Thursday, March 22, 2012

Nur Qisya Qistina

Sebulan lebih tak ada cerita tentang anak-anak. Dah mak bapak pun sama je busy and lazy. Alhamdulillah, sampai juga hajat mummy dan daddy buat akikah untuk Qisya. Jemputan tak ramai pun, sebab mungkin ada yang tak dijemput. Maaf yer.

Qisya dah 9 bulan lebih. Sangat agresif dan aktif. Lebih lasak dari kak long, lebih hebat dari kak long. Accident walker dah 2-3 kali, tergolek sendiri ada, tergolek dengan Uwan pun ada. 

Gara-gara nak selamatkan Qisya dari meluncur laju ke dapur sebab antara dining dengan kitchen ada beza ketinggian lantai. Belum sempat dapat halang Qisya yang dengan lajunya memandu walker, Uwan tersungkur dulu di dapur. Hadoiyaiii la anak bertuah.

Qisya boleh capai semua barang samada di lantai atau di mana-mana tahap ketinggian yang dia mampu hanya dari dalam walker. Yang dilantai, dia akan sangkut kaki di kiri atau kanan besi sisi walker dan dengan selamba lambung badan ke bawah. Okeh ngeri!

Uwan cakap Qisya susah nak di jaga. Di depan mata pun accident, tak di jaga lagilah accident sebab dalam walker pun boleh buat aksi dan bila biar meniarap, dia akan terus duduk lepas tu bila tak balance terus terbalik kebelakang. Haru!

Bila dalam kereta... Ya ALLAH susahnya mummy nak handle. Dia tak nak duduk diam. Letak dalam baby carrier cum car seat, dia bangun lepas tu duduk membongkok sebab nak mintak bangun. 

Mummy masukkan dalam rocker, boleh pula dia tolak-tolak badan ke depan samapi la dapat capai pinggan dan cawan yang mummy letak di depan. Sedar-sedar, air dah tumpah secawan, bubur dalam mangkuk dah segenggam di tangan. Padalah amat mustahil untuk dicapai tapi tidak bagi Qisya.

Gigi dah 4 batang. Gigi kapak 2 batang. Habit bila bosan, hisap hujung lengan atau baju, gigit-gigit Uwan dan mummy sebab bila gigit daddy, cepat aje daddy menjerit. Apalah daddy nih tak sportingkan. Kene gigit tu biasa la. 

Sebenarnyer nak letak gambar Qisya banyak-banyak tapi tercerita banyak la pulak.  :)











Monday, February 13, 2012

Zoo Negara 2012

Awal Feb, mummy cuti panjang coz cuti Wilayah bersambung dengan cuti Maulidur Rasul & Thaipusam. So takde xtvt yang spesel, cuma kali ni buat lawatan muhibbah sekitar KL je. On Thursday ke Cruise Putrajaya (boleh refer entry sebelum) and on Monday ke Zoo.


Qisya muka ngantuk coz kena kejut awal pagi :)

Monday, February 06, 2012

Cruise Tasek Putrajaya

Last week sempena dengan Hari Wilayah, Cruise Putrajaya buat promotion untuk sesapa yang teringin nak naik cruise. 50% off untuk warga Malaysia. Memang murah and berbaloi. Dengan harga promosi ni tiket crusie untuk adult RM15 dan kanak-kanak RM10 shj. So apa lagi, Daddy & Mummy tak nak miss peluang ni :)

Thursday, February 02, 2012

Batu Kurau - Cuti Cuti Malaysia

Inilah landmark Pekan Batu Kurau


Cuti Tahun Baru Cina kali ni kami semua berlainan daripada biasa. Kali ni kami semua ke Batu Kurau, Taiping atau kalau lebih tepat lagi Kg Pasir Besar, batu Kurau.


Tuesday, January 24, 2012

Tadika Cahaya Raudhah (Little Caliphs Program)

Alhamdulilah, this year Dina dah selamat didaftarkan ke Tadika Cahaya Raudhah Taman Kosas. Tadika ni menggunakan program Little Caliphs. Kak long kali ni request nak masuk skol yang pakai tudung. 

Ni skol Dina. Gambar diambil dari FB tadika. 

Bagan Lalang

Nampaknya ni lah posting yang pertama untuk tahun 2012. Memang jarang lak nak update blog kakak long Dina & Qisya. Masa tak sempat. 

First week Januari ari tu DD and MM bawak kakak & Qisya jalan-jalan ke Bagan Lalang. Maklumlah dah lama tak pi holiday, kali ni kami pilih lokasi yang dekat skit ngan KL maklumlah masa and financial tak mengizinkan.