Saturday, July 18, 2009

Dia tahu apa ada di dalam...

Dina ni kan ada satu perangai yang buat aku respect. Apa yang dia buat dia akan ingat terutama kat mana dia letak sumer barang2 yang dia main. Bila dia tanya kita toys yang dia cari, weols just tanya dia balik bila last dia main. Pastu melurulah dia ke tempat barang tu diletakkan.

Kalau buat silap pun dia tahu sebabnya... kalau memang salah dia, dia takkan menangis tapi buat muka singgit duploh sen. Kalau tak bersalah, dia akan nangis plus merajuk segala bagai dan yang pasti air mata mesti leleh punyer.

Ni..ha... nak citer satu insiden.

Insiden berlaku time weols nak balik ke rumah lepas jemput Dina di rumah Uwan. Before daddy drove direct ke rumah, weols ke Taman Putra nak cari popiah basah favourite mummy tapi kedai tu tutup plak. Tak balik terus pun, singgah makan laksa lak kat tepi jalan tapi just mummy jek yang makan. Daddy kenyang katanya dan Dina makan pau kacang merah. Lama dah Dina minta nak makan pau.

Pau tu tak habis pun jadinyer separuh yang ada kat tangan Dina tu mummy suh dia makan dalam kete jek. Baru suku perjalanan Dina tak nak makan pau tu lagi so dia kasi ker mummy pegang. Mummy nak buang ke luar tingkap pun ada banyak kete n motorkan so mummy pegang jekla.

Lepas makan Dina wajib minum air kosong. Daddy memang ajar since Dina lahir lagi. Kalau ikutkan mummy...selagi tak haus takyah minum. hehehe...

Cerita bermula... ceeewaaaahhhh...

Dia tahu dia yang buat... dia tahu apa ada kat dalam... tu sebab dia tak berani nak hisap. Disuruhnya mummy dia ni buat... erk...nasibla mummy tak tertelan. Kalo tertelan memang naya kene gi spital operate kasi kuarkan.

Apa kesnyer? Niha... pas makan pau tu... bila suruh minum Dina tak nak dia suruh mummy buka botol air tuh tengok kat dalam.

Ni botol air Dina tuh...



Dy: mintak mummy air kosong Dina

My: nah minum air ni (sambil suakan botol Barney ker dier) buka tutup tuh (refer penutup straw)

Dn: tak nakla... mummy buka tutup... mummy tengok dalam

My: ~mummy just check kat straw tu then nmpk mcm kilat2 jek kat dalam straw tuh. tp mummy assumekan mmg botol tu macam tu~

My: (after check) ada apa? xde pape pun. nah minumla

Dn: tak nak! mummy bukala...bukala... dalam tutup tu

Aih... buat mummy hangin jekla! Nak buka tutup dia buat apanyer? Kang tumpah dalam kete mummy gak kene bebel dengan daddy. Banyak lak kerenah Dina ni.

Dn: mummy bukala...bukala... tu dalam tu (sambil tunjuk dalam straw)

My: Dina tak nak minum sudah (sambil letak botol tu kat sebelah dia)

Dn: tu mummy tengok dalam tuhhh...

Mummy rasa tensen tul dengan arahan memacam la... jadinyer entah camner tergerak hati mummy nak sedut jek air tuh kasi dia puas hati.

Sekali tuh tengok....

v

v

v

v

v

v

v






Tau tak benda apa tuh? Tu pau... kat inti tuh ada screwkan? Yer... bila mummy sedut jek air tu kuarla screw then mummy pun on the spot ludah ker pau tuh. (Sorila...bunyi macam geli sketkan... memang betul tau). Tengok2 mak aiiiii... SCREW! Aih... kalo la mummy tertelan tadi?




Ni la budak yang sumbat screw tu dalam lubang straw botol dia. Patutla bila suh minum air langsung dia tak nak ghupernyer dia put something kat lubang straw tuh.

Tengok tuh.. bila minta susu mana pernah nak terus minum. Mesti susu tu kene park dulu kat tepi2 dia. Bila rasa dah puas hisap jari barulah dia minum... sebelum tu mesti jerit ker mummy and daddy dulu.. "mummy Aminnn..." ha tu tandanya dia suh kita bacakan "Bismillah" then dia tukang Amin barulah minum susu.





alahai anak omak.....!







4 comments:

c a b b i e n a said...

biasa la kan anak2 ni mmg bnyk perangai...
sabar je la...
:)

CaMaRPuTiH said...

perangai2 dialah buat kita rasa happy jek. merekakan penyeri... marah tu adatlah...
:)

mummy azfar said...

seb baik dna ingat kat dalam air tu ada skru... klau tak... naya dibuatnya...

Alhamdulillah xder apa2 yang terjadi...

for Dina be a good girl kay....

CaMaRPuTiH said...

mummy azfar:

tula pasal... maknyer plak ni suka btul take for granted sumer hal... kikiki... nasibla si anak ni clever..

insyaallah...Liya moga anak2 kita ni jadi insan yg terbaik dunia dan akhirat.