Thursday, March 14, 2013

Si comel yang kidal


Assalamualaikum.


Baru-baru ni, atok tegur Qisya sebab makan guna tangan kiri. Atok datang kat meja dan atok tukarkan tangan kiri ke tangan kanan. Walhal mummy dan dan daddy ada je sebelah-menyebelah sambil tengok Qisya makan. Memandangkan mummy dan daddy dah tahu sangat kemampuan Qisya, tu yang kami biarkan aje.

Qisya ni dia ada 'good habit' iaitu suka makan sendiri. Erti kata lain nak suap sendiri setiap kali diberi makan. Dari kecil mummy memang beri pelepasan pada Qisya untuk makan sendiri memandangkan cara makan Qisya agak berhemah sedikit berbanding kakak.

Qisya makan kurang berterabur, tambah-tambah kalau makanan tu dia suka. Akan lebih banyak masuk mulut dari bersepah di lantai. Jadi mummy agak yakin nak beri kebebasan untuk Qisya merasa 'feel' bila suap makanan sendiri.

Cumanya, setiap kali makan mummy dan daddy perasan yang kawalan tangan kanan sangat lemah. Makanan sukar disudukan, sukar diangkat dan sukar disuap ke mulut. Bila Qisya guna tangan kiri, dia akan rasa 'feel' yang sedikit berlainan bila dia lebih mudah mengawal pergerakan.

Untuk tidak mahu menyekat segala kemampuan Qisya, mummy lepaskan Qisya makan menggunakan mana-mana tangan yang dia mahu. Kiri boleh, kanan pun boleh. Kalau makan guna tangan, mummy ajar tangan kanan, lebih afdhal dan sopan. Tapi dia akan kekok. :)

Menulis pun guna tangan kiri juga. Pegang barang pun lebih banyak guna tangan kiri. Nampak agak ketara kawalan tangan kanan sangat lemah. Memandangkan mummy pun kidal, makanya mummy biarkan saja Qisya bentuk keupayaan fizikal dia mengikut kemampuannya.

Cuma itulah, banyak kekurangan nanti untuk orang kidal ni. Ada masanya, pasti kita tetap kene praktik menggunakan tangan kanan. Mummy sampai sekarang pun tetap tak pandai kawal secara total bila makan menggunakan sudu/garfu/pisau. Kurang 'feel' orang kata.  :)

Tak apalah adik... kita belajar-belajar je dulu mana-mana yang adik mampu eh. Mana tahu bila dah besar sikit boleh guna tangan kanan secara keseluruhannya. Ini semua urusan Allah SWT, hanya yang terbaik buat setiap hambaNYA.  


Ni gamabr lama yang ada dalam simpanan mummy. 
Waktu ni belum sibuk-sibuk boikot McD lagi. huhuhuhuhu





Kata orang.. terutamanya pakar motivasi, orang kidal ni kreatifkan? Mummy je yang takde kelebihan itu. Moga adik punya kelebihan yang banyak jika adik adalah antara golongan kidal bila besar nanti ya. Amin.



Thursday, March 07, 2013

Spek glemer


Assalamualaikum.

Mummy buang tebiat agaknyer tiba-tiba rajin update blog anak-anak. Entah, rasa rindu nak baca perihal kisah anak, tapi bila diselak... cerita tentang Qisya tak ada langsung. Sian bucuk mummy.

Daddy sejak kerja baru nih, sibuknya semacam. Tapi mummy happy sebab itu semua rezeki daddy dan anak-anak.  :)

Kak long dah mula pakai cermin mata.  :)

Insiden ni berlaku tanpa jangka. Dina selalu mengadu yang dia selalu tak nampak apa cikgu tulisk at depan. Dia cakap kecik sangat. Selalu jugalah dia mengadu perkara tersebut pada daddy. Mummy tetap dengan pendirian yang kak long ni silau memandangkan dia duduk di meja tepi sekali di belakang.

Satu hari tu kami ke Ampang Point untuk cari subang Dina sebab subang sebelah dah tercicir, nak elak lubang tu tertutup mummy nak cari subang silver je dulu. Ada booth di ruang legar bawah, Focus Point ada buat promosi cermin mata. 

Daddy ajak periksa mata Dina sebab dia selalu mengadukan. Jadi kami periksa je dulu. Allahuakhbar.... power dia cecah 150. Tersiat rasa hati mummy. Sebak! Terus daddy decided untuk tempah spek bagi keselesaan Dina.

Bila periksa betul-betul, power baru 50 dan ada silau. Okla... lg pun tengah ada promosi jadi grab aje. Cuma bila under promosi nih, pilihan yang ada tak banyak. Kami pun tak punyer budget untuk 'insiden' ini makanya pilih je apa yang ada.



Ini pilihan kak long. Mummy ok je tapi semua orang cakap besar. Pada mummy memang la nampak besar tapi bukan trend ke???? hahahahaha.... Iyer trend laaaa....



Tak caya mummy cakap trend????? Meh tengok sini....

v


v



v



v



v




v



v



v



v



v



v




v




v





tadaaaaaa.....

Ada gaya! Mutu! Keunggulan!

:)




Buku wajib ada okeh. Suka membaca dalam kereta budak nih tau.


Wednesday, March 06, 2013

Darjah 1



Pada usia 6 tahun 3 bulan Kak Long dah masuk darjah 1. Seronok tengok kak long membesar walau mummy tahu kak long tu banyak sangat menurun perangai mummy. Mummy selalu berdoa pada Allah SWT moga jauhkanlah tabiat/perangai buruk mummy agar diwarisi anak-anak.

Mummy ni banyak kekurangan dan kelemahan, semua daddy yang tampungkan, itu pun berat daddy nak tampung. huhuhuhuhuhu..... anak-anak tersayang, semoga yang tidak sempurna dalam diri mummy ini tidak kamu warisi. Amin.

Alhamdulillah, tak mudah uruskan persekolahan kak long memandangkan sepupu dia pun sekelas. Duduk pun semeja, jadinya kuranglah rasa janggal atau sukar nak mencari kawan baru.

Tapi 3 hari je dapat duduk sama, lepas tu cikgu tukarkan tempat Irfan dengan orang lain. Mungkin atas alasan, nak asingkan lelaki dan perempuan.  :)

Daddy ajar kak long berbelanja. Nak bayar atau pesan/beli makanan di kantin supaya dia belajar berdikari. Agak risau juga takut dia tak mahu beli di kantin sebab takut untuk menggunakan wang. Tapi sangkaan kami salah, sekejapan dah teror. Hohoho!

Makanya bukan sahaja dia membeli di kantin malah selalu membuat lawatan di kedai buku. Macam-macam dibelinya sehingga perlu ditegur. Kalau tidak, duit berbaki pasti habis licin. Mummy juga selalu tegur kak long jangan setiap hari membeli di luar sekolah. Makanan yang dijual kebanyakannya bukan yang berkhasiat. Tapi di beli juga. Hari ni tegur, esok tak beli tapi tulat beli balik. 

Mummy belajar sesuatu dari teman FB, mummy patut ajar kak long membeli makanan dan makan makanan yang bertanda logo HALAL Jakim sahaja. Setidak-tidaknya boleh mewujudkan sedikit kekangan dalam pembelian kak long. Semoga mummy success! Perkara mudah yang kadang-kala ibubapa terlepas pandangkan?