Saturday, October 20, 2007

Jemputan Ke Open House & Birthday Dina pada 27 Okt 2007

27 Oktober 2007 (Sabtu) nanti, Dina akan adakan majlis open house dan juga sambutan Hari Jadi Dina yang pertama. Majlis ini akan berlangsung di rumah Nek Umi di alamat :-

NO 47
JALAN UP5/5
UKAY PERDANA
AMPANG, SELANGOR.

Untuk peta ke lokasi, sila rujuk dan cetak peta dibawah.


Untuk open house bermula dari jam 2 pm - 6pm, manakala untuk potong kek birthday girl jam 4pm.

So dikesempatan ini, Dina sekeluarga ingin menjemput semua yang mengenali Dina, Daddy Dina, Mummy Dina dan juga seluruh keluarga Dina untuk hadir ke majlis ini.

Pesan Dina, jangan lupa bawak hadiah yang best2 tuk Dina :)

Friday, October 19, 2007

Atuk Dina kena "minor" operation

Pada hari rabu lebih kurang jam 1.30 tengah hari, Atuk Dina telah menjalani pembedahan kecil di HKL. Atuk selamat keluar dari bilik pembedahan lebih kurang jam 4.25petang.

Petangnya selepas Daddy dan Mummy balik dari kerja, Dina sekeluarga pergi melawat atuk di HKL. Keadaan atuk baik dan stabil. Kiranya pembedahan ni berjaya.

Keesokkannya, atuk dan dibolehkan keluar dari HKL. Sekarang atuk ada dirumah, dapat cuti 2 minggu daripada Doktor.

Insya Allah, keadaan kesihatan Atuk masih sihat dan cergas.

Raya Ke 4


Pada raya ke 4, mummy dah keje. So, Dina tinggal lah dengan daddy dan Nek Umi. Dina sekarang ni meragam skit, Dina tak nak makan bubur nasi, tapi bubur McD makan lak.

Petangnya selepas jemput mummy, Dina dan family terus ke Bangi rumah Tok Pa dan Tok Ma untuk beraya. Family Ayah Lang bersama auntie Ayin, Uncle Naza dan Uncle Boi pun ikut sama.

Besoknya (Selasa) selepas jemput mummy dari office, Dina terus balik ke rumah Uwan di Ampang. Pada pagi Selasa juga, atuk telah dimasukkan ke HKL sebab atuk kena "minor" operation. Usus atuk terkeluar dari perut. Istilah saintifik penyakit tak sure lak. Nanti Daddy Dina akan carikan istilah saintifiknya. Dijangka atuk akan di operate pada hari rabu pagi.

Raya ke 3


Raya ke 3, Dina dan family beserta dengan Nek Umi, Auntie Ayin, Uncle Naza dan Pak Su Boitelah pergi ke Kuala Selangor, rumah keluarga Mak Lang dan juga Sekinchan, rumah GF uncle Naza.

Kami bertolak lebih kurang pada jam 9.30 pagi dan selamat sampai di Kuala Selangor jam 11.00 pagi. Nasib baik jalan tak sesak. Selepas singgah di Kuala Selangor, bersama-sama dengan Ayah Lang sekeluarga, kami semua terus ke Sekinchan.

Perjalannan semuanya lancar dan kami semua selamat sampai di Ukay Perdana pada jam lebih kurang 4 petang.

Thursday, October 18, 2007

Raya Ke 2


Pada hari Raya ke 2, Dina dan family pergi beraya di kampung sebelah mummy Dina di Kota, Rembau Negeri Sembilan. Perjalanan lancar, jalan di lebuhraya PLUS tiada kesesakkan, tetapi bila nak bayar tol di exit Pedas Linggi mermang teruk sesak. Hampir setengah jam terpaksa beratur semata-mata nak bayar tol.

Lokasi pertama persinggahan ialah di rumah Pak Long di kaki Gunung Datuk, Rembau. Pak Long merupakan abang sulung kepada atuk Dina. Seterusnya Dina ke rumah adik perempuan Atuk di kawasan Rumah Murah Kota. Daddy, mummy, Atuk, Uwan dan Ucop makan tengah hari di rumah adik Atuk.

Perjalanan diteruskan ke rumah Mak Lang (adik perempuan atuk), dan ke rumah sepupu Atuk. Lokasi terakhir ialah rumah Tok Nyang Dina. Dina sampai rumah Tok Nyang lebih kurang dalam pukul 4.00 petang.

Malamnya selepas Maghrib, Dina dan family bertolak pulang ke KL, tetapi sebelum itu Dina ke rumah Ateh Udin (adik uwan) dan makcik Ani (adik mak) dahulu.

Dina bertolak dari rumah makcik Ani lebih kurang jam 10malam dan selamat sampai di Ukay Perdana jam 12 malam. Perjalanan "smooth", tiada kesesakkan langsung.

AIDILFITRI PERTAMA DINA 13 OCT 2007 (Tasek Permai Ampang)


Selepas solat Aidilfitri, Dina & family bersama dengan nek Umi, Auntie Ayin dan Pak Su Boi pergi ke rumah uwan Dina di Tasek Permai. Senangkan bila rumah dekat. Tak perlu gaduh-gaduh untuk balik beraya kat mana ;)

Ini ialah sessi bergambar di rumah uwan Dina.





Wednesday, October 17, 2007

AIDILFITRI PERTAMA DINA 13 OCT 2007 (Ukay Perdana)


1 Syawal 1428 merupakan aidilfitri yang pertama bagi Dina. Nampaknya, tak lama lagi, genaplah setahun usia Dina.

Pagi raya kali ni Dina sambut di Ukay Perdana, rumah nek Umi. Selepas solat sunat Aidilfitri, Dina bersama family dan nek Umi, auntie Ayin, Uncle Naza dan Pak Su Boi, pergi ke Ampang rumah uwan Dina.

Aktiviti Dina di raya pertama ni tak banyak sangat.

Berikut ialah sessi bergambar sempena Hari Raya.












Sehari sebelum Raya (12 Oct 2007)

Hari ni mummy keje, daddy lak dah start cuti. Tapi hari ni Dina tetap tinggal dengan uwan sebab daddy nak pergi servis kereta. Sedih Dina sebab mummy masih lagi keje menjelang raya. Ntah hapa-hapa ntah kompeni yang mummy keje tu.

Hari ni Dina dan family berbuka puasa di rumah nek Umi. Lepas je jemput mummy dari opis, Dina pun balik kampung ke Ukay Perdana.

Malamnya, baru mummy perasan yang mummy lupa nak bawa baju raya. Nasib baik la Ukay Perdana dengan Ampang dekat, so terpaksa la daddy dina meredah hujan untuk mengambil baju mummy di umah uwan kat Ampang. Ni lah kelebihan bila rumah nek umi ngan uwan Dina dekat :)

Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....MAAF ZAHIR BATIN


Dina dan family ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pegunjung blog Dina. Pada ahli keluarga Dina, saudara mara di KL, Ampang dan juga Kelantan, Maaf Zahir Batin Dina ucapkan.

Raya pada tahun ni, pada pagi raya pertama, Dina akan beraya di Ukay Perdana dan selepas itu ke Ampang. Insya Allah, pada raya kedua Dina akan balik ke kampung mummy di Kota, Rembau.

Nanti Dina akan update kan segala aktiviti Dina pada raya tahun ni. Lagi pun, ini ialah Aidilfitri yang pertama untuk Dina. Tahun lepas Dina dilahirkan pada 4 Syawal.

Maaf Zahir Batin, berhati-hatilah bila memandu. Ingatlah orang yang tersayang.

Sunday, October 07, 2007

Dina Deman lagi ........


Sabtu 6 Okt 2007, Dina ke Poliklinik Surgeri Ampang sekali lagi. Dina kembali deman. Kali ni tak lah seteruk sebelumnya, tapi bila malam je badan Dina akan panas sedikit. Mungkin bak kata orang-orang tua Deman sebab nak belajar jalan kot.

Walaupun Dina deman, berat badan Dina tetap naik. Kali ni, berat Dina 8.1kg.

Hari ni jugak, Dina berbuka puasa di Ukay Perdana (rumah nek Umi).

Esoknya (7 Okt) Dina berbuka di rumah Pak Long di Impian Langat.

Memang penuh lak jadual berbuka Dina pada hari minggu.

Info terbaru, sekarang Dina pun suka makan Bubur McD. Ni semua bahana tiru Wafiq ,cousin Dina.

Thursday, October 04, 2007

Ramadhan Buffet - De Palma Hotel Ampang

Hari ni, Daddy bawa Dina dan mummy berbuka puasa di De Palma Hotel Ampang. Kebiasaanya, tahun-tahun dahulu, daddy dan mummy akan berbuka at least sekali secara buffet di hotel atau tempat sewaktu dengannya. Tahun sebelum ni, berbuka di KDE (Kelab Daruk Ehsan), tapi tahun ni bertukar kembali ke De Palma sebabnya tahun ni saja dah 2 kali jamuan birthday ahli keluarga mummy buat di KDE.

Kos buffet ramadhan di sini ialah RM55 per pax untuk dewasa. Baby macam Dina free jer. Dina & family sampai lebih kurang jam 6.45pm. Jalan teruk jem terutamanya dari Bandar Baru Ampang hingga ke LRT Ampang. Nak parking di De Palma pun jem, sebabnya tempat parking dah penuh. Akhirnya daddy park kereta di Dataran Palma.

Secara amnya pilihan makanan di De Palma memang pelbagai. Kiranya memang boleh pecah lah "tong perut" kalau makan setiap hidangan yang disediakan. Boleh dikatakan segala makanan rakyat Malaysia boleh didapati seperti nasi Beriani, nasi Putih, Siput Sedut, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Patin, Char Kueh Tiau, Nasi Ayam, Udang Goreng, Ayam Golek, Kambing Panggang, Ikan Bakar, Roti John, Rojak, Roti Jala, ABC, Air pelbagai warna dan macam-macam lagi lah. Kalau nak ikutkan dengan harga yang dikenakan bolehlah dikatakan memadai, tak mahal sangat dan tak murah sangat.

Tapi yang paling menarik di De Palma, pihak hotel menyediakan surau yang amat selesa dan lengkap di tingkat 3. Few years back, surau yang disediakan di tingkat 3 memang daif dan tidak selesa, tapi kali ni, pihak pengurusan amat prihatin dengan kehendak pengunjung muslim.

Pihak hotel juga membuat "cabutan bertuah", tapi cabutan yang dibuat ni nampak sangat ketidak adilannya. Ianya bukan cabutan bertuah, tetapi setiap pemenang dah ditentukan. Pihak pengurusan hanya memberikan peluang kepada syarikat2 yang menempah dengan kuantiti yang banyak sahaja peluang untuk menang hadiah. So, untuk tahun hadapan, adalah baik cabutan bertuah ni tak payah diadakan. Berika sahaja hadiah tu untuk mana-mana syarikat yang menempah dengan kuantiti yang banyak.

Kesimpulan buffet di De Palma makanan banyak jenis tapi 75% TAK SEDAP. Lucky Draw hanyalah satu bentuk penipuan. Surau FIRST CLASS. Waiter service memang bagus, sekejap saja pinggan kotor akan diangkat.