Thursday, August 20, 2009

Jakarta - Bandung *Part 2

Sambung cerita balik ek. Kene buat sikit-sikit sebab mummy x sempat nak upload gambo semua. Ok... sampai Jakarta airport, Pak Rahmat dah sedia menunggu. Pak Rahmat ni tour ejen kami dan kawan daddy yang kenalkan Pak Rahmat ni. Price yang dia offer memang murahla nak plak tiga budak tenit yang umur bawah 4 tahun dia tak charge. Huh... lega mummy! Yerla... kalo la anak dara mummy ni kene bayar juga memang x berbaloi langsung. Dah ler makan x moh... ish...ish... rugi...rugi... :)

Pak Rahmat sediakan mini bas, memang sangat selesa la tambah-tambah perjalanan ke Bandung ambil masa +- 2 jam setengah. Bas tu pun 27 seater tapi kami semua dalam 20 orang je, banyakla tempat kosongkan bolehla budak2 tenit yang ada tido selesa sikit.




Ha... ni la basnyer



On the way nak ke Bandung.
hehehe..mummy buat2 lelap je tuh ek.
Saje malas nak enterframe



Pakcik Dina ni paling kuat bergaya.



Ni anak dara mummy.
Skang ni kalo amik gambo mesti mata tu lelap la, berkelip la, layu la...
X cun jadinyer.



Sudah pun lelap akibat kepenatan. Pasan tak bulat kaler yellow tu?
Kat marked tu ada bisul.

2 hari lagi nak berjalan makan angin kepala Dina naik bisul. Bisul tu besar sangat. Uwan yang perasan bisul tu ada, mummy langsung x sedar. Patutla bila mandi Dina asyikla cakap xnak basuh rambut. Mummy buat tak tahu jek, mummy terus siram pale dia dengan air. Bila sikat rambut pun Dina ngelak. Mummy hangin betul kalau Dina buat perangai macam tu tapi tula... rasa bersalah sangat sebab x alert sumer keluhan dan rungutan Dina.

Time nak berangkat tu bisul dah masak ranum. Mummy tahu time tu sure Dina rasa sakit sangat, mesti kepala Dina berdenyut-denyut sebab Dina pernah cakap yang Dina rasa pening kepala. Mummy dan daddy really-really risau dengan condition Dina. Kat rumah Uwan, Uwan lumurkan minyak gamat every time Dina tidur. :(

Hari pertama di Indonesia Dina selalu merengek nak plak kalo ada orang terlanggar kepala Dina. Kadang-kadang mummy or daddy tersentuh sikit kepala Dina, Dina dah menjerit-jerit pastu pukul mummy or daddy then Dina akan beralih ke orang lain sambil cakap "mummy/daddy jahat". Sedihnyer....





View sepanjang perjalanan ke Bandung. Landasan keretapi dia mak ai tinggi giler.
Bila dah tau jalannyer gitu rasa-rasa takkan naik kot keretapi dia.
hahahaha..... mummy ni sedia penakut, Dina pun sama penakut.
Letih plak daddy nak kawal 2 org permaisuri hati dia yg penakut2 ni. :)


Sampai je terus lunch kat Warung Nasi Ampera, kedai ni betul-betul depan Pasar Baru. Time ni kami ada order fresh oren. Mak ai sedap giler fresh oren dia. Buah oren yang dia pakai tu bukan buah sankis tau tapi buah oren mandarin yang kulit tebal. Memang sedap gilerla.




After lunch kami terus ke Pasar Baru. Entah kenapa la mulut mummy ni gatal kata nak berpecah dengan Mak Ngah Dina dan al last mummy yang terkapai-kapai tak tahu nak cari apa.


Situasi kat dalam Pasar Baru lebih kurang macam kat Pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu je.
Tu mummy cakap kat daddy rasa macam balik shopping ke Kelantan plak.


Mummy just beli...



dan ini..



Kat Pasar Baru ni barang tak jauh beza dengan Malaysia, yang membezakannya adalah HARGA! Sana barang-barang memang murah gilerla. Telekung sumer murah2 even sulam penuh dan halus giler.

Untuk Dina mummy belikan baju tidur dan baju basahan untuk pakai hari-hari. Pastu mummy beli kain batik kebaya sulam halus konon-konon nak tambah baju raya. Mummy berangan nak rembat 3-4 helai blaus tapi tula... tak tergapai dek tangan. Sempat beli sehelai jek tuk pun Dina dah bising-bising tak nak turun dari dukungan. Sabooooo.... Daddy beli apa ek? Tak de pape pun... just tulun bawak barang jek. hihihi....

Pasar Baru ni kalau time cuti memang ramai giler orang. Kat sini tak berapa sesuai nak bawa stroller ke apa sebab jalan kaki lima dia sempit. Kat Pasar Baru ni juga ada jual kain batik Indonesi, tekstile, telekung, blouse yang cantik2, cadar, kebaya sulam etc.



Pas ke Pasar Baru ke Toko Tiga plak. Sini jual sual jeans, shirt sumer yang branded2 la.
Sini daddy beli-belah gak sikit.

Lepas shopping sakan baru la check-in hotel. Stayed kat Hotel Progo. Hotel's condition ok ok la... like hotel 2-3 bintang kat Mesia. Tak kisahla sebab hotel tu just semata-mata tuk tidur je.



After bersih-bersihkan diri around 8pm++ (waktu Indonesia) kami pergi dinner makan nasi padang. So yummy tau tapi xde pices sebab penat sangat sampai x ingat nak snap. Balik hotel terus belayar, nak jalan pun nak ke manakan coz kedai tutup kul 9pm. Xpe... esok masih ada...





4 comments:

zura@iwan said...

ala cian dina naik bisul lak...sure x syok dia kan...sakit gk tuh bdenyut2...

mmg best tgk bj2 cntik arr..kain telukung pun cantik...murah lak tuh...hehehe...

momguess said...

cantik2 kan baju ngn telekong kat sana
dulu aku g medan jer
tapi mmg best arr
sbb murah gilerrrrr

CaMaRPuTiH said...

zura:

susah ahti maknyer ni zura bila berjalan anak tak sihat plak.

zura...brg kat situ cantik2 zura. yang plg best MURAH! baik ko pergi before ada anak. kang dah beranak-pinak sumer tak tergapai dek tangan tau.




momguess:

medan akan ku susul nanti. tp indon ni kalo pergi memang best tang sopingan. duit habis berjuta2 pun tapi nilai kita baru berapa jek. :)

Anonymous said...

Puan Nur, pleasure to read your trip to Bandung & Jakarta. May I ask how to contact Pak Rahmat? Me & my friend (7 pax) plan to go to Bandung next year at the end of March. Hope to hear from you soon. Thanks.