Tuesday, March 31, 2009

Habis jahanam!!!

Nilah akibatnya bila Dina main sorang2 tanpa pemantauan mummy or daddy. Ikut sesuka rasa sesedap ati nak buat macam mana pun tanpa ada sekatan, halangan or dialog membosankan as "Dina no!", "Dina jangan" and etc.

Takkan nak marah kan dah salah mummy and daddy gak sebab tak main sama-sama dia. Tapi memang ini la habit Dina, suka sangatla rosakkan toys2nya yg ada. So no wonderla if daddy just beli toys Dina yang murah2 tanpa brand, tanpa tag exclusive or tanpa design yang gah2 sebab daddy dah pernah merana b eli yg mahal tp x smp sebulan habis ranap.

Kesimpulannya, bila daddy beli yang murah Dina diberi pelepasan untuk melakukan apa sahaja kerana konsep yang akan mummy and daddy gunakan adalah "PAKAI BUANG". Hehehehe.... Ok wat coz at least Dina x perlu nak di jerkah, di marah apatah lagi di jerit2 bila barang mahal dirosakkan tanpa Dina faham apa maksud mahal and apa maksud nilai (especially nilai RM daddylakann..)

Antara yang dijahanamkan adalah playhouse di bawah. Rasanya ramai kot anak2 pempuan ada toys ni. Pada kami walau pun nilainya RM80.00 tapi mahal wooo! Kalau yg berkemampuan lebih tu sure rasa x kisah tapi mummy and daddy Dina sedikit kisah. Hehehehe.. tapi barang dah diranapkan..kan.. so redha jela.


Bila mummy kuar dari dapur, Dina tunjuk hasil kerjanya seperti di atas. Dari koyak sikit dah jadi macam sayur.


Mummy try sambungkan balik tp dah lunyai sgt. Saje je nak tgk leh tak buat puzzle. wakakaka..



Patutnya main susun2 la kat dalam umah tuh tapi lain la style yg Dina pakai. Bag tuh tuk simpan blk segala mak nenek brg2 umah tuh.


Ha.. macam yg mummy dah kemaskan ni.

Tu baru satu toys, belum lagi segala macam toys yg dia ada. Nak menyimpan satu hal, nak mengemas 10 hal! Penat! Tapi tula tiap kali kuar pi mall ker supermarket ker pasar malam ker sure bawak balik at least 1 barang. Daddy... can you please help mummy? Pls... pls... kurangkan beli toys Dina ek.

Friday, March 27, 2009

Banyak mulut!

Dina lama udahnya pandai bercakap dan dari hari ke hari semakin la banyaknya mulut. Bila mood malas daddy and mummy datang kami just kasi kuarkan bunyi "emmm..." "yeeee..." "apa..." "haa...." "okey.." "x nak..." juppp..." untuk memberi feedback pada setiap butir bicaranya. Kalau tak berbunyi kang mulala dia naikkan volume kasi mummy and daddy nyer tersedar sket atau di ulangnya soklan2 ittew byk kali!. Hehehehe....

Macam kes malam tadi;

Mummy melintas depan Dina pas mummy siap2 mandi then cepat2 dia dapatkan mummy ajak main toys. Beginilah hari2 tau.

Dina (D) : mummy meh main toys dengan Dina ye...ye...

Mummy (M) : tak nak la

D : jom la mummy jom... (time nie di tgh pegang remote control car. penuh tangan jadi tak dpt tarik tgn mummy)

Time dia ajak tu mummy x lari pun so cpt2 dia dapatkan mummy sambil membuat gaya ala2 menolak mummy masuk ke bilik toys nya itu. Oklah.. malam ni mummy layan dia so mummy terus masuk and duduk depan longgokkan toys yg menyakitkan mata itu.

D: mummy acang (pasang) ni ye... ye.... (refer to her puzzle blocks)

M: ok!

D: mummy acangla cepat... (hehehehe..mummy dok tp x sentuh puzzle tuh.. tu yg dia suh lagi)

M: ok! (At this time Dina tengah dok tolak sumer puzzle tuh ke arah mummy)

D: cepat la mummy... ish cepatla! (ha volume dah tinggi hokeh!)

M: ye la mummy pasanglah ni. (tangan mummy slow2 jek berjalan tau. malas sebenarnya)

D: ha... good mummy. nanti mummy acang lagi ye... ye....

See... mummy dapat 'good' dari Dina sebab layan dia. If not sure dah dia meronta2 ngamuk sbb xnk main dgn dia. huhuhu.....


Kadang2 Dina begini...

Situasi di rumah Uwannya.. time ni mummy and daddy jemput Dina pas balik keje.

Daddy & mummy: Dina jom balik. Salam Uwan.. salam kakak

D: Ok... jup2 ye Dina mas (kemas) jup. (refer top toys yg dia selerakkan)

Dy & M: ok. cepat sikit. simpan semua tau.

D: ok!

D: Salam Wan! (Sambil lari kat uwannya tuk salam)

Bila Dina siap salam sumer mummy akan terus dukung dia then akan cakap "baliklah mak."

D: Bukan mak la... UWAN! (hehehe... kene ajar dengan anak sdiri)

M: Dina panggil uwan, mummy panggil maklah.

D: Ok.

D: Balik la wan...! (hehehe... tu dulu la skang ni xyah explain dah coz when mummy said "baliklah mak", Dina plak akan cont' to "baliklah uwan" dengan nyaringnya.)

Kalau memalam time mummy ajak dia masuk bilik mulalah ajak main "ashes". Hehehe... actually dia belajau dari CD Barneynyer ittewla... Ada lah agu tu sebut "ashes... ashes" ha tang tu jek dia ingat.

D: mummy jom main ashes

M: ok. (sambil sambut 2 tangan dina tuh)

D: ashes... ashes... wall #*%^&*@ @%#%^# down! (mula2 dina akan huyang-hayang kan badan kiri kanan kiri kanan then bila sampai ke word 'down' tuh dia akan menjatuhkan badannya)

Lagu actually berbunyi begini... "ashes... ashes... we all fall down" tapi tang 'we all fall' tu terbelit dia nak sebut so dia dok main sebut jek sampai berbelit lidah. Hehehhe...

Aktiviti itu akan berulang sampai dia bosan!

Lagu lain yang dia suka nyanyi lagu "Are you tleeping... are you tleeping or nite long... or nite long... noning *^#@ &%%$ ar eii nging ding ding dong... ding ding dong..! Hehehehe... ada jek baris2 ayat dia yg mummy pn xleh tangkap dia nyebut camner.

Banyak lagi sebenarnya. Daddy la paling banyak layan dia cakap sebab dia suka tanya itu ini kalo nampak sesuatu or kalau dia nak menyibuk bila mummy and daddy tengah berbual. Ayat biasa dia.. "apa/nape/sape/mummy/daddy?" hehehehe....

Tu namanya budak tengah belajar. Betul tak Dina????

Monday, March 23, 2009

Makan + Main

Ahad kami ke Giant mencari makanan untuk lunch sementara mummy mencari satu barang. Bila sampai Giant daddy ajak makan di food court sekali tuh alamak ada playground betul2 kat tengah food court tuh. Mula2 daddy cakap xpe.. ok..mummy and Dina follow jek tapi bila mummy and dadddy tengok Dina semakin kepanasan melihat playground tuh mummy and daddy tukar tempat ke Chicken Rice shop menghala ke luar skit. Kasi anak dara nan seorang tu tenang sambil makan.

Jom lihat aksi-aksi ganas Dina makan + main!


Daddy belikan Garfield sebagai habuan tuk Dina kasi dia terlupa pasal nak ke playground tuh. Konon2nyerla...


Bukan main erat lagi ek peluk Garfield tuh...


Bukan main lagi dia menyudu nasi. Eksen jek lebih tu....


Penuh ayam di suapnya dalam mulut. Macam nak meletus kuar.


See... pakai tangan plak. Memang begitulah tabiatnya.

Lepas makan jek mummy and daddy usung la Dina balik tapi kami silap sebab anak dara mummy and daddy yang bijak ni tak pernah lupa untuk melepaskan hajatnya nan satu itu. Kami menghala ke kiri jalan untuk keluar tapi dia tarik tangan kami ke kanan.. see... menunjukkan yang betapala ingatannya sangat tajam!


Inilah tempat pujaan hati Dina! Playground free!




Mula2 main dengan malu2 kucing. Slide dituruninya dengan sopan santun. Lama2 begini la aksinya.


Memanjat tangga dengan style tersendiri.


Aksi ganas! Anak saper neh????


Huh... anak mummy and daddy ghupernya! Giler stunt! Penuh aksi.

Sunday, March 22, 2009

Hari2 seterusnyer di Klate

Punyer la lambat nak tunggu daddy habis citer pasal trip to Klate. Mummu nak buat posting lain pun terbantut. Ni mummy tolong daddy abiskan ceritanya.

Isnin 9 March 2009

Hari ni memang tak ke mana. Stay kat umah jek sebab Ma ada buat kenduri aqiqah Firza (anak Mak cik Da). Makanya bertapalah kami anak beranak di rumah. Hari punyerla panas. Mummy and daddy lepaskan Dina main dengan sepupu2nyer. Seronok tengok Dina dah mula berkawan dengan bebas. Kalau tak mesti dia minta permission mummy or daddy tuk main then bila cakap ok dia bknnyer pergi sdiri. Diusungnyala tangan mummy and daddy ajak pi tempat yang dia nak main tuh. Tang ni yang buat mummy and daddy malas.

Dalam sehari tuh ntah baper kali mummy mandikan Dina. Punyer ler berpeluh anak dara ni, cian dier. Baju pun sampai habis mummy sarungkan... sampai tak cukup nak melaram time kenduri tuh.

Kisah berakhir begitu jek. Pape pun makanan yang terhidang time kenduri mmg sedap giler! Terutama time lunch sebab makan time lauk masih panas lgkan.


10 March 2009

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Daddy, mummy, Dina, Tok Pa & Ma bertolak dari rumah nyang Dina pukul 7 pagi. Kami singgah di Gua Musang hantar Pok Sik. First time mummy and Dina sampai ke sini. Dulu Pok Sik ni Nyang Dina yang jaga and besarkan. Umah Pok Sik betul2 depan sekolah jadinya Pok Sik and Mok Sik buka kedai kecik2 jek tuk cikgu and bebudak dok bersantai pas abis waktu sekolah.

Owh..terlupa.. actually sepanjang perjalanan ke Gua Musang Dina tidur lagi. Kami singgah makan pagi di Kuala Krai pun Dina tidur dgn lenanya. Kebetulan daddy stop jek kete depan umah Pok Sik, Dina pun bangun. Mummy baru jek berhajat nak kejutkan Dina at least ble mandi dulu, wangi2kan diri baru la best jalan jauh.



Senang nak tau rumah sapekah inikan..



Time sampai anak dara ni br jek bangun



Air kolam yanh sejuk ini bakal segarkan bdan si kenit mummy, bilik airnya open air.



Wah dah segar pun dia...



Kami lunch di Raub dan janji bertemu Tok Pa & Ma di R & R Genting tuk tuko barang dan kami tiga beranak selamat sampai di rumah lebih kurang jam 3.30 ptg.

Sunday, March 15, 2009

Cuti Cuti Dina Di Kelantan

Sabtu 7 March 2009

Hari pertama Dina hanya pi ke Bandar Kota Bharu. Tu pun kul 5 petang baru kuardari rumah Tok Nyang Dina. Maklumlah baru sampai awal pagi, so Mummy ngan Daddy masih lagi penat.

Di Kota Bharu, Mummy pi shopping kat Bazaar MPKB. Mummy beli Tudung je. Dina lak macam biasa duk melalak bila bosan sangat tunggu mummy shopping. Lepas shopping kat MPKB, kami semua p ke Restoran Sun Too Baru, salah satu restaurant favourite Tok Pa Dina. Bila balik ke Kelantan, sure at least once singgah kat restoran ni. Lepas makan, pusing-pusing kejup bandar KB, then ternampak lah Gerai Nasi Kukus kat tepi Stadium. Ramai giler orang duk beratur. Memandangkan tak pernah klagi merasa nasi kukus ni, so Daddy Dina decide tuk "tapau" nasi kukus ni tuk dinner. Punya lah ramai manusia beratur tuk makan nasi kukus ni, harganya not bad, RM5 sebungkus (tu pun sebab mintak nasi lebih), ayam pun punyalah besar. Tapi bagi Daddy Dina, nasi kukus ni tak berapa "kaw". Nasi Kukus kat Sri Rampai KL(gerai yang dah hilang) lagi best.


Ahad 8 March 2009

Hari ni merupakan hari yang dikhususkan khas untuk mummy Dina shopping. Destinasi utama kami hari ni ialah Rantau Panjang. Sesampai jer kat Rantau Panjang, ternampak la pulak "Lok Cheng" (makanan cucuk-cucuk yang bakar, sesapa ex uum sure familiar ngan makanan ni). Apa lagi, Daddy ngan mummy pakat borong la makanan ni. Tambah lak harganya pun murah.

Kat Rantau Panjang ni Mummy Dina punyalah xcited sebab banyak pilihan nak shopping hehehehehe....... Boleh tahan la gak barangan yang mummy Dina beli. Kiranya nak balik KL nanti penuh la gak bonet kereta. Dina lak kat sana asyik melalak jer maklumlah rimas sebab panas, tapi bila upah ngan aiskrim + toys terus senyap :)

Lepas Rantau Panjang, terus ke Kota Bharu. Kami semua p KB tuk lunch kat sana. Pilihan Lunch kami semua ialah Restoran Hoover. Restoran ni memang famous dan pernah keluar dalam Majalah 3. After lunch terus balik ke Bt 11, rumah Tok Nyang Dina.


Lewat petang, Daddy bawak Dina ke rumah Moyang Dina sebelah Tok Umi lak. Rumah Moyang Dina yang ni kat Kok Lanas.

Nila Restoran Hover tuh. Tapi time kami sampai lauknyer tinggal hujung2 jek. Pak Cik yang kira laju tuh xde. Pas kami kuar jek derang pun tutp kedai. huhuhuhu...sib baik sempat.





Ha..nasi yg xabis tuh cam biasa si kenit punyer. Cuba peratikan dia di mana?





Kat bawah ni aksi2 santai si kenit pas kenyang makan. Kenyang ker? Mummy and daddy dia jek yg kenyang sebenarnya.





Wednesday, March 11, 2009

Setelah 2 tahun... akhirnya Dina kembali bercuti ke Kelantan.

6 Mac 2009 (Jumaat)

2 tahun lamanya Dina tak balik ke kampung Daddy di Kelantan. Last semasa balik ke kampung masa tu Dina baru dalam 4 bulan. Kecik lagi, masih tak tahu berjalan. Perjalanan pertama Dina ke Kelantan ada dalam entry ni.

9.30pm - Perjalana bermula daripada rumah Dina di Hulu Langat. Awalnya perjalanan sedikit terganggu sebab lepas isi minyak (full tank), ada limpahan minyak melalui "oil pump". Actually kereta Daddy ada masalah "oil pump". Workshop yang ganti "oil pump" dulu pasang tak berapa betul, that's why minyak sentiasa akan limpah esp bila terlalu penuh. Setelah further checking, Daddy rasa insya Allah selamat untuk teruskan perjalana ke Kelantan.

10.40pm - Jumpa dengan Tok Pa after Toll Gombak. Perjalanan smooth, cuma di kawasan hampir exit Bukit Tinggi jalan jem skit sebab ada construction jalan. Separuh jalan ditutup. Punyalah teruk jem. Masa banyak terbuang kat situ.

12.40am (Sat) - Berhenti minum di Hentian Benta. Perjalanan di kawasan Merapoh sesak sedikit, sebab terlampau banyak bas ekspress dan lori.

3.40am - Berhenti minum di RnR Gua Musang. Tapi memang mengecewakan RnR ni. Terlampau kotor, tak seperti RnR PLUS . Maintanence takde langsung plus banyak meja yang bersepah dengan pinggan mangkuk tak berangkat. Tandas pun dah makin teruk, jauh bezanya dengan 2 tahun dulu. tak mustahil bila kami balik kampung next time, RnR ni akan jadi lebih teruk or mungkin akan terbiar.

6.30am - Selamat sampai di Bt 11 Ketereh (Rumah Nyang Dina)

Sepanjang perjalanan semenjak dari highway Karak Dina dah bantai tido, sampailah ke rumah Tok Nyang. Memang selesa giler Dina tido.

Perjalanan Dina di Kelantan untuk hari pertama (sabtu) akan di postkan kemudian.

Tuesday, March 03, 2009

Label

Sesuatu yang perlu diketahui tentang Dina. Apa kaitan Dina dengan label ek? Apa pula kaitan label dengan Dina ek?

Mummy and daddy pun tak faham kenapa Dina and label boleh ada kaitan malah label tu sebahagian dari ketenangan Dina. Tak siapa pun sebenarnya tau macam mana Dina boleh kawan dengan label. Korang tau tak label apa yg kami maksudkan? Hehehe... label yang ada pada semua baju, sarung bantal, toys, and semuanyalah.

Cerita bermula di sini...

Time Dina kecik kami bekalkan Dina bantal kecik bila mana nak baring sambil menyusukan Dina senang. Bantal tersebut hadiah dari bestfrenz mummy Auntie Mazlyna and bantal tu ada label besar di penjurunya. Time kecik2 dulu Dina suka hisap bucu bantal, lepas dah mula gatal gusi Dina hisap and gigit pulak bucu+label yang ada.

Bila dah capai umur setahun, label tu Dina buat gentel2 (ahak..betul ker ek word ni) sambil khayal nak tido. Pada waktu ini Dina akan usung bantal tersebut hanya dengan memegang tang label aje. Sampaila label tu naik hancus sebab Dina hisap and gentel2.

Memandangkan mummy and daddy tak jumpa brand lain yang labelnya sama besau dengan bantal tersebut makanya kami berusaha gak cari brand yang sama. Luckily kami jumpa dan terus beli, masalahnya takle beli bantal jek sbb benda tu datang satu set dengan bolster 2 biji. Tibai jekla janji leh replace bantal yang dah uzur giler tuh.

Dapat yang baru Dina happy but at the same time dia still usung yang lama juga so jdla 2 biji bantal busuk. Bantal yang baru ni dia buat skill baru plak... iaitu dengan memasukkan jari dalam label tu (refer pictures yg ada). Bila buat gitu selalu, labelnyer nyaris2 nak tercabut. Uwan pun jahitla kasi sambung balik. Tapi Dina macam tak baper suka jadinya dia lanyak balik bantal lama.

Bila bosan dengan 2 biji bantal tu Dina mencari alternatif dengan lebih kreatif... apa lagi abih dia korek sumer barang2 yg ada label especially baju sebab label brand baju besau sket. Makanya bermula la strategi baru Dina mencari ketenangan dengan mengumpul semua label2 yg ada yg hampir seghuper dgn bantal busuk dia tu. Yang penting label tersebut mesti leh masukkan jari.

Mummy and daddy really tak tau pi'el apakah yang Dina bawa tapi Dina really create sesuatu yang lain dari orang lain. Tak kisahla apa pesen pun janji anak mummy and daddy happy! Jom kita enjoy!
Inilah ghuper bantal Pooh tu. Kalau perati betul2 ble nampak la label tu...

Mana pergi dia akan usung samada sendiri kepit atau suruh mummy/daddy kepitka.

Peratikan betul2 kat mana jari anak dara ni berada.. (time dia masuk spital dulu)
Ha..ini picture terbaru. Tengah tido ni tapi tengokla di mana jari dia berada? Baju tu baru jek beli so tula habuan terdekat yang ada.

Mummy close up sket kasi jelas... so percaya tak Dina and label tak ble dipisahkan?????

Monday, March 02, 2009

Kisah di Cinema...

Semalam seperti dirancang mummy and daddy bawa Dina pi tengok Upin & Ipin, percubaan pertama kami. Mana tau kot2 Dina dah pandai tengokkan so next time leh bawa nengok citer lain plak.

Before masuk cinema mummy sempat rembat dress n jeans for Dina (boleh ek gitu?) sebab kami sampai awal sambil tunggu ketibaan Daddy Rain n anak-anak. Tayangan pukul 3.20 ptg so that akan berakhir 5.20 ptg (lebih kurangla kot..). Daddy beli air and Cheezel tuk Dina, saja umpan suh dia dok diam and share pop-corn dengan sepupu2 lain.

Mula2 masuk jek dia ok lagi tapi macam tak selesa duduk. Ok..mummy bukakan keropok kasi Dina dok diam2 ek. Dina makan sambil tengok movie... alhamdulillah dia nampak enjoy. Part ni time si Badrol dengan Lim race motor tu yang dia ralit nengok tu. Agak2 dah kenyang sumbat Cheezel tu dia kasi kat mummy then ble ler plak dia nak berdiri. Mummy tak kasi..puas halang at last hubby cakap biarkan aje. Oklah.. lantak Dina ler.

Em..pas dia tak keruan jup Dina dok diam2 balik...wa..happy jup daddy and mummy sebab leh tengok dengan tenang. Sekali tu dia nak bangun balik, susah nak urus daddy angkat letak atas pangkuan. Diam jek dia nengok dan tiba-tiba Dina nangis! Alamak..!

Em..kami noticed dia nangis sebab time kuar raksasa la ular la... apa ntah lagi time derang sesat masuk dalam cave tu. Part tu memang suspen sketla tapi bagi Dina part tu part menakutkan dia lorrr. Dina ni kan dah di label sebagai penakut tahap max (seghuper mummynyerla...) so that dia ingat raksasa tu hantu tu dia pi bantai nangis. Daddy pun bawa la dia kuar untuk elakkan gangguan pada orang lain.

Bila daddy masuk semula ingatnyer Dina dah ok sekali tu dia nangis balik. Mummy pujukla dia nengok balik sebab raksasa tu dah xde (kejup je xde pastu kuar balik lerrr pulok) then dia refuse tuk tengok. Suruh tutup mata dengan jaket dia tak moh then suh lelap mata pun tak moh... sekali tu korang tau tak dia minta apa? Ha..baca dialog kat bawah..

"Daddy nak ngok (tengok) Barney la..."

Terkekeh2 mummy and daddy dengar. Ada ke patut suh kami buka Barney? Aiyark... apa da... mana leh tuko Barney sesuka sdiri dalam cinema ni sayang.

Kesimpulannya, Dina memang takleh masuk panggung lagi la. Bila capai umar 5 tahun ke atas baru mummy and daddy test balik ek. Cian anak mummy and daddy neh!!!