Sunday, June 28, 2009

Cerita sudah bersawang....

20/06/09 - 21/06/09 - Bercuti di Port Dickson meng'replace' hotel yang x dapat di Kuantan.

Last week daddy bawa Dina n mummy pergi PD untuk hilangkan kempunan Dina sebab x dapat tidur di hotel time ke Kuantan minggu sebelum tu. Credit to daddy coz dalam pape hal pun mesti akan cuba memenuhi permintaan si anak.

Pergi untuk satu malam sahaja memandangkan mummy malas nak apply cuti (mummykan baru keje..) jadinyer on Monday, daddy guling-guling di rumah sengsorang. Walau pun just for one night tapi masa yang ada di penuhi sebaiknyer. Jom santai baca short holiday Dina.

Sampai aje ingatnyer nak suruh Dina tidur dulu sebab dia bangun awal pagi tadi tapi dek kerana terlalu excited nak swimming (swimming pool tuh leh nampak dari bilik) jadinyer terus jek ke swimming pool. Mula-mula gi laut dulu main pasir dengan gadjet korek pasir yang daddy beli before sampai tadi.

Laut kat hotel ni x berapa best untuk di mandi sebab sedikit curam dan waktu petang tu air pun sedikit pasang jadinyer Dina penakut nak mandi laut. Bila mummy celup jek Dina dalam laut tu punyerla kuat dia paut mummy sambil terjerit nak naik ke darat. Adoii... x sudah2 la penakutnyer anak mummy nih.

Memandangkan Dina takut mandi laut, just main pasir jekla tuh pun sekejup sebab bila nak tanam dia, bukanla main dia marah macam takut air tuh datang simbah ker dia nanti dia x sempat nak lari (mummy agak lerr..hahaha..). Dah puas mandi laut main pasir kami terus berendam ke swimming pool plak. Dia prefer mandi kat tempat dewasa sebab kaki dia akan tergapai2 bila dok dalam pelampung tuh. Owh.. lupa nak kasi tau... daddy beli pelampung baru lagiiii... kali ni yg berlubang tengah terus sebab Dina dah besarkan so kene kasi dia berani sikit.

Penat mandi terus naik then Dina pun lelap. Pukul lapan lebih baru kuar pergi dinner. Mulanya daddy nak ajak BBQ dinner kat hotel jek tapi ramai plak orang nanti sure makan ciput2 jekkan so that decided makan ikan bakar kat pasir panjang.

Sejam berjalan mencari restoran ikan bakar kat pasir panjang tak jumpa sekali tu terjumpa la restoran terapung kat Tanjung Agas. Memang restoran tuh jauh ke laut la... xdela sampai ke tengah tapi jauh gakla berjalan nak ke restoran tuh. Dina cuak betul jalan nk ke restoran tuh sebab kiri kanan xde pagar, derang just letak tali sebesar penumbuk mummy tuk berpaut jadinyer macam gayat sketla tengok kiri kanan ada air. huhuhu... bukan Dina jek gayat, mummy pun rasa gayat gak.

So far makan kat situ okla. Sotong tepung best, ikan bakar best, sayur campur pun best. Yang makannye mummy n daddy jek, Dina.. em..macam biasala xnk makan pun. Mula2 risau gak takut x sedapkan tapi bila makan memang sangat puas hati plus murah. Berbaloila kami berjalan jauh ke depan sampai masuk sempadan Melaka tapi hasilnya sangat puas hati.

Samapi kat Teluk Kemang ada expo plak then singgah jup tengok amenda yang riuh sangatkan... rupa-rupanya ada pameran kereta berhias. Ni bukan yang hias dengan bunga-bunga tapi kete yang diubah menjadi lebih cantik, kreatif and sweet. Sangat sweet tau. Ada gambo kat bawah.

Esok paginyer lepas breakfast Dina requested nak mandi swimming pool lagi then naik bilik salin baju terus terjun kolam. Mandi puas2 sampai kecut cari si kenit tuh barulah naik ke darat bersiap untuk balik.



Anak dara ni yang x sabo nak pergi PD. Eh.. ada jerawat la... ngalahkan mummy lak.



Family kecil Dina


Itulah mummy Dina... tiap kali sampai hotel sure landing dulu test katil empuk ker tak.
hehehe... then Dina adalah orang seterusnya mengetest lak. Sebijik mummy dia tau.



Mandi laut.. eh... main pasir jek sebenarnyer.



Pastu baru gi mandi laut. Time ni kat pool kanak2 dulu. Then baru gi pool dewasa.



Tengah tunggu order sampai.



Dinner malam kami. Untuk Dina lauk sayur campur n sotong tepung jek.



Ni la pameran kete tuh. Cantik x? Sangat comel tau. Nak drive on the road pun segan.


Ni pun sama cantiknyer. Tapi kalo mummy la.. x kosela nk drivenyer... kalo naik pun sure sorok kepala... segan woooo!



Tetiba ada lah pulak menda alah ni... apalagi cergaslah Dina atur langkah ke sini.
Dapat main sekejup jadilah asalh ble main. Wajib!



Possing2 before balik... with "daddy namin" hehehe...



ha ni plak with "mummy aisha"...




Saturday, June 20, 2009

Tulus ikhlas dari kami...


Daddy...
Selamat Hari Bapa

Daddy...
Semoga terus tabah dan kuat berhadapan dengan gelombang duniawi
Biar apa kata mereka
Kita lebih tahu
Biar apa pandangan mereka
Kita lebih jelas melihatnya

Daddy...
Terima kasih...
Untuk kasih sayang itu
Untuk perhatian itu
Untuk kebahagiaan ini
Untuk keceriaan ini
Juga untuk persediaan masa depan

Daddy...
Kasih mu...
Seluas lautan
Sepanjang hayat
Kekal hingga nafas terakhir

Moga daddy terus menjadi lelaki no. 1 di hati kami.. Dina & mummy! muaahhhh....





SELAMAT HARI BAPA!!! Hadiah untuk daddy? errrkkk....

Thursday, June 18, 2009

Eeeiii busyuk...! Emmm... wangi!

Anak dara mummy skang nih dah pandai demand tau. Skangkan musim buah duriankan, mummy and daddy memang hantu durian (yer ker daddy?) jadinyer mummy nih asyikla teringin nak makan durian. Sekali tuh daddy singgah la kat tepi jalan tempat orang jual durian then bersila la daddy and mummy hadap 2 biji durian tuh dengan bestnyer kat umah.

Mummy ajak Dina sama boleh dia x nak. Katanya "apa tu mummy?", mummy jawabla "buah. buah durian", dia boleh tu jawab "eeii...busukla. Dina tak nakla." Hampeh betul. Macam anak mat saleh lak x nk makan durian. Nak ooii... org Jepun datang Malaysia, durianla yang di carinyer. Sekali tuh bila daddy datang kat dia nak kasi toys ker tangan dia, boleh dihalaunyer daddy suruh dok jauh dari dia sebabnyer... "daddy xnakla. tepila... busukla daddy ni"! Mak ai... sampai gitu sekali tuh padahal tangan daddy xde durian pun cuma x basuh lagila sebab makan pun x habis lagikan. hikhikhik...




Sedap lor durian nih Dina! Awatla x sukernyer??? Ikut saper neh???



Eeeiii busyuk...! punyer citer dah tamat. Kita sambung lak ke citer Emmm...wangi! yer. Ha.. part nih pun still demand lagi. Mula-mula dulu Dina tak reti tau nak demand sangat tapi lately nih mummy tengok dah mula nak belajar2 dah. Dulu bila mummy calit lipstick kat bibir comel dia tuh bukan ler main beria-ia dia nak tapi pastu dia gi lap dengan tangan. Katanyer x best. Saper suruh Dina rasa? Mummy x suruh pun tau.

Skang ni dah tak sapu dah lipstick tuh. Kalo dia request nak pakai dia akan biar jek bibir tuh ternganga sket takut terpadam plak. Gitu ler plak citernyer. Tapi kali nih lagi advance sket. Dulu kalo mummy nak keluar gi jenjalan memana mummy akan sembur perfume sket kat badan nih nak kasi wangila katakan. Mula-mula dulu Dina tengok jek apa yang mummy buat, pastu dia up sket suh picit ker dia gak. Hehehe... time nih mummy ngelat la mummy picit ker badan dia perfume yang murah2. Ha... skang ni jangan harap nak tipu-tipu ker acah-acah ker. Apa yang mummy sembur time tuh, yang tu gakla dia nak. Bila mummy sembur guna yang lain xde maknanyer dah... dia tau mummy tipu dia. Pandai dah demand.

Memandangkan mummy sayang ker perfume mummy tuh, takut habis awalkan jadiknyer pergi Tesco dua hari lepas mummy gi cari perfume sesuai tuk anak dara mummy yang dah reti nak melawa tuh. Tapi tula pasal... Tesco apa ada sangatkan jadinya jumpa la yang kat bawah nih jek.



Ha.. ni la benda alah tu. Cologne jek.. okla tuhkan sebab wangi gakla.



Nie..la busyuk mummy yang selalu temankan mummy tiap kali mummy x kerja atau ponteng kerja. Mekasih yer behave dok dengan mummy. Dina kan dah besau..



Bila la jari tuh nak terus lepas dari mulut?
Risau lak mummy sbb Dina tahun depan dah boleh ke 'school'.
Tu label yang selalu dok jolok jari dalam tuh.. bila nak tamat habit tuh?



Skang kalo nak amik gambo bukan la main susah.
Dah reti refuse dah.
Tengokla tu di palingnyer muka tuh seboleh mungkin.










Friday, June 12, 2009

Belajar bahasa Melayu dan Inggeris

Mesia skang tengah sibuk isu Bahasa Inggeris "must pass" in SPM kan... ha meh mummy bawa cerita pasal Dina plak, belajar bahasa.

Peristiwa terjadi di rumah kawan daddy sewaktu kenduri doa selamat masuk rumah baru. Time tu ada sorang lagi kawan daddy datang satu family and anak dia girl gak, pun baru sorang jek tapi anak kawan daddy ni dah 4 tahun. Dina panggil dia kakak tu pun dah hujung-hujung masa baru nak mesra bagai.

Mummy: Dina apa tu? (sambil jari tunjuk ke langit)

Dina just tengok jek. Xde respond pun dengan soalan mummy. Tapi ada pembantu tolong jawabkan.

Kakak (kawan Dina tula): eh.. tu moon! (dengan penuh excited and confident).

Tapi keyakinan kakak tu kasi jawapan tergugat dek dialog Dina pastu buat orang tu jadi confius tak terkata di buatnyer.

Dina: tu bulan la... kan mummykan?

Mummy senyum jek tapi dalam hati buat aksi tepuk dahi. Boleh ker tepuk dahi dari dalam hati? kikiki...

Alamak.... mummy tak terfikir pulak nak ajar Dina dwi bahasa sebab dah hari-hari Uwannyer ajar 'tu bulan' tu yang dia kenal bulan jek. Rasa tergugat kejup bila anak dara tersayang tak tahu bulan dan moon tuh sama jek. Pas sesi menyesal berakhir mummy pun explain la kasi Dina faham and learn new word.

Mummy: betul la kakak cakap tu moon. Moon tu bulan. Moon dengan bulan sama.

Dina diam saja bila mummy terangkan pada dia. x surela dia faham ke tak. Tapi selepas dari peristiwa tu...

Dina: mummy...mummy... tu moonkan?

Mummy: ha'ah moonla. bulan.

Dina: Moon dengan bulan samakan mummy?

Mummy: Sama la sayang.

Dina: Bukan sayangla... ni D I N A.

Mummy: Ok.. D I N A (sambil tiru intonasi si anak)

Since that day Dina keep in mind that moon n 'bulan' is a same thing. Goodla Dina ni... hehehe...

Sekarang ni kalo tiap kali balik rumah Dina selalu dongak ke langit sebab Dinakan selalu sampai rumah dah malam jadi hari dah gelap dan bulan dan pun muncul. Bila bulan xde dia macam frust pulak tapi mummy ajar benda lain plak. hahaha... yg ni memang bukan perkara betul ya... yg ni mummy create sdiri.

Dina: moon mana mummy?

Mummy: ha'ahla...moon xde.

Dina: moon pergi mana mummy?

Erkkk.. apa mau jawab yer?

Mummy: moon pergi sleep. nanti Dina pun nak sleepkan. Moon sleep macam Dina la.

Ok tak bagi penerangan begitu? Mummy sesuka hati jek kuarkan statement gitu. Apa yang mummy cerita Dina keep in mind ok. x caya?

Dina: mummy xde ker mummy? (other day...)

Mummy: (dok terdongak2 kepala cari moon. kene make surekan dulu kalo tak kang kantoi lak) ha'ah xde.

Dina: moon sleep la mummy.

Hehehe.... see...






Thursday, June 04, 2009

Inilah kawan-kawan dia...

Tak beradik, tak berkakak apatah lagi berabang

Dia seorang, tunggal

Tak berteman tak berkawan

Tapi dia punya ramai sahabat yang setia

Sangat setia di saat dia kesunyian





Dia...

Tetap tersenyum girang walaupun seorang

Sunyinya terisi

Biar tak bernyawa tapi akal mampu mengilhamkan suasana

Di mana sahabat2 kakunya itu umpama 'hidup'

Diheret ke sana diheret ke sini

Sikit pun tak canggung walau 'mereka' kaku




Sangat ramai teman rupanya anak mummy and daddy ni yer.

Sederat di susun supaya semua merasa sama empuk di sofa itu.

Mana sahabat yg bersaiz gabak? hehehe... xlarat dia nk usung sbb mummy
dah siap aturkan elok2 di cabinet bilik toysnya. harap maaf yer sayang!

Monday, June 01, 2009

Gambar sudah lama tersedia tapi mummy xde masa nak buat entry. Cerita di blog mummy sudah panjang, jadinya sambung sedikit aje di blog anak dara tersayang ini.

Al-kisah selepas mummy and daddy shoppin handphone, kami terus tuju ke Manjaku Bandar Baru Ampang beli sabun Dina. Diapers di situ mahal jadi kami tuju ke Care4 pula sebab ada promosi Pet Pet.

Dina mummy sarungkan Pet Pet selepas mummy try banyak diapers tapi majoriti x sesuai dengan kulit sensitif Dina waktu kecil dulu. Kebetulan lepas lahir mummy sarungkan Fitti coz hanya itu je ada untuk new born di kedai itu dan Pet Pet adalah dari keluarga Fitti juga. Bila Pet Pet serasi dengan Dina, mummy kekal pakai sampai sekarang.

Care4 adalah destinasi terakhir mengirai duit daddy. Wah..dalam sehari dekat ribuan habis. Itulah dia penangan nilai RM kita hari ini. Barang yang di beli tak seberapa tapi RM yang mengalir punyalah banyak. Nasihat untuk mummy (mummy sorang jek ke?) pandai-pandailah menabung untuk aktiviti shopping di seberang nanti. hehehe...



Ni barang mummy n daddy tp Dina nak beraksi gak. Kasi chan ker dier yer!



Brg Dina hanyalah sabun mandi, shampu, feeding bottle liquid cleanser, wet tissue, susu Sustagen (free fridge magnet), underware n Pet Pet.



~~~Sekian sahaja aktiviti shopping last Saturday~~~