Friday, August 21, 2009

Bandung - Jakarta *Part 4

Day 2 cont'

Cuba tengok anak dara mummy ni... yer dah tuko baju. Baju baru lak tu yang dipakainya. Baju tukan made in Indonesia, kualiti kain sangat soft dan tebal dan regenya RM10 je. Kalau kita baju begini jual kat mall biasa2 pun dah berapa ringgitkan? Okla untuk basahan hari-hari.




Time orang sumer sibuk membeli-belah, Dina meragam la pula. Sekejup nak dengan orang tu sekejup dengan orang ni. Memang tension sangat melayan kerenah Dina tapi mummy tahu Dina penat. Bila nak tidur tu Dina dalam dukungan Pakcik Ucop, then Pakcik Ucop bawa Dina naik bas dengan harapan Dina akan lelap sendiri dalam bas tu tapi hampeh!

Mummy terpaksa usung Dina bawa balik kat Pakciknyer untuk memenuhi kerenah mengada-ngadanyer itu. Daddy pujuk2 nak tidurkan pun boleh di buat tak tahu je. Bila Pakciknyer melayan kerenah Dina, boleh pulak Dina lelap kat bahu Pakcik Ucop tu. Sian Pakcik Dina tau... lenguh dukung Dina. Mummy amik Dina usung terus masuk dalam bas. Giler lenguh! Jauhlah pula outlet tu dengan bas.




Time orang sumer makan malam Dina tidur juga, mummy pinjam buggie Irfan jadinyer tidur dudukla Dina dalam buggie tu sebab xle nak rebahkan. Makan malam, menu adalah berasaskan makanan laut. So far okla tapi x boleh lawan seafood kat Mesia. Moto kedai makan tu best tau... Kualiti 5 Bintang, Harga Kaki 5.. bintang tu dia letak gambo bintang 5 bijik pastu kaki lima tu dia letak gambo tapak kaki. Kreatif sungguh. Terpaksa explain panjang-panjang sebab xdak gambo nak tunjuk.



Day 3

Bangun pagi, breakfast then check-out. Hari ni nak ke Jakarta semula. Before gerak ke Jakarta singgah beli kek kat Kartika Sari, kedai kek famous di Bandung.



Macam tulah dia kalau tiap kali suruh amik gambo...



Tunggu Mak Ngah tak siap makan lagi.
Paksu lak tak mandi-mandi lagi... adeeeiii...


Beli seketul je kek sebab beli banyak-banyak pun bukan makan. Nak kasi orang pun, kek tu tahan 4 hari jek so beli seketul kerat 4 cukupla untuk daddy bawa opis, mummy bawa opis, Nek Umi dan Tokpa n ma. Dina mana makan kek mahal-mahal ni, Dina makan cekelat je kat kedai kek tu.




Dalam plastik tu ada cekelat yer... bukan kek. Tu sebab Dina yang pegang. :)



Mana-mana pergi kalau Kak Ya ada... aih... Kak Ya la di hati....!
Suka hati Dinalah sayang...

Sebab kasihankan kat Atok yang asyikla diusung ke shopping mall je makanyer sampai je di Jakarta terus ke Monas. Monas tu ialah Tugu Monumen Nasional di Indonesia. Kat menara Monas tu ada macam satu bentuk ala-ala aiskrim putar yang beli kat Mc D tu. Mercu tandan tu dilitupi dengan emas tulen seberat 50kg. So kalau ada sesiapa nak curi mercu tu derang kene sewa helikopter sebab tinggikan macam Menara KL.

Nak sampai ke menara tu akan ada satu keretapi kontot. Nak beratur untuk naik ke menara ok lagi boleh berlindung bawah pokok. Tapi nak balik tu punyerla panas sebab kene beratur betul-betul bawah terik matahari. Sian Dina kepanasan. Memang terik gilerla. Napela kerajaan Indonesia ni tak sediakan bumbungkan?



Masuk kat dalam menara tu akan ada pameran cerita pasal Indonesia. Dahla dalam tu gelap then gambo2 dalam pameran pun gelap makanya Atok cakap "Atok satu pun tak nampak apa ada dalam pameran tu Dina". :) Sian Atuk.

Puas pusing kat dalam tu kita rehat dulu! Orang-orang Indonesia yang datang kat menara tu derang selamba je tau makan, tidur baring kat dalam menara tu. Taula ada econ! Bersepah-sepah macam derang buat tempat berkelah la plak.


Tengokla situasi dalam menara ni...


Ha... ni pun sama dah ala-ala orang Indon juga.. :p


Keluar je dari tempat pameran tu mak ai panas terik. Kebetulan esok tu hari Dirgahayu Indonesia ke-64, tu yang ramai giler orang kat kawasan menara. Ada stage kat tepi kawasan, ada orang buat raptai untuk menaikkan bendera.

Lepas berpanas terik terus pergi lunch then pergi WTC Mangga Dua. Mangga dua ni tutup pukul 5pm jadinyer masa dihabiskan kat sini sepenuhnya dan tempat yang dikunjung hanya satu level saja iaitu area bag tangan. Giler mummy tengok handbag kat situ jadinyer sempat kebas 3 bag.



Shopping kat Mangga dua sampai penat pastu terus ke Ambesador plak. Dekat sini lagi banyak jual baju budak-budak. Banyak pilihan dan setiap outlet jual design yang berbeza-beza dan cantik. Mummy beli jugalah sedikit dalam 2-3 helai lagi. Dah tak terlarat melayan kerenah Dina, mummy dan daddy decided masuk dalam bas awal sebab Dina meragam. Habis mummy dia gi bantai dengan buku yang dipegang. Bila meragam macam tu memang x boleh nak kawal, nak atau tidak kenela lepaskan hajat menyoping tu lagi.

Kedai tutup pukul 9pm, naik bus terus pergi dinner then terus check-in hotel. Esok pagi nak balik dah.




Kami stay kat Hotel Alia Cikini, Jakarta.




Time bekpes ni sumer tengah lembik. Sumer kene serang cirit-birit dan muntah. Tapi mummy, daddy dan Dina tak kene pulak. Alhamdulillah.... Kesian kat semua orang. Tak tahulah makan apa sampai teruk macam tu sekali.


Amik gambo last before balik. Tengok tu Dina gi lelap mata plak.
Amik lagi sekali la daddy yer...


Aih...dah peluk elok-elok pun lelap mata gak lagi.
Cukuplah daddy... malas mummy dah.



Sepanjang perjalanan dalam aloplane Dina sleep. Selamat daddy dan mummy.
Sebelum tu Dina dah merengek-rengek dah nak ke tempat Kak Ya.
Manala cousin Dina tu larat nak layan sebab Kak Ya, Kak Ika n Acap sumer lembik.


Yeay... dah habis dah cerita! So... takde papekan yang best. Asyik-asyik layan kerenah Dina. Dina nak dengan Uwanla, Mak Ngahla... Kak Ya la. Next time takleh dah join group yang Dina kenal sebab habis sumer orang dia nak ikut.



2 comments:

Suziey Ahmad said...

hjahahaa..wei lawak arr aksi memasing dlm menara tu..adeiii..kalah org indon asli..ekekek:D

I-sya said...

Suziey:

auntie... kami kan kat indon so kenela blaja ikut cara derang. kikiki....