Wednesday, November 25, 2009

Edisi mata bengkak

Pictures ni semua di ambil time Dina demam+ulser+tonsil hari tu. 2nd day x sihat tu... bila kami sampai rumah balik dari kerja, tengok mata dia bengkak dan merah. Tanya Uwan kenapa? Uwan jawab, everytime ulser dia tu sakit dia akan nangis.

Seharian dia dok nangis jek! Naik risau kami. Then daddy decided bawa Dina to her favourite place. Apa lagi... tempat game kanak-kanak la! Nak pujuk, ambil hati dia. Kasi dia release tension dengan sakit ulsernyer itu.

Tak kisah la tempat cikai pun janji Dina happy. Boleh nampak dia senyum.


1st game




2nd choice




3rd - Bus Sekolah




Mainan ke-4



Mainan atas tu ntah pape sikit. Langsung x mencabar. Bosan jek Dina.


Last






Koleksi gambar-gambar mata bengkak.














Alhamdulillah... Dina dah sihat dah sekarang. Alhamdulillah...

Monday, November 23, 2009

Penerangan yang boleh buat tergelak


Situasi 1:

Dina: mummy... Dina nak berak!

Mmy: ha... berak cepat. duduk2 (mummy malas bawak Dina ke toilet guna potty-train dia tu. dah malam takut dia sibuk nak main air. Alasan!)

Sambil tunggu Dina melabur dalam diaper, mummy nak gi solat Isyak dulu. Bila selesai solat mummy terjah Dina balik nak confirm dh uk uk ke belum.

Mmy: Dina dah berak ke belum?

Dina: tak.

Mmy: cepatlah. betul ke x berak?

Dina: betul. tak. ia xnk kuar. ia masuk dalam perut Dina balik.

Mummy dengan daddy tergelak-gelak dengar statement Dina tu. Lawak betul la. Bukan lawak apa... cara dia cakap tu macam orang tua... kelakar.




Situasi 2:


Time ni mummy dan Dina dah masuk bilik nak membuta. Daddy pula dok siapkan kerja kat hall. Sebelum tidur kene layan anak dara main dulu, nak plak dah di bawanyer set mainan atas katilkan.

Lepas main jup-jup... mummy ngantuk dah. Dina plak dok baring2 sebelah mummy. Malam ni dia tidur lewatkan, jadi kene beralah bila dia dah book tempat tidur mummy. Daddy kene sleep kat katil Dina la jawabnyer.


Dina: mummy... idung Dina sakitla. Sakit kat sini (sambil tunjuk kat tepi hidung yang sakit)

Mmy: sakit kenapa? meh mummy tengok (sambil rasa2 kat tempat yang dia tunjuk tu. Mata dah layukan jadinyer x baper nak jelas ada tanda merah ke tak)

Dina: ish.. sakitla. Sakit sama macam kat mummy punyer. Sama macam yang situ.

Pastu dia tunjuk tang mana tahu tak? Ni ha... tang dua ketul jerawat yang ada kat atas dan bawah bibir mummy nih. Cit! Sambil dia gelak2. Sabo jelah. Nak tergelak pun ada...




Thursday, November 19, 2009

Jangan buat mummy dan daddy risau sayang...


Dina demam panas. 2 malam yang lepas Dina tidur pukul 8mlm dan bangun semula jam 12.30 tgh malam after 2 jam mummy lena. Dina kejutkan mummy sebab minta susu tapi separuh pun Dina x habis minum. Bila mummy rasa... panasnyer badan Dina. Mummy masukkan ubat ikut bontot, then Dina berjaga sampai pukul 5.30 pagi.

Daddy sambung tidur tapi mummy temankan Dina sampai Dina lelap semula. Bila mummy terlelap Dina kejutkan mummy, Dina baring kat ketiak mummy, perut mummy. Selalu mesti mummy mengamuk bila Dina x tidur tapi kali ni mummy layan je. Mummy tau Dina x sedap badan.

Pukul 5.30am pun Dina tidur atas peha mummy. Dina suka tidur atas peha mummy or daddy, kata Dina tidur macam baby. Mummy x minta daddy gilir2 jaga Dina memandangkan daddy pun baru nak beransur pulih. Mummy larat lagi jaga Dina sorang2. Sepanjang berjaga 2 kali Dina berat cirit. X tau kenapa.

Esoknyer daddy minta mummy x perlu ke pejabat, minta tolong jagakan Dina. Ingatkan Dina makin ok after masuk ubat dalam bontot tapi x macam selalu. Panas badan Dina makin menjadi-jadi after ubat tu dah hilang.

Petang daddy balik kerja, kami bawa Dina ke klinik dan doc cakap Dina demam panas... over 39 then tonsil bengkak. Bila Dina cakap dia sakit lidah... ada ulser seketul kat bawah lidah. Itu yang mummy nampakla. Berkemungkinan ada 1-2 lagi kat dalam.

Dina sayang.... tolong mummy ya... lekas sembuh. Doa mummy untuk Dina x pernah putus... doa mummy untuk daddy pun sama... Moga dua-dua orang yang mummy sayang lekas sembuh... sembuh sepenuhnya. Amin.







Minta dipangku baru lena... lena dipangkuan...



Time ni badan Dina panas sgt. Over 39...
Cool fever tu pun puas pujuk suruh pakai.
Jari tetap melekat even mulut sakit.


Blanket pink tu pemberian Nek Umi.
Usia blanket tu melebihi 20 tahun.. kalau x silap...



Tuesday, November 17, 2009

Bila baik... baik sangat!!!

Mummy x sabar-sabar nak kasi Dina adik. Sebab? Motif? Manja sangatttt!!!!! X larat nak layan.. xlarat nak jaga.. x tahan sabar... kadang-kadangla. Daddy? Stuju tak? Mana tau bila ada adik nanti boleh bawa diri, boleh jadi kakak betul2... skang ni jadi kakak main2 je. :)

Dua hari lepas mummy pedih2 mata, rasa kesat2.. jadinyer mummy letak aye mo. Dah letak 2 titik x masuk lak kat biji mata jadinyer pergi dapatkan daddy. Dina dan daddy dok layan TV sambil main toys. Daddyla yang layan Dina main toys skang. Mummy banyak curi masa mengemas rumah.

Bila daddy tolong letakkan eye mo kat mata, Dina tengok je. Asyik la tanya.. "nape di?" "mummy nape?" Macam orang tua tanya itu ini tau. Letih nak jawab.

Malam semalam lepas mummy siap kerja, mummy ajak Dina masuk bilik tidur sama. Time tu dia dok sibuk main toys kat luar padahal dah lewat, siang x tidur malam tidur lambat. Kuat berjaga betul. Bila masuk bilik, mummy tarik selimut pastu mata rasa gatalnyer. Nak garu kuat2 takut luka dan merah jadinyer...

Mmy: Dina tolong mummy amik ubat mata dalam bag kerja mummy boleh?

Dina: ok (sambil terus turun dari katil tanpa byk alasan)

Dn: Ubat yang mana mummy? (Sambil tunjuk lip bam mummy)

Ddy: Nak apa yang? Dia cari apa?

Mmy: Ubat mata

Dn: Yang mana di? yang ni ke mummy? (Sambil tunjuk ubat mata)

Ddy: ha.. yang tu.. pergi bg mummy

Jadinyer budak baik nikan... memang malam tadi baik betul la... berlari ke arah mummy...



Sambil bawa ni ha...



Pastu tangan kiri pegang yang ni...



Tisu tu memang mummy x suruh amik tau. Dina yang pandai amik sendiri. Agaknyer semalam dia tengok bila letak eye mo, air meleleh dari mata jadi solutionnyer tisu untuk lap. Bijaknyer anak mummy dan daddy ni. :)

Bila dah masuk bilik, agaknyer Dina fikir something... pastu terus ke dapur dapatkan daddy pulak.

Dn: daddy tolong letak ubat kat mata mummy. Dina x pandai buatlah. *wink*

Ddy: Ok. Nanti daddy letakkan. Daddy basuh tangan dulu.

Dn: Cepatlah daddy tolong letakkan.

Ddy: yer sayang... nanti. Dina bagi kat mummy dulu.

Mummy nak tergelak la pulak. Mummy x suruh pun dia panggil daddy tau. Dia yang beria2 suruh daddy tolong.

Bila daddy letakkan eye mo, cepat-cepat Dina tolong lapkan eye mo yang meleleh tu. Aihhh... kalau la betul2 sakit mesti meleleh air mata ni tau. Terharunyerrrrr....

Ingat lagi waktu daddy sakit dulu, time Dina melawat kat hospital mesti dia akan pimpin tangan daddy if daddy nak ke toilet. Katanya takut daddy jatuh lagi. Sedihnyer bila ingat balik.

Bila Dina besar nanti... bila baca blog ni balik (if wujud lagila) mummy dan daddy nak Dina tahu yang mummy dan daddy sangat kagum dan bertuah ada anak macam Dina. Jadi... "please..please..please... kamu jangan nakal".








Tuesday, November 10, 2009

Terima kasih Nek Umi untuk seminggu



Terima kasih yer Nek Umi untuk seminggu yang lepas. Seminggu Nek Umi tolong jagakan Dina. Daddy discharge hari Khamis (29/10/09) after 2 hari birtday Dina berlalu. Jumaat esok tu kita terus balik rumah Nek Umi sebab mummy keje jadi malam lepas dinner kita bertolak. Macam la jauh sangat rumah Nek Umi tukan? :p Terlepas la mummy nak tengok Nur Kasih lagi. :(

Mummy sekadar memenuhi permintaan Nek Umi yang nak tolong jagakan daddy sepanjang daddy cuti sakit. Mula-mula memang berat hati nak duduk sekali dengan Nek Umi sebab kalau boleh xnak susahkan Nek Umi lagi. Kesian pula kene jaga Dina bila mummy pergi kerja.

Tapi Nek Umi kata dia sanggup. Daddy pun macam mummy, x sanggup nak susahkan Nek Umi lagi. Banyak dah Nek Umi berkorban untuk kita 3 beranak. Tapi permintaan Nek Umi tak sanggup mummy biarkan begitu. Ikutkan mummya, biarlah daddy je tinggal dengan Nek Umi sementara Dina dengan mummy stay rumah Uwan. Tapi daddy tak sanggup berpisah dengan Dina, jadinyer mummy beralah. Harap-harap kehadiran kita 3 beranak tak menyusahkan Nek Umi.

Dari hari Jumaat malam sampaila ke pagi Sabtu minggu seterusnya Dina duduk rumah Nek Umi. Kalau nak tahu... tak silap 3 malam sahaja Dina tidur dengan mummy dan daddy, selebihnya Dina tidur dengan Nek Umi dengan rileksnyer tinggalkan mummy dan daddy berdua. Sikit pun Dina x kisah tau.

Tiap-tiap hari Dina ikut Nek Umi pergi ke salun. Hari 1st, excited giler sampai mandi pagi pun sikit tak tercuit itu ini. Kalau tidak bukan senang nak ajak si dara manja tu mandi. Siap gosok gigi dengan rileks je. Bersemangatkan...

Bila petang daddy akan jemput Dina di salun then terus amik mummy di lrt. Sehari je ok... 2nd day melalak-lalak tak nak pergi jemput mummy. Nak ikut je bontot Nek Umi dia. 3rd day terus xnk blk dengan daddy dah. Pagi ke kedai dengan Nek Umi sampai la malam kang baru balik. Mandi semua dengan Nek Umi. Jangan harapla dia nak kasi mummy yang uruskan.

Sampai satu tahap, mummy dan daddy perasan yang Dina langsung x bersama kami. Aduhai... ingatnyer dia susah nak ikut Nek Umi tapi sebaliknya plak terjadi. Mudah sangat mesra dan manja tau. Kalau tak Nek Umi yang mandi dan uruskan Dina, of course la Auntie Ayin dia. Kalau dengan mummy, sure kami berperang-perang dua beranak dulu baru la boleh teruskan misi mandi dan pakai baju. Sangat hot jadinyer.

Nek Umi usung Dina ke JJ main toys, beli toys... beli jajan...beli ntah apa lagi. Esok tu pergi JJ lagi beli Paparoti sebab Dina suka makan roti kopi tu. Agaknyer sebab makan roti kopi tu byk sangatk ot sampai Dina xleh tidur. Bayangkan bangun pukul 6.45 pagi then tidur balik pukul 10++ malam.

Kalau tak pergi JJ, di bawanyer pergi jumpa customer ke apa ke... xpn duduk je kat kedai tengok orang buat facial. Mula-mula takut tengok org pakai mask tapi pastu dia yang suka lebih. Balik bila tanya macam mana orang buat facial, bukan main lagi diurut2 muka tiru gaya kakak2 yg kerja tu.

Alhamdulillah... mummy dan daddy happy sangat sebab Nek Umi cakap Dina behave cuma time nak urus mandi dan pakai je la kengkadang beragam. Adat la tu... dok dengan Uwan pun gitu juga. Yang tak tahan tu... sampai tak nak balik rumah sendiri ok...

Next time ada cuti panjang boleh lepak rumah Nek Umi lagi yer sayang. Daddy dah mula kerja jadinyer kita balik rumah dulu. Sian kat Nek Umi penat jaga Dina.


Terima kasih Nek Umi... I LOVE U >> kiss from Dina

Monday, November 09, 2009

I'm back!!!







HOME SWEET HOME!!!!

Dah lepaskan rindu. Betul ke Dina rindu nih?

hehehe....

Sunday, November 01, 2009

Dina's 3rd celebration


Tanggal 27hb Oktober 2009, Dina diraikan sempena hari lahirnya yang ke-3. Ikut perancangan awal nak sambut birthday Dina on 1st Nov. 09 tapi tak sangka apa yang dirancang tak berlaku.

Mummy try juga nak celebrate birthday Dina dan tak sangka melalui YM dengan Mak Ngah, a day before Dina's birthday Mak Ngah kata dia nak sponsor kek nak juga suruh mummy celebrate birthday Dina. Mak Ngah nak Dina celebrate juga... kesian kat Dina at least buat ala kadar pun dah memadai.

Jadinya mummy dan daddy teruskan juga plan mummy tuk celebrate besday Dina even daddy still kat hospital lagi. Dah rezeki Dina macam tu... kita jalani je apa yang adakan sayang. Daddy pun tak minta ni semua terjadi.

Mummy order bihun goreng dan roti jala dari Mak Su dan tak sangka Cik Nonie pula belikan KFC. Daripada biasa2 aje berubah jadi meriah jugala. Oklah sekadar nak sambut, nak beritahu Dina yang dia dah pun 3 tahun.



Kek ni Mak Ngah sponsor... mekasih Mak Ngah...
ada ubi ada bataskan... hihihi... mummy akan ingat...



Punyerlah tak sabar nak tiup dan potong kek.
Maklumla time ni kakak Dina dah besar, dah faham.



Punyerlah happy bila orang semua nyanyi lagu birthday untuk dia.
Semuanya Mak Ngah yang handle, mummy tengok2 je... terharu sangat!

Beria-ia nak dipotongnya kek tu... excited sangat.
Sorry sayang... ni je yang terbaik untuk mu.



Atok baca doa dulu before kita makan-makan


Nie je yang ada... Auntie Azie n family, Cik Nonie n hubby,
Mak Ngah n family, Pak Cu (Mak Su tunggu Irfan bangun tidur),
Pak Cik Ucop dan Mak Lang n hubby (datang lambat sket).



Nie je menu yang ada... ini pun dah banyak. Terima kasih semua...


Kakak Dina... tahun lepas dan tahun ni memang x sambut besday kakak secara well organize. Maaf sayang! Insyaallah... tahun depan kita harap dapat sambut dengan lebih meriahkan. Sekadar nak gembirakan kakak... Bila kakak Dina happy... mummy dan daddy lagilah happy.

Moga dah besar nanti kakak Dina menjadi orang yangberjaya...