Sunday, December 30, 2007

Selamat Tahun Baru 2008 !!! Jom lihat perubahan Dina (dari lahir hingga 3 bulan)

Selamat menyambut tahun baru 2008 daripada Dina & keluarga. Moga tahun baru ini semuanya akan tampil dengan azam yang baru. Untuk kali nin, jom kita lihat perubahan fizikal Dina dari masa Dina dilahhirkan hinggalah sekarang.


Ini semasa Dina berusia lebih kurang 6jam selepas dilahirkan. Masih merah lagi. Masa ni Dina dibawa oleh nurse untuk pertama kali menyusu dengan mummy.


Dina berusia dalam 4 hari di rumah uwan Dina di Ampang. Mummy berpantang di Ampang. Perasan tak, masa ni Dina dah guna bantal busuk sebagai bantal kepala Dina.


7 Nov 2006, Dina berusia 10 hari.


18 Nov 2006 berusia dalam 21 hari



1 Dec 2006 berusia dalam sebulan lebih skit. Perasan tak, masa ni Dina dah start nak hisap jari. Tabiat hisap jari Dina kekal sampai sekarang. Biasanya Dina akan hisap jari bila nak minum susu, tidur, menenangkan diri bila tak sihat dan bila bosan dengan sesuatu perkara.


24 Dec 2006 semasa majlis akikah dan bercukur Dina. Masa ni baru jer berusia hampir 2 bulan. Beberapa hari selepas majlis bercukur, kepala Dina dibotakkan.


1 Jan 07. Inilah bentuk rambut Dina sebelum dibotakkan. Rambut yang macam kena gigit tikus (uwan Dina yg cakap) ini adalah hasil guntingan daddy & mummy Dina.


14 Jan 07, Dina dibotakkan sepenuhnya. Masa ni Dina dah berusia hampir 3 bulan

Dina ke Port Dickson

22 Disember 2007 (Sabtu).

Hari ni Dina akan ke PD bersama-sama dengan mummy, daddy dan uwan. Mak Ngah dan Auntie Shima satu family ajak Dina join mereka di PD. Mereka semua dah bertolak ke PD semenjak semalam lagi, tapi Dina kena bertolak hari ni sebab mummy keje.

Lebih kurang jam 2:30 petang, Dina bersama dengan Daddy, Mummy, Uwan, Mak Cu dan Irfan bertolak ke PD. Perjalanan lancar, jalan tak jem. Lebih kurang 3:45ptg Dina sampai ke Sunshine Apartment PD.Maintanence apartment ni memang worst. Swimming pool rasanya lebih kurang nak sama warna dengan sungai kelang, tapi pantai depan apartment ni memang cantik dan landai. Sesuai untuk berenang.

Malamnya Daddy Dina deman. Deman selsema lak tu. Besoknya, terus balik ke Ampang, plan asal nak ke rumah saudara daddy di Subang terpaksa dibatalkan sebab Daddy Dina deman.

Haris Isnin Daddy Dina MC kerja sebab masih laggi deman, besoknya (Selasa) Dina lak deman selsema sebab berjangkit dari daddy :(







* tak banyak gambar yang diambil di PD sebab Daddy Dina deman.

Monday, December 24, 2007

Aidiadha di Aquaria

Aidiladha tahun ni jatuh pada hari Khamis, daddy dan mummy tak dapat cuti. hanya cuti pada hari raya sahaja iaitu hari Khamis. Pada pagi raya, daddy lak kena cirit birit. Maybe sebab makan tengah hari sebelumnya kot. Solat raya haji tahun ni pun daddy Dina tak dapoat pergi sebab kena cirit birit.

Lebih kurang jam 10.30pagi, Dina dan famili bertolak ke Ukay Perdana. Di Ukay Perdana, Daddy Rain sekeluarga dan Pak Lang sekeluarga sudah ada. Mereka semua tidur kat Ukay Perdana.
Makan tengah hari, nek Umi buatkan Nasi Ayam Hainan. Memang best nasi ayam ni. Kiranya nasi ayam Linda Onn tu pun tak buleh lawan.

Selepas lunch, memandangkan semua takde plan, maka wujudlah cadangan untuk ke Aquaria. So Dina & Family, Dady Rain & Family, Pak Lang & Family dan Uncle Boi semuanya ke Aquaria.


Seawal sampai di Aquaria, Dina dah lelap. Lagipun waktu sampai tu memang waktu tidur petang Dina


Dina & Family di Aquaria


Mummy Dina tengah khusyuk belajar mengenai ikan



Dina & Mummy, kelihatan kelibat ikan jerung di belakang Mummy dan Dina.



Antara ikan yang sempat diambil gambarnya di dalam Aquarium.



Terpegun mummy melihat ikan jerung yang besar.


Ikan pari ni memang besar, rasanya kalau buat ikan bakar, lebih 100 orang pun tak abis makan kot.


Antara pose istimewa mummy & Dina didalam aquarium.


Dina tengah mengira ikan di dalam Aquarium


Dina & Uncle Boi



Bersantai Di waktu petang bersama Dina

Kadang-kadang, jika Daddy Dina rajin, Daddy Dina akan bawa Dina dan Mummy berjalan waktu petang di taman rekreasi. Biasanya Taman Tasik Permaisuri akan jadi pilihan utama kami. Di taman rekreasi ni, Dina amat suka bermain buaian.







Monday, December 03, 2007

Cuti-Cuti Malaysia Dina ke Melaka

Bersempena dengan Public Holiday untuk negeri Selangor daddy dina bawa mummy dan dina berjalan-jalan ke Melaka. Kami semua bertolak ke Melaka pada hari Ahad. Sebelum tu singgah dulu kat rumah Tok Pa di Bangi sambil makan nasi beriani gam johor yang fames kat bangi tu.

Perjalanan ke Melaka mengambil masa lebih kurang sejam daripada bangi. Nasib baik perjalanan smooth. PLUS highway tak jem, cuma bila nak sampai ke bandar Melaka jer jalan sesak sedikit. Di Melaka, kami menginap di Bayview Hotel. Hotel ni memang menarik dan terletak di tengah bandar. Cuma layanan daripada staff hotel jer yang kureng skit, espcially time breakfast. Maybe sebab hotel "full house" dan staff tak cukup, tapi tu bukannya satu reason. Apa-apa pun thanks pada cuti.com.my sebab tolong arrangekan booking.

Hajat dihati bila sampai jer kat hotel, terus nak bawak Dina swimming, tapi nasib kurang baik skit, hujan renyai-renyai. So, terpaksalah berehat di bilik hotel
.

Pada malamnya, kami semua ke Umbai untuk makan Ikan Bakar. Ikan Bakar Parameswara merupakan pilihan kami semua. Memang penuh tempat tu. Makanan kiranya okey la. Tapi memang tak boleh nak bandingkan dengan Linda Ikan Bakar. Harga pun not bad. Malam tu kami order 2 ekor ikan cencaru bakar, seekor ikan siakap masak masam manis, sotong dan udang goreng tepung, 2 teh o ais, nasi lemak 3 bunngkus dan 1 nasi putih, semuanya lebih kurang RM56 sahaja.


Dina & Mummy di Medan Ikan Bakar Umbai


Mummy & Dina di hadapan Parameswara Ikan Bakar Umbai

Selepas makan ikan bakar, daddy bawak dina berjalan pusing Bandar Melaka dan singgah di "Eye of Melaka". Ingatkan besar la "Eye of Melaka " tu, rupa-rupanya kecik jer, jauh bezanya dengan "Eye of Malaysia", sekali tengok macam saiz yang ada kat fun-fair jer.


Mummy & Dina berlatar belakangkan "Eye on Melaka".


Dina dengan xcitednya menunggang binatang





Xcited Dina dapat berjalan dengan bebasnya



Berehat sekejup setelah penat berjalan



Dina & Mummy


Besoknya, dady plan nak sambung lagi stay kat Melaka. tapi malangnya semau bilik di Bayview dah "Fully Booked" sebab hotel ada government function. So, paginya selepas breakfast, daddy dan mummy bawak Dina pergi ke swimming pool. Inilah pertama kalinya Dina mandi di swimming pool sambil merasmikan swimming suit dan pelampung Dina. Pada awalnya, Dina takut-takut jer untuk mandi di swimming pool, tapi bila dina dah biasa, dina jadi berani dan sampaikan satu peringkat dina tak nak naik.


Dina & Daddy. Masa ni Dina masih lagi takut-takut dalam swimming pool.


Dina dah semakin berani bermain pelampong di swimming pool


Dengan selambanya Dina berenang seorang diri.


Betapa gembiranya Dina bermain air.



Dina xcited nak berenang lagi, sampaikan dalam bilik hotel pun masih nak duduk dalam pelampung.



Pose istimewa dari Dina


Dina & Mummy


Dina & Daddy lak.


Dina berjalan di Lobi Hotel

Selepas check out, Dina & Family berjalan-jalan ke Bandar Melaka. Dina ke Dataran Pahlawan. kat sana, Dina & Family menyewa beca untuk pusing keliling kawasan bandar Melaka. Lebih kurang jam 2 petang kami semua bertolak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang, singgah sekejup di Alor Gajah makan kueh udang yang fames.



Dina dan Mummy.


Dina & Daddy


Di makam Hang Kasturi yang terletak di tengah Bandar Melaka dan dikelilingi oleh kawasan Cina


Di dalam kawasan masjid India di bandar Melaka yang terletak di Jalan Muhibbah. Menurut pemandu beca, jalan ini dinamakan jalan muhibbah sebab disepanjang jalan ini terdapat 3 tempat ibadat agama yang utama di Malaysia iaitu, masjid, kuil hindu dan juga tokong cina.


Inilah beca yang membawa Dina & famili mengililingi bandar Melaka

Friday, November 30, 2007

Dina dah pandai jalan

30 November 2007.

Petang tadi menjelang waktu Maghrib, Daddy Dina terkejut dengan sorakkan beberapa sepupui Dina di rumah Uwan. Rupa-rupanya lesemua sepupu Dina xcited tengok Dina yang dah mula berjalan. Kagum Daddy dan Mummy sebabnya bukan satu atau dua langkah Dina berjalan, tapi rasanya lebih dari 10 langkah. Dengan penuh confident Dina berjalan.

Betapa happynya Daddy dan Mummy tengok akhirnya Puteri tersayang sudah pandai dan tak takut lagi untuk berjalan.

So untuk pelawat setia blog dina, jom join sama melihat antara step pertama Dina :)




Hadiah Dari daddy dan Mummy untuk Birthday Girl

Sempena dengan harijadi Dina, Daddy dan Mummy telah menghadiahkan sebuah "tricycle" untuk Dina.


Hadiah ni Daddy dan Mummy belikan semasa Warehouse Sale Mydear kat Puchong. Seperti mana tahun lepas, tahun ni Daddy dan Mummy takkan miss Warehouse Sale MyDear.

Sekarang Stroller dan Walker Dina dah dibungkus dengan rapi.





Wednesday, November 14, 2007

Sesi penutup acara majlis Besday Dina

Alhamdulillah majlis besday Dina and open house berjalan dengan lancar walaupun lewat petang keadaan cuaca tak baik tapi still ada yang datang menjengah lagi. Thank you pada yang hadir and also present for Dina.

Selepas bila semuanya dah dikemaskan sesi penutup berlangsung dengan penuh excited ... terutama Aina (cousin Dina). Walaupun Dina kecil lagi tapi Dina pun sama je excitednya nak buka hadiah. Habis satu-satu bungkus ditarik untuk di buka. Setiap kali hadiah di buka Dina akan tepuk tangan dengan happynya! Aksi yang selalu Dina buat bila tiap kali Dina berjaya melakukan sesuatu perkara. Anak mummy n daddy nih memang bijak! Cousin-cousin Dina yang lain pun tumpang sekaki tolong Dina bukakan hadiah coz ada sesetengah tu Dina tak boleh koyakkan sendiri.

Dina banyak dapat baju.. maka bertambah-tambah la lagi koleksi baju Dina... lepas nih mummy Dina kena sarungkan semua baju baru setiap hari. Itu pun Auntie Ayin bagi baju yang kecik sikit so terpaksala tukar (apala Auntie Ayin nih... anak buah sendiri pun x ingat besau mana).

Semoga Dina membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang baik. Mummy and Daddy sentiasa mendoakan moga Dina berjaya dunia dan akhirat.

Aksi-aksi Dina sewaktu membuka hadiah yang di terimanya.


Hadiah dari mama Ida.. pos from Kelantan. Inside ada cute bear kaler kelabu.