Saturday, December 26, 2009

Mak bapak dah angkat tangan tapi si anak cergas macam xde pape jek.

Mummy selsema dan sakit tekak, daddy pulak selsema, batuk dan sakit dada (asma) sementara si dara tersayang selsema dan batuk. Mummy dan daddy dah surrender sebab badan masing-masing lemau, lemah, mood semua ke laut.

Tapi... si anak dara punyerlah aktif x kira sihat atau tidak. Boleh dia hentam melompat2, main itu ini, berjaga sampai ke pagi. X kisah langsung dengan selsema dan batuk, maybe sebab tak demam tu badan maintain kebal kot.

Time2 mummy dan daddy x sihat nihlah dia punyerla suka gomol, belasah ikut suka, melompat atas perut mummy macam melompat atas katil jek. Kot lah ada baby dalam perut nih mau terkeluar tau.

Bila x dilayan... dia merajuk... tu x kira lagi terjerit-jerit suruh mummy or daddy ikut cakap dia, buat macam yang dia nak. Time ni jugaklah dia meragam nak itu ini yang x larat nak dilayan. Aduhaiii... lah anak. Tu baru Dina sorang... kalau 2 3 org lagi camno?

Kalau mummy or daddy jek yg x sihat boleh tahan lagilah.. ni dua2 x sihat tu yang berperang 3 beranak. huhuhu....

Hope kami 3 beranak lekas sembuh. Xdelah rasa nak naik hangin jek dengan Dinakan. :)




Wednesday, December 23, 2009

Heading North.. pass border

Hatyai, Thailand (18/12/09 - 21/12/09)

Mummy dan daddy bawa Dina jalan-jalan lagi. Kali ni ke sempadan pulak dan seperti biasa kalau mummy n daddy ikut rombongan Mak Ngah for sure la tempat tu purposely untuk shopping aje.

Bertolak dari umah pukul 6.45 pagi then jemput Pak Su n family kat umah uwan. Car pool dengan Pak Su naik Avanza, jimat! Tapi minyak tekan giler sebab cc Avanza kecik. Saper2 ada Avanza sure tahu. :)

Sampai border around 1.00 p.m tapi sangkut coz crowded. Ramai giler manusia nak masuk Thailand. Apala yang derang nak buat ke sanakan? Dina lain la... dia ikut mummy gi shopping. :p

Memandangkan hotel yang diimpikan fully booked makanyer stay at Florida Hotel untuk 2 malam dan semalam di Lee Garden Plaza. Stay kat Lee Garden la best sebab betul2 tengah town, senang mummy nak shopping. Sakit perut jek berlari balik hotel. hihihi... toilet sana mostly x pakai paip tau.

Tapi sian kat Dina x dapat swim puas-puas sebab kat Lee Garden tu angin kuat giler macam nak tumbang bila kene tiup. Air kolam lak sejuk sampai ke tulang. Daddy sendiri pun x sanggup nk berendam lelama. Xpela nanti suruh daddy bawa pergi hotel lagikan.. (boleh mummy jalan2 lagiii).

Jom layan pices. Tulis banyak2 pun bukan nak baca yer tak. Tengok pices lagi best... warna-warni pastu cepat. hahahaha.... (Alasan sebab mummy xde idea nk tulis apa). Pices2 ni ada yang mummy dah letak dalam fb mummy... jangan bosan yerrr....


Eh..sedondon lak pakai T hitam. Sehati sejiwa....


Dah sampai border. Baru lepas cop pasport. Tengok tu dia gi tutup muka dengan payung.
Sepanjang perjalanan hujan lebat, dah sampai border pun hujan lagi.


Daddy depan Cetral. Kawasan ni sangat2 la happening.
Ramai giler orang kalau malam weekend.


Mummy depan tangga Lee Garden Hotel.
Asal mummy nampak gumuk neh???




Sian depa kene kerah dok diam2 oleh parents memasing.
Mak bapak sumer hilang pergi tabur RM RM RM...



Depan ODEAN. Mall jugak. haha!


Time ni ada gajah buat show. Tiap2 malam akan ada.
Tengok la Dina tu.. punyerla penakut. Sabo jelah!



Kat Bazar... sini banyak jual baju2.




Cuba tengok 3 gambar kat atas ni... apa kaitan?
Yer.. Dina dengan mak ngah. Mak tumpang Dina tuh.
Tu sebab mummy n daddy honeymoon.
Dia langsung xnk berkepit dengan parents original dia tau. Sabo jelah.


Baru lepas check-out Florida hotel then gi check-in Lee Garden Plaza


Irfan dh sampai Phuket?



Parents Dina


Layannn...



Swimming ala kadar je sebab dah janji nak bawa dia gi mandikan...
Kang x bawa dok la tanya bila nak swim. Nasib umah xde swimming pool,
kalo idak jenuh mummy dgn daddy nak layan. Dah beso ni xle nk tipu, dia dah reti. :)


Kasi chance Dina enjoy! Kat Diana mall.
Game dier giler adventure n sgt sesuai dgn usia Dina.


Dah nak balik dah...


Yeah... sudah di beri kata2 aluan untuk pulang ke rumah.







Thursday, December 17, 2009

Aktiviti luar jangka


Adalah sehari tu... tak ingat bila, daddy bawa Dina jalan2 kebetulan Auntie Ieda datang stay rumah kita. So daddy xde idea nak bawa Dina pergi mana jadinyer bawalah ke shopping complex for window shopping. Dina la window shopping, mummy gi jenguk2 besday present daddy. :)

Lepas dah kasi Dina main kat play area dalam JUSCO AU2 tu, bawa Dina makan mee kat food court. Mummy perasan Dina ni suka makan mee dari nasi. Layankan aje sambil kasi dia main kat playground tepi food court tu. Main lagi? Kasi dia main puas2 nanti esok takyah minta kuar gi jalan lagi.

Dah lewat petang baru balik tu pun sebab after Maghrib daddy ada meeting alumni plak. Ingatnyer terus la jalan balikkan, sekali tu daddy suh Dina gi main air kat air pancut kat mall tu. Dulu pergi Alamanda, mummy pernah tanya daddy management tak marah ke ibubapa lepaskan budak2 main air pancut kat mall tu, daddy kata dia tak tahu.

Kali ni daddy pulak yang suruh Dina pergi enjoy. Mummy tanya lagi, xpe ke budak-budak dok main air pancut tu? Bukan air pancut tu tuk hiasan ke? Jawapan daddy kali ni ialah..... "la memang derang buat air pancut tu tuk budak-budak main la.." Eh... dah ada jawapan la pulak. hehehhe....

Jom tengok si budak malu-malu kucing tu...




Mula-mula malu-malu kucing...



Rapat sikit... sambil tengok kawan2 main airkan...



Ok.. kaki dah mula jejak2 dah...



Senyum2 lak... tau la suar dh basahkan.



Time air tu x kuar baru terjah... warm-up dulu..




Sungguh excited hokeh! Tengok seluar dah basah.



Berlari ke arah mummy sebab malu... kononla.. padahal cari masa jek nak basah.



Ini dia budak malu-malu kucing tadi. Sudah lencun ok!


Owh.. mummy pun terus la berlari masuk ke JUSCO balik, cari baju murah2 sebab mummy rasa xde baju spare dalam bag Dina. Just in-casekan, baik beli jek ala yang murah je dalam RM10 buat salin. Kang beku lak si dara tu kesejukan dalam kete.

Kata daddy, "xpe kasi dia chance merasa. Selalu dia tengok2 jek". Yelah daddy... apa-apa aje.



Thursday, December 03, 2009

Mari...mari... mahal...mahal!!!

Eh... ada ke orang lelong barang, jual mahal-mahal?

Ha... malu... malu...



Ttitle tu tag line Dina minggu ini. Mana dia belajar entahlah. Tapi yang pasti takkan ada orang berani buat tag line tu time berjual-beli melainkan Dina sorang. :p

Ada satu malam tu, mummy dok lepak atas katil sambil layan Dina dengan mata yang dah kuyu. Ngantuk la... Dina pulak nak ajak main. Diusungnya puzzle A B C atas katil bukan dia yang pasang, nak gak kerah mummy yang dah nak tertutup mata ni pasangkan.

Lepas mummy dah terkelip-kelip nak terlelap tiba-tiba dengar Dina dok menjerit buat jualan lelong. Siap pegang microfon tu. Punyerla semangat dia jerit siap bergaya lagi. Tapi bila mummy pasang telinga betul-betul...

Mari.... mari... mahal-mahal!!!!

Apa kes Dina buat lelongan mahal-mahal? Ada orang nak beli ke? Tergelak-gelak mummy bila dengar. Pastu mummy tegurla Dina, cakap mana ada orang buat lelong mahal-mahal... so mummy tukar la tag line tu jadi "Mari-mari... murah-murah..." Ingatnyer dia nak ikut tapi dibantainyer "Mari-mari... murah... mahal..." Nak gak jual mahal. Ayoyo...

Bila cerita kat daddy, tergelak-gelak daddy. Tu la mana ada orang jual macam tu. Mana ntah dia belajar. Apa pun... mummy dan daddy tetap kagum dengan Dina... jual mahal pun mahal lah sayang janji laku. hehehehe....



Nak jual Bonnie ke?



>> Suka la tengok dia pakai tudung mcm tu... cam muka mummy masa kecikla. Tomeinyer.... tapi mummy masa kecik gelap... kelabu asap. :)

Wednesday, November 25, 2009

Edisi mata bengkak

Pictures ni semua di ambil time Dina demam+ulser+tonsil hari tu. 2nd day x sihat tu... bila kami sampai rumah balik dari kerja, tengok mata dia bengkak dan merah. Tanya Uwan kenapa? Uwan jawab, everytime ulser dia tu sakit dia akan nangis.

Seharian dia dok nangis jek! Naik risau kami. Then daddy decided bawa Dina to her favourite place. Apa lagi... tempat game kanak-kanak la! Nak pujuk, ambil hati dia. Kasi dia release tension dengan sakit ulsernyer itu.

Tak kisah la tempat cikai pun janji Dina happy. Boleh nampak dia senyum.


1st game




2nd choice




3rd - Bus Sekolah




Mainan ke-4



Mainan atas tu ntah pape sikit. Langsung x mencabar. Bosan jek Dina.


Last






Koleksi gambar-gambar mata bengkak.














Alhamdulillah... Dina dah sihat dah sekarang. Alhamdulillah...

Monday, November 23, 2009

Penerangan yang boleh buat tergelak


Situasi 1:

Dina: mummy... Dina nak berak!

Mmy: ha... berak cepat. duduk2 (mummy malas bawak Dina ke toilet guna potty-train dia tu. dah malam takut dia sibuk nak main air. Alasan!)

Sambil tunggu Dina melabur dalam diaper, mummy nak gi solat Isyak dulu. Bila selesai solat mummy terjah Dina balik nak confirm dh uk uk ke belum.

Mmy: Dina dah berak ke belum?

Dina: tak.

Mmy: cepatlah. betul ke x berak?

Dina: betul. tak. ia xnk kuar. ia masuk dalam perut Dina balik.

Mummy dengan daddy tergelak-gelak dengar statement Dina tu. Lawak betul la. Bukan lawak apa... cara dia cakap tu macam orang tua... kelakar.




Situasi 2:


Time ni mummy dan Dina dah masuk bilik nak membuta. Daddy pula dok siapkan kerja kat hall. Sebelum tidur kene layan anak dara main dulu, nak plak dah di bawanyer set mainan atas katilkan.

Lepas main jup-jup... mummy ngantuk dah. Dina plak dok baring2 sebelah mummy. Malam ni dia tidur lewatkan, jadi kene beralah bila dia dah book tempat tidur mummy. Daddy kene sleep kat katil Dina la jawabnyer.


Dina: mummy... idung Dina sakitla. Sakit kat sini (sambil tunjuk kat tepi hidung yang sakit)

Mmy: sakit kenapa? meh mummy tengok (sambil rasa2 kat tempat yang dia tunjuk tu. Mata dah layukan jadinyer x baper nak jelas ada tanda merah ke tak)

Dina: ish.. sakitla. Sakit sama macam kat mummy punyer. Sama macam yang situ.

Pastu dia tunjuk tang mana tahu tak? Ni ha... tang dua ketul jerawat yang ada kat atas dan bawah bibir mummy nih. Cit! Sambil dia gelak2. Sabo jelah. Nak tergelak pun ada...




Thursday, November 19, 2009

Jangan buat mummy dan daddy risau sayang...


Dina demam panas. 2 malam yang lepas Dina tidur pukul 8mlm dan bangun semula jam 12.30 tgh malam after 2 jam mummy lena. Dina kejutkan mummy sebab minta susu tapi separuh pun Dina x habis minum. Bila mummy rasa... panasnyer badan Dina. Mummy masukkan ubat ikut bontot, then Dina berjaga sampai pukul 5.30 pagi.

Daddy sambung tidur tapi mummy temankan Dina sampai Dina lelap semula. Bila mummy terlelap Dina kejutkan mummy, Dina baring kat ketiak mummy, perut mummy. Selalu mesti mummy mengamuk bila Dina x tidur tapi kali ni mummy layan je. Mummy tau Dina x sedap badan.

Pukul 5.30am pun Dina tidur atas peha mummy. Dina suka tidur atas peha mummy or daddy, kata Dina tidur macam baby. Mummy x minta daddy gilir2 jaga Dina memandangkan daddy pun baru nak beransur pulih. Mummy larat lagi jaga Dina sorang2. Sepanjang berjaga 2 kali Dina berat cirit. X tau kenapa.

Esoknyer daddy minta mummy x perlu ke pejabat, minta tolong jagakan Dina. Ingatkan Dina makin ok after masuk ubat dalam bontot tapi x macam selalu. Panas badan Dina makin menjadi-jadi after ubat tu dah hilang.

Petang daddy balik kerja, kami bawa Dina ke klinik dan doc cakap Dina demam panas... over 39 then tonsil bengkak. Bila Dina cakap dia sakit lidah... ada ulser seketul kat bawah lidah. Itu yang mummy nampakla. Berkemungkinan ada 1-2 lagi kat dalam.

Dina sayang.... tolong mummy ya... lekas sembuh. Doa mummy untuk Dina x pernah putus... doa mummy untuk daddy pun sama... Moga dua-dua orang yang mummy sayang lekas sembuh... sembuh sepenuhnya. Amin.







Minta dipangku baru lena... lena dipangkuan...



Time ni badan Dina panas sgt. Over 39...
Cool fever tu pun puas pujuk suruh pakai.
Jari tetap melekat even mulut sakit.


Blanket pink tu pemberian Nek Umi.
Usia blanket tu melebihi 20 tahun.. kalau x silap...