Sunday, May 31, 2009

Hadiah dari mak angkat yg terangkat...

Jumaat lepas mummy jumpa auntie ida then auntie ida lanje Dina sekeluarga makan kat Tupai-tupai. So so yummy!!! Kenyang tak terhingga Dina, mummy and daddy. Auntie ida yg first time datang situ pun kata best makan kat situ. Yer... for auntie ida next time ble lanje lagi yer.

Dina seperti 2-3 hari sebelumnya, tiba-tiba menjadi seorang anak yang sangat good bila mana Dina menggunakan peluang yang ada dengan makan banyak. Daddy yang melihat sangatla kagum kerana anakanda kesanyangannya bukanla jenis pemakan orangnya.

Mummy ambilkan Dina sepinggan nasi goreng, alhamdulillah Dina makan walau pun tak habis tapi kuantiti yang Dina sumbat dalam perut amatla mengkagumkan daddy. Gelak auntie ida tengok telatah daddy yg tetiba excited giler tengok Dina makan dengan berselera. Dah siap makan nasi goreng, mummy ambilkan Dina mushroom soup. Punyala bersemangat Dina makan sampai dihirup baki sup yang xleh nak cedok dgn sudu tuh.

Macam biasa, kat situ ada ais krim, pas Dina habis makan sup mummy kasi lak makan ais krim. Hehehe...saje nak umpan dia dok diam-diam tapi Dina memang sgt good that day tau. Ais krim tu siap 2 mangkuk tuh dia makan. Tak sia-sia auntie ida lanje malam tuhkan. Pasni lehla bawa autie ida makan dim sum lak. hehehe...

Owh... pasal hadiah ek? Auntie ida maca mbiasala kalo jumpa Dina sure belikan something. Kali ni auntie ida pilih belikan baju yang agak besau untuk Dina lenjankan. So... mummy keep tuk raya la. Hope time tu dah just nice jek bila Dina pakai.

Gambo makan-makan xdela sbb mummy x bawa kamera n HP pn pakai yg xde kamera. Auntie ida lak dia simpan wat pekasam kameranya so x dela pices nak tayang-tayang.




Nila bajunya. Sama tinggi dengan Dina. hahaha... xpe kita abaikan ketidakteroran auntie ida memilih saiz baju. Saiz tertera adalah no. 4 makanya tunggu umur masuk 4 tahun kot baru leh sarung. :D




p/s: auntie ida, time mummy buat posting nih Dina ada dok menempek tau then bila dia tgk gambo dia n baju tuh dia cakap "eh..tu baju Dina, cantiknya baju Dina.." daddy dia reply cakap "mana ada org puji baju sdirila Dina, apala Dina nih (sambil gelak2)".

No comments: