Wednesday, May 18, 2011

Kak Long

Tak lama lagi Dina bakal menjadi Kak Long secara officially. Mummy hanya tengah tunggu hari je lagi. Kalau ikut kiraan doktor, akhir bulan ni insya Allah adik kak Long akan lahir. Hope readers semua dapatlah doakan agar mummy Dina selamat melahirkan adik Dina. Kakak sekarang pun dah jadi xcited nak tunggu adik keluar. Kalau sesapa tanya nama adik kak long, for sure Dina akan berikan jawapannya :)

Progress school Dina pun amat positif sekarang ni. Kiranya semua abjad A B C, Dina kenal begitu jugak 1 2 3. Tapi kalau 1 2 3 dalam BM, Dina sedikit konfius, maklumlah tadika Dina ni English Medium. Surah Al-Fatihah pun Dina dah hafal :) Yang penting sekarang ni Kak Long memang ceria bila nak ke school dan balik school.

Monday, May 09, 2011

Rindu mummy buat kakak...


Mummy rasa rindu sangat nak gomol kakak. Sejak mummy pregnant ni mummy jarang dah spend quality time dengan kakak. Kadang-kadang kakak request minta mummy gurau-gurau dengan kakak tapi apakan daya... mummy x terdaya.

Sedih! Tiba-tiba mummy rasa sedih sebab rindu sangat nak lasak-lasak dengan kakak. Rindu nak menyakat kakak sampai nangis-nangis. Kadang-kadang sakat juga sampai nangis tapi x dapat nak peluk kuat-kuat macam selalu. Mummy nak bangun angkat perut pun sakit.  :(

Lagi buat mummy sedih bila satu malam tu kakak request...

Dina: Mummy buat la macam ni (macam singa garang-senada dengan bunyi) dekat Dina.

Mummy: Macam mana? *blur memanjang*

Dina: Macam nih? (sambil buat action yang sama). Lepas tu mummy kiss kuat-kuat tu....

Mummy: Mummy bukan xnak buat tapi mummy x larat nak bangun. *tengah baring*

Dina: Ala..mummy... lama mummy x buat macam tu. *tarik muka*

Mummy: Kakak, perut mummy besar, baby dah besar. Mummy sakit nak bangun. *cuba jelaskan walaupun kesian*

Dina: Xnak kawan mummy. *terus merajuk*

Mummy kalau xde halangan dengan sakit, mummy gagah layan kakak. Mummy setakat perut besar mummy ok lagi, tapi mummy nak kaleh kiri kanan pun x boleh. Mummy sendiri pun sedih sangat sebab mummy rindu nak gomol2 kakak macam sebelum-sebelum ni.

Mummy tahu kakak pun rindu. Mummy risau bila bergurau dengan kakak, kakak jadi ganas lepas tu tendang perut mummy. Dari perut mummy ni kecik sampai perut mummy ni besar, sakit mummy x pernah putus-putus. 

Sian kakak... 

Mummy harap mummy boleh gomol kakak banyak-banyak-banyak lepas baby keluar nanti. Mummy rindu nak hug kakak kuat2. Kadang-kadang nak pergi kiss kakak dekat katil time nak tidur pun mummy x larat nak bangun. 

Sekarang  ni kakak je yang datang pada mummy, kiss-salam-wish goodnite pada mummy. Ada masa kakak peluk mummy. Hiba rasa... dan kadang-kadang kakak la yang selimutkan mummy bila mummy terbongkang dulu time kita sama-sama layan TV.

Kakak... mummy love u soooo much... 

Thank you for the cute flower yang kakak kaler kat kindy then serah kat mummy siap nyanyi-nyanyi. Thank you my sweetheart... kakak la bunga matahari mummy...

Macam yang selalu kakak nyanyi...

"Ibu... ibu... engkaulah ratu hati ku..... Terima kasih ibu" So touching tau....

Monday, May 02, 2011

Mengemas tak terkemas


Inilah parahnyer bila toys melambak-lambak kat rumah. Yang dah dibuang, dibuang. Yang dibeli, terus dibeli. Yang disimpan, disimpan. Yang disorok, disorok. 

Kisah berlaku tengahari tadi bilamana daddy baik hati nak kemaskan toys kak long sambil mengupdate toys yang nak disimpan, dibuang mahupun yang terus disorok. 

Tapi xde jumpa solution pun sebab terlampau banyak! Toys tu semua campur-campur yang dibeli mahal, yang dibeli murah, yang dibeli di pasar malam, mahupun yang orang beri. Aih... nak tak nak terlambak juga toys tu semua kat situ gak. Xde sedikit pun penjimatan ruang berlaku.

Nanti bila baby dah keluar, nak sumbat almari untuk baby pula sebab almari yang kak long ada x muat nak share. Box yang ada sekarang pun dah x muat isi baju-baju baby. Tu belum keluar lagi tu, cuba kalau dah keluar esok, mahu bertingkat-tingkat baju baby sama naik dengan baju kak long.

Meh layan aktiviti dua-beranak ni. Mummy x join.. pening kepala la mummy tengok. Ikut suka daddy dengan kak long la nak simpan macam mana. Asal nampak teratur dah cukup elok buat mummy.  :)


Daddy perati dulu sebab xtau nak start macam mana. hahahaha...

Mengasingkan mengikut kategori. Si kenit tu pun sama je sibuknyer.

Toys masak-masak je dah x muat box. Camner tuh???

Ini x-tra hasil seni kak long. Sticker merata-rata.

Sticker tu pun bukan saje ditampal di almari baju, malah di dinding, di lantai, di pintu, di semua toys yang sesuai, di meja dan kerusi study, mahupun di peti ais. Yang  kat dinding, lantai dan peti ais tu paling mummy marah sebab susah nak cabut bila dah stick sangat. grrrrr.......

Tu baru sorang punyer kerja tangan tuh... cuba dah ada geng esok? Memetir la mummy satu rumah nanti.



>>> Anak dara mummy tu tengah layan movie Zoo dengan memakai google. Sabar jeklah.... nak tergelak pun ada. Notty tau!