Saturday, January 30, 2010

Sesi menambah dan menukar ganti koleksi


Mummy nak cerita pasal barang-barang Dina. Ada yang diganti dan ada yang baru beli. Memang menambahkan koleksi menyemakkan rumah. huhuhu....

Mummy selalu juga bising-bising dengan daddy sebab daddy suka betul beli macam-macam benda untuk Dina. Tak kisah la pakai buang ker atau pakai terus ker kan tapi masalah nak mengemasnyer. Aduhai...

Kat rumah Dina ada set meja tulis with 2 chairs. Kerusi plastik je tapi nak kata murah pun x juga even bukan dari brand-brand terkenal (mesti daddy cebik mulut tau sbb dia tahu taste mummy. huhuhu).

Meja tu adalah tempat untuk Dina menulis, melukis, makan, minum dan memanjat. Dulu Dina mana reti main panjat-panjat ni, seklai tu entah dari mana datangyer idea... Dina pergi usung meja dia untuk panjat switch on the lamp. huhuhu.... kreatif yang merbahayakan?

Tapi memang itulah habit Dina. If dia nampak je mummy or daddy nak on lampu sure dia terjerit nak tolong on kan. Lepas tu di usungnyalah meja tu untuk memanjat sampai la... sampai la.... sampai la.... tgk kat bawah tu...



bila dah patah macam mana nak gunakan? Jadinyer hari tu bila pergi kedai... ala kedai yang macam RM2 tu yang banyak jual barang-barang murah tu, mummy terpandang la meja yang boleh lipat-lepat. Macam sesuai je nak replace meja yang dah patah tu kan.

Lama juga la baru beli, itu pun after di'remind'kan oleh Dina beberapa kali tau. huhuhu... Nak buat macam mana dah mummy dan daddy dia sibukkan. Balik kerja dah malam, balik je dah malam mana nak sempat kejar beli itu ini.

Ni la meja yang baru beli tu. Murah aje. RM29.90. Yang penting meja tu takkan boleh di buat panjat sebab x stabil. Dina sendiri takut nak panjat meja tau bila mummy saje-saje usik dia suruh panjat. hihihi... jahat tak mummy?


Yang lagi satu bestnyer.. hihihihi... cuba tengok lagi...


ye.. ye.. boleh di lipat ok? So senang mummy nak ngemas. X susah-susah nak susun. Lipat je meja tu then sandarkan kat dinding. Jimat ruang. Ok x? :)

Lepas tu daddy ada belikan Dina bantal Barney. Yang ni pun beli kat down town je. hehehe... Mula-mula daddy beli bantal peluk aje sekali tu Dina mintak bantal kepala sekali. Memang la bijak anak mummy nih tau. Katanyer baru betul ada dua. hahahaha.... padan muka daddy. Tu la ingat Dina ni kecik lagi ker?







Monday, January 25, 2010

Favourite!

Dina adalah seorang yang bermusim. Hehehe... x cayer? Kene percaya. Apa yang dia nak makan, nak main even time tidor pun sumer bermusim. Kalau tengah musim satu-satu benda tuh, benda tuh jek yg dia layan.

Skang ni musim makan

v
v
v
v



dan makanan (boleh kategori makanan ker?) yang masih x abis musim lg adalah

v
v
v
v
v


Kinder Bueno! Tapi bukan yang inilah cuma bentuknyer lebih kurang gini.
Ada coklat n toys. Mahal bukan main. Padahal toys dia ntah pape.

yang atas tu favourite mummy. hiks! apa2 yg ada hazelnut akan menjadi pojaannn!!!!


Favourite mainan dia pulak skang nih... rasanyer bukan sekarang je memang dari dulu lagi dia suka tapi memandangkan dulu tu kecik sgt kot, bila buat x boleh.. buat x boleh... hangin jek. Mak cik kecik nih kurang sabar sikit tau. :)

Sejak dah beso sikit.. dah boleh fikir dengan baik... apatah lagi membebel macam mak nenek tu yang toys ni menjadi favourite masa kini. Layankan aje....



Baru jek beli last week tau. Cukup 3 hari dia dok mentelaah dah teror buat.
Bila dah teror buat tu mula la dia campak sana sini puzzle tu ikut sedap hati.



Daddy beli yang ni gak. Simpan dulu... xle kasi byk2 nnt habis sumer dia kasi hilang.
Dah teror watpe nk simpan2kan?
Tu la anak dara sorang... selagi boleh nak kasi jahanam sumer barang2 dia.


Gigih woo siapkan puzzle. hihihi.... time nih expert dah.
Kacang jek. :p


Dah siap kang diusungnyer la puzzle tu tunjuk kat mummy dan daddy.

I'm proud of you dear...

Saturday, January 16, 2010

Kakak Dina... mummy blur la sayang...


Tadi pagi mummy dan daddy dah mula dengan plan baru untuk Dina. Malam semalam Dina tidur awal juga la dalam before 1.00a.m. Sbb kul 12pm mummy dah tidur dulu, daddy pula keluar jumpa kawan.

Pagi tadi pukul 9.00 am mummy dah kejutkan Dina. Siap-siap mandi semua terus ke pasar then singgah rumah Uwan dengan tujuan nak ambil botol susu but at last terlupa juga nak ambil. Apala daddy nih... :p

Bila sampai rumah Uwan, Atok tengah breakfast kat luar tempat santai dia every weekend. Then Atok sibuk tanya Dina nak ke taska ke? Atok cakap takyah la ke taska sebab atok rasa sian kat Dina. Atok suh Dina dok jek dengan uwan sampai sekolah sok.

Atok ajar Dina cakap "sian kat uwan nanti uwan nangis". Ok... sangat psikologi sungguh atuk Dina kan? Sebenarnyer nak pesan kat mummy supaya jangan hantar dulu ke taska tapi atok gi umpan kakak dulu. Kakak pun apa lagi... datang kat uwan terus cakap "uwan jangan nangis la..." hahaha... Uwan yang x tau hujung pangkal just blur2 jek tapi dari dalam boleh dengar tau atuk dok ngajo Dina cakap gitu.

Uwan pun advise mummy suh jangan anto dulu. Huuuuwaaaa... rasa nak jerit jek. Depa nih sungguh la... Jadi apa kata kakak????? Bila tanya dia balik dia pilih nak dok umah uwan. Tapi bila nampak taska dia akan excited nak ke sekolah. So?

Yer.. daddy cakap.. apa-apa pun daddy serah bulat-bulat kat mummy sebab daddy kuarkan duit jek. Aiyark... lagi tak nak tolong mummy buat keputusan. Sedangkan semalam pergi survey satu tadika nih dah nyaris2 nak register terus tau coz daddy tertarik dengan tadika tu.

Kakak oh kakak... kakak nak gi tadika tak? Mummy nak hantar kakak pun sebab mummy risau dengan jadual mata kakak je. Kalau jadual mata kakak dah normal balik sure hati mummy tak meronta nak hantar kakak tau. Daddy pun actually berat hati nak kasi kakak pergi sekolah... betul tak daddy?

Owhh... mummy still xtau nak putuskan apa....






Monday, January 11, 2010

Jaduadl tidur yg x masuk akal!!!


Bila kakak besar nanti, kalau blog kakak nih ada lagi... mummy nak kakak tahu dan baca apa yang mummy cerita tentang kakak. Susah senang mummy dan daddy besarkan kakak sampai ke tahap yang kakak sampai waktu nih.

Mummy dan daddy x minta pun kakak balas jasa kami, tapi kami harap sangat kakak ingat kami sampai akhir hayat kami yer.

Weekend lepas dan minggu-minggu sebelumnyer jadual tidur kakak sangat merunsingkan. Kakak back to the old schedule yang mana dulu mengheret kakak sampai ke hospital. Demam panas bukan sebab apa pun... tapi sebab kakak x cukup rehat dan tidur.


Sabtu lepas jadual kakak:

Tidur malam Jumaat tu around 1.30 am, then Sabtu pagi tu... eh kakak dah skip waktu pagi sebab kakak bangun pukul 12.30pm after mummy kejutkan kakak. Petang tu kita keluar ke K.L pergi settlekan hutang mummy then ke Jalan TAR cari kain mummy. hehehe... sumer urusan mummykan?

Balik dari Jalan TAR terus ke Ukay Perdana konon-konon nak bawa kakak jumpa Nek Umi coz lama giler dah x jmpkan? Tapi dah suku lagi nak sampai, kakak bantai lelap. Time tu dah maghrib... adoooiiii.... sah-sahlah kakak tidur lewat lagi malam ni.

Mummy kejutkan kakak bangun dalam pukul 9.++pm memandangkan Nek Umi dah penat nanti kakak x sempat nak jumpa Nek Umi. Bila bangun, as usual kakak meragam dan permintaan standard kakak adalah NAK DUKONG! Permintaan paling tension pada mummy sebab kakak dah besar tapi still manja sesangat.

Daddy ajak jalan-jalan sebab for sure sampai rumah pun kakak takkan tidur punyer jadi kita ke Bukit Bintang. Konon2 nak turun jalan2 sekali tu jalan jem giler jadi daddy kata proceed to Velodrom. Jalan2 kat Velodrom tu then beli sikit barang after that balik rumah terus. Sampai dah pukul 1.++am.

Harapannya kakak akan tidur terus balik nanti tapi by 2.30 am kakak still berjaga layan Barney. Mummy dan daddy dah angkat tangan dulu... x boleh tunggu. At last kakak tidur tapi mummy dan daddy x tahu pukul berapa. Mummy dah stress kat situ. Daddy pun sama sebab siangnyer daddy penat mengemas bilik bacaan.


Jadual hari Ahad:

1.30 pm - bangun tidur

9.00 pm - tidur

Time kakak tidur tuh mummy dan daddy dah mula tarik nafas panjang sebab boleh layan AJL dengan tenang. Kalau kakak tak tidur sure mummy xdpt tgk sgt.. yerla kang kakak ajak mengaler la, ajak tgk Barney sesama la. huhuhu...

Mummy dan daddy betul2 ingat tidur kakak tu sampai ke esok pagi tapiii....

11.20 pm - bangun tidur!

OMG!!! Pukul berapa kakak nak tidur balik????????????????????

Seperti yang dijangka, kakak layan mata sampai buat mummy dan daddy stress!!!!! Dahlah pagi ni daddy ada presentation, sian daddy mesti sleepy. Mummy toksah cakapla kan... dah la petang tu x take a nap, dok ngemas x abis2... soooo tired sayang.

Bila mummy buat2 lelap nak tidur, kakak lompat atas mummy, pukul mata mummy, pijak badan mummy, tepuk2 muka mummy. Tu la dia kakak... mummy pun dah naik lali dah. Kalau mummy tidur kakak tak melompat kat mummy memang x sah. Sampai daddy risau macam mana la kalo mummy pregnant nanti. :)

2.00 am - mummy merajuk dengan kakak jadi mummy tidur kat hall. Tau plak kakak sedihkan.

3.++ am - daddy kejutkan mummy kat hall after kakak suruh. Time tu mummy baru jek nak lelap.

4.00 am - mummy xle tunggu sampai kakak tidur jadi mummy lelap dulu.

6.15 am - mummy bangun nak pergi work. CD Barney kakak dah habis siaran.. TV on jek.

Kesianlah kat daddy dengan mummy kakak. Kami kene pergi work pagi2, nanti daddy ngantuk, mummy pun ngantuk juga. Stressnyer melayan jadual kakak.

Dah banyak kali mummy ajar tidur awal tapiii.... Ntahla... jadual nih since kakak baby lagi tau then berubah menjadi normal sekali-sekala. X pernahnyer nak ok setiap masa. Salah mummy dan daddy ker? Mummy really x tahu di mana silapnyer. :(