Wednesday, March 11, 2009

Setelah 2 tahun... akhirnya Dina kembali bercuti ke Kelantan.

6 Mac 2009 (Jumaat)

2 tahun lamanya Dina tak balik ke kampung Daddy di Kelantan. Last semasa balik ke kampung masa tu Dina baru dalam 4 bulan. Kecik lagi, masih tak tahu berjalan. Perjalanan pertama Dina ke Kelantan ada dalam entry ni.

9.30pm - Perjalana bermula daripada rumah Dina di Hulu Langat. Awalnya perjalanan sedikit terganggu sebab lepas isi minyak (full tank), ada limpahan minyak melalui "oil pump". Actually kereta Daddy ada masalah "oil pump". Workshop yang ganti "oil pump" dulu pasang tak berapa betul, that's why minyak sentiasa akan limpah esp bila terlalu penuh. Setelah further checking, Daddy rasa insya Allah selamat untuk teruskan perjalana ke Kelantan.

10.40pm - Jumpa dengan Tok Pa after Toll Gombak. Perjalanan smooth, cuma di kawasan hampir exit Bukit Tinggi jalan jem skit sebab ada construction jalan. Separuh jalan ditutup. Punyalah teruk jem. Masa banyak terbuang kat situ.

12.40am (Sat) - Berhenti minum di Hentian Benta. Perjalanan di kawasan Merapoh sesak sedikit, sebab terlampau banyak bas ekspress dan lori.

3.40am - Berhenti minum di RnR Gua Musang. Tapi memang mengecewakan RnR ni. Terlampau kotor, tak seperti RnR PLUS . Maintanence takde langsung plus banyak meja yang bersepah dengan pinggan mangkuk tak berangkat. Tandas pun dah makin teruk, jauh bezanya dengan 2 tahun dulu. tak mustahil bila kami balik kampung next time, RnR ni akan jadi lebih teruk or mungkin akan terbiar.

6.30am - Selamat sampai di Bt 11 Ketereh (Rumah Nyang Dina)

Sepanjang perjalanan semenjak dari highway Karak Dina dah bantai tido, sampailah ke rumah Tok Nyang. Memang selesa giler Dina tido.

Perjalanan Dina di Kelantan untuk hari pertama (sabtu) akan di postkan kemudian.

No comments: