu dialog-dialog tu sumer dia tiru dialog mami dan dedi sebab kalau dia buat noughty jek mami selalu cakap "Dina jangan buat macam tu, tak baik... berdosa tau. Faham tak?" Inilah anak-anak zaman sekarang... dalam pada kita ajar dia dengan kita-kita balik dia kasi pengajaran.

Sama-sama la 'bersekolah'.. hehehe...

Thursday, October 15, 2009

3 Syawal 1430H

Cerita lamakan... nak buat macam manakan... mummy xde masa nak update, nak korek gambo apatah lagi nak bercerita panjang dalam blog si kenit ni.

Ini pun mummy x moh cerita, just letak gambo je tu pun kalo ada yang nak tengok. Cuma nak inform, raya ke-3 Dina balik rumah Tok Nyang. Seronok giler Dina dapat tengok kampung. Dulu balik x faham sangat sekarang balik bukan main lagi dia ke hulu ke hilir dengan sepupu yang ada.

Sekarang ni kalau sebut kampung je sure dia macam ketagih nak balik rumah Nyang.. katanya "Dina nak balik rumah Nyang yang ada fish tu".



Bersiap2 nak bertolak ke kampung tapi singgah open house di Bangi dulu.



Bantal busuk WAJIB bawa ok.


Dh sampai umah Nyang. Anak-beranak sedondon.


Happynyer la dier.


Sign wajib.


Di rumah Tok Long. Tiap kali ke sana mesti amik gambo kat tempat yg sama.


Malam plak sesi halau nyamuk... berasap2 umah Nyang di buatnya.


Nilah keje dier... turun naik tepi kolam ikan.


Aktiviti wajib.. pancing ikan buat lauk.


Ikan baru letak yang dikailnyer...



Hentam jelah labu... Goreng pun sodap!



***End cerita raya***



Wednesday, October 14, 2009

Mak nenek betul!



Mummy really x sure dari mana bermula tapi mummy perasan bila dah pertengahan. Bila tanya pada daddy pun jawapan kami sama. Korang rasa bila? hehehe...

Heh.. xde yang misteri pun tapi lately ni anak dara mummy dan daddy ni la... lain dari biasa... rasanya dah nak sebulan kot macam tu. Bukan mummy jek perasan tapi all the family pun perasan tau. Kami serius.. xtau nak jawab apa sebab kami pun macam.. "erk? asal la jadi gini ni?"

Hihihi... again.. bukan nak buat teka-teki-tekuk pun (kalau Dina dah besar sure dia gelak geleng2 baca every entry yg mummy dia buat.. ntahpapentah..) tapi nak bagitau tu ha.. anak dara tu dah tak reti diam. Mulut kalah makan montot ayam even nak makan ayam pun dia kudap2 gitu je. hehehe...

Since daddy sakit ni, mulut xleh nak cakap banyak apatah lagi nak melayan mulut Dina yang non stop talking itu ini... daddy selalu merayu kat Dina jangan banyak tanya sebab daddy tak larat nak jawab apatah lagi nak layan. Sometime mummy gelak tau tengok dua beranak ni... sorang macam bertih jagung, sorang lagi mulut mcm ada bom nak cakap takut meletup bom dalam mulut tu. :o

Ingatnyer mummy dan daddy je tak larat nak layan Dina bercakap.. serius non-stop! Tapi situasi yang sama pun berlaku kat Uwan. Uwan 2 3 minggu lepas dah mula bebel cakap Uwan dah naik tak larat nak layan Dina bercakap.

Last week time daddy operation and stay kat hospital, Dina and mummy stay umah Uwan. Cik Nonie pun ada sama, dia pun baru discharge pas masuk darah 4 bag. Jadinya bila mummy pergi kerja, teman berbual Dina ialah Cik Nonie... hehehehe... Terlepas sikit seksa Uwankan..

Bila mummy balik kerja Cik Nonie kata "Ya Allah tak larat nak layan mulut anak ko dah la".. hehehe... Cik Nonie cakap bila ajak baring tengok TV mulut dia x benti tanya itu ini.. pastu "eh.. asal senyap je?" bila Cik Nonie toleh nengok anak dara mummy tu dah lelap. Huh.. lega Cik Nonie... ha time lelap la baru dia berhenti bercakap.

Aih.. bila dok teringat memang nak tergelak tau. Kadang-kadang tu mummy sdiri pun rasa letih nak jawab setiap soalan Dina tapi mummy layan je. Bila letih mummy pusing sket jawapan kasi dia tanya orang lain plak. Jahat tak? :p

Dina dah besar... bab manja toksah cakap la kan.. ble sampai mummy hot tempered di buatnya... Sedar-sedar Dina sudah nak mendekati angka ke-3! Cepatnya masa berlalu...

Saturday, October 03, 2009

Sudah rinduuu...

Dina: Mummy.. Dina nak balik rumah Dina la...

Mummy: ok ==> dalam hati >>> Mummy punnn!!!

Kami berdua sudah rindukan rumah kamiii!!!!

Biar pun rumah kami tu comel lote.. langkah 3-4 tapak dah sampai dapur, langkah kanan 3-4 tapak dah sampai bilik, langkah kiri 3-4 tapak dah sampai toilet... tapi kami happy duduk kat situ.

HOME SWEET HOME!!!!

"Sabar ya sayang.. Ahad ni insyaallah kita balik rumah kita. Daddy dah boleh keluar. Selasa masuk hospital balik... rindu rumah lagi sekali la jawabnyer."



Mummy tahu mesti Dina rindu nak sepahkan toyskan.. kan.. kan.. sayang..