Sunday, March 15, 2009

Cuti Cuti Dina Di Kelantan

Sabtu 7 March 2009

Hari pertama Dina hanya pi ke Bandar Kota Bharu. Tu pun kul 5 petang baru kuardari rumah Tok Nyang Dina. Maklumlah baru sampai awal pagi, so Mummy ngan Daddy masih lagi penat.

Di Kota Bharu, Mummy pi shopping kat Bazaar MPKB. Mummy beli Tudung je. Dina lak macam biasa duk melalak bila bosan sangat tunggu mummy shopping. Lepas shopping kat MPKB, kami semua p ke Restoran Sun Too Baru, salah satu restaurant favourite Tok Pa Dina. Bila balik ke Kelantan, sure at least once singgah kat restoran ni. Lepas makan, pusing-pusing kejup bandar KB, then ternampak lah Gerai Nasi Kukus kat tepi Stadium. Ramai giler orang duk beratur. Memandangkan tak pernah klagi merasa nasi kukus ni, so Daddy Dina decide tuk "tapau" nasi kukus ni tuk dinner. Punya lah ramai manusia beratur tuk makan nasi kukus ni, harganya not bad, RM5 sebungkus (tu pun sebab mintak nasi lebih), ayam pun punyalah besar. Tapi bagi Daddy Dina, nasi kukus ni tak berapa "kaw". Nasi Kukus kat Sri Rampai KL(gerai yang dah hilang) lagi best.


Ahad 8 March 2009

Hari ni merupakan hari yang dikhususkan khas untuk mummy Dina shopping. Destinasi utama kami hari ni ialah Rantau Panjang. Sesampai jer kat Rantau Panjang, ternampak la pulak "Lok Cheng" (makanan cucuk-cucuk yang bakar, sesapa ex uum sure familiar ngan makanan ni). Apa lagi, Daddy ngan mummy pakat borong la makanan ni. Tambah lak harganya pun murah.

Kat Rantau Panjang ni Mummy Dina punyalah xcited sebab banyak pilihan nak shopping hehehehehe....... Boleh tahan la gak barangan yang mummy Dina beli. Kiranya nak balik KL nanti penuh la gak bonet kereta. Dina lak kat sana asyik melalak jer maklumlah rimas sebab panas, tapi bila upah ngan aiskrim + toys terus senyap :)

Lepas Rantau Panjang, terus ke Kota Bharu. Kami semua p KB tuk lunch kat sana. Pilihan Lunch kami semua ialah Restoran Hoover. Restoran ni memang famous dan pernah keluar dalam Majalah 3. After lunch terus balik ke Bt 11, rumah Tok Nyang Dina.


Lewat petang, Daddy bawak Dina ke rumah Moyang Dina sebelah Tok Umi lak. Rumah Moyang Dina yang ni kat Kok Lanas.

Nila Restoran Hover tuh. Tapi time kami sampai lauknyer tinggal hujung2 jek. Pak Cik yang kira laju tuh xde. Pas kami kuar jek derang pun tutp kedai. huhuhuhu...sib baik sempat.





Ha..nasi yg xabis tuh cam biasa si kenit punyer. Cuba peratikan dia di mana?





Kat bawah ni aksi2 santai si kenit pas kenyang makan. Kenyang ker? Mummy and daddy dia jek yg kenyang sebenarnya.





2 comments:

[-suziey-] said...

tepek la gambo..!

CaMaRPuTiH said...

suziey;

mslhnyer gambo mmg xde. jalan x hengat donia sampai kamera di bag hanya sekadar usungan kosong. wakakakaka.... harap maklum!