Monday, October 04, 2010

Dia dah x sabar


Semalam mummy slow-slow meng'packing' barang-barang. Mummy nih dah la memang slow bab-bab packing ni, nak memikir berapa banyak baju pun boleh terkebil-kebil sepuluh minit depan almari.

Bila Dina tengok je mummy buka bag besar tu, terus 2 benda yang dia letak dulu. Benda yang satu tu xdela heran sangat kalau dia melulu letak tapi yang satu lagi tu macam pelik la pulak.

Cuba tengok gambo kat bawah ni. Yang baju black+pinkpurple tu swimming suit dia dan yang lagi satu tu teddy mr bean. Tak tahulah apa motif teddy tu nak di bawa bersama. Padahal sebelum ni xde la dia sibuk mengusung teddy tu pun.



Ingat muat ke nak bawa teddy tu? Dahla mummy xnak bawa banyak bag. Isi baju je dah penuh satu bag, nak isi susu Dina lagi, toiletries lagi... barang2 yang di shopping lagi. huhuhuhhu... kalau nk bawa gak kene pegang sendiri. Boleh kakak?

Siap merayu tau bila mummy cakap untuk apa nak bawa teddy tu sama..

"Please mummy boleh la. Please... satu tu je." Aihla anak... kalau bab merayu memang no. 1 tau. 

Dahla pelampung pun dia dah siap2 amik, bukan just amik and put a side tapi siap nak pam segala bagai. Mummy ni rasa nak tergelak-gelak tau tengok ke'excited'an dia tu. Nak kata lama dah x gi hotel, macam baru je lagi. 

Tu la dah terbiasa asyik di bawa berjalan, bila lama je sikit x berjalan (pada Dina jalan is "tidur hotel") mula la dia kepanasan. Asyik la cakap "mummy, lama kita x pergi hotelkan?", rileks-rileks jup then kuar lagi statement "daddy, lama kita tak tidur hotelkan?". 

Hai la anak... kau lah pengubat lara.. pengubat segala duka.

1 comment:

zura@iwan said...

sonoknya nk gi vacation....lama aku x gi vacation..huhu....packing mmg penin gk kan..nk pk byk mende nk bw...ko lg la ngan brg anak lg..hehe