Monday, June 01, 2009

Gambar sudah lama tersedia tapi mummy xde masa nak buat entry. Cerita di blog mummy sudah panjang, jadinya sambung sedikit aje di blog anak dara tersayang ini.

Al-kisah selepas mummy and daddy shoppin handphone, kami terus tuju ke Manjaku Bandar Baru Ampang beli sabun Dina. Diapers di situ mahal jadi kami tuju ke Care4 pula sebab ada promosi Pet Pet.

Dina mummy sarungkan Pet Pet selepas mummy try banyak diapers tapi majoriti x sesuai dengan kulit sensitif Dina waktu kecil dulu. Kebetulan lepas lahir mummy sarungkan Fitti coz hanya itu je ada untuk new born di kedai itu dan Pet Pet adalah dari keluarga Fitti juga. Bila Pet Pet serasi dengan Dina, mummy kekal pakai sampai sekarang.

Care4 adalah destinasi terakhir mengirai duit daddy. Wah..dalam sehari dekat ribuan habis. Itulah dia penangan nilai RM kita hari ini. Barang yang di beli tak seberapa tapi RM yang mengalir punyalah banyak. Nasihat untuk mummy (mummy sorang jek ke?) pandai-pandailah menabung untuk aktiviti shopping di seberang nanti. hehehe...



Ni barang mummy n daddy tp Dina nak beraksi gak. Kasi chan ker dier yer!



Brg Dina hanyalah sabun mandi, shampu, feeding bottle liquid cleanser, wet tissue, susu Sustagen (free fridge magnet), underware n Pet Pet.



~~~Sekian sahaja aktiviti shopping last Saturday~~~





No comments: