Friday, October 30, 2009

Tak boleh parking????



Alhamdulillah daddy dah discharge semalam. Alhamdulillah sebab daddy dah stabil, kandungan hemoglobin dah normal, potasium dah normal, asma sikit-sikit je lagi, batuk pun sama dan yang penting x berdarah lagi.

Semalam daddy sangat teruja untuk pulang ke rumah, nak surprisekan si anak dara kesayangannya. Maklumlah semasa di hospital, setiap kali anak tersayang datang melawat mesti di'surprise'kan daddynya. Pandai pula tu di bukanya pintu perlahan-lahan supaya si bapa x sedar akan kehadirannya.

Tersenyum lebar Dina saat melihat daddy melintas masuk ke dalam rumah. Happy dia walau tak di sambut meriah sebab sedang didandan oleh Uwan after siap mandi petang. Mummy yang melihat lagi la teruja... teruja melihat kegembiraan dua insan tersayang.

Daddy suka tanya Dina itu ini... terutama tentang keadaan mummy saat daddy di hospital. Yelah... dah tinggal berdua jekan... Dina kalau bercerita mesti nak tergelak melihat aksi-aksi dan kepetahan dia. Mulut memang non-stop bercerita itu ini.

Sampai sekali tu daddy tanya... mummy terlupa soalan yang daddy tanya tapi yang pasti mummy dan daddy memang tak tahan bila Dina bagi jawapan...

"Daddy... mummykan dia tak reti parking kereta"

Tergelak-gelak kami berdua dengar. Mummy yang tengah baring tahan sakit pedih hulu hati pun boleh hilang rasa sakit dengar celoteh Dina. Tak tahu kenapa jawapan tu yang dia beri. Mummy mengaku memangla hari last mummy ke hospital dengan Dina tu... bila balik malam tu mummy susah nak parking kereta di rumah Uwan.

Rumah Uwan tu sempit, kereta park kiri kanan jalan. Mummy pergi la park rumah jiran sebelah Uwan tapi Uwan advise suruh kebelakangkan kereta tu sikit sebab macam halang pintu gate jiran tu. Mummy reverse sikit but at last mummy decide nak pusing balik park di depan rumah jran Uwan selang dua rumah sebab ada space luas sikit. Cuma jauh la sikit... banyak la plak sikitnyerkan...

Time Uwan advice suruh reverse kebelakang sikit tu mummy macam ngomel-ngomel la cakap mummy tak retila kang masuk longkang la, langgar sampah-sarap umah jiran tu la... and bla.. bla... Mummy pun banyak kali cakap mummy x reti nak parking cam gitu la cam gini la...

Ha.. kan si anak dara terus report ke bapaknya kasitau mak dia tak reti parking kereta. Kelakar pula bila diingat. Menunjukkan Dina sangat alert dengan semua benda or perkara yang berlaku sekeliling dia. hahaha... kalau nak tahu dia pernah report dekat daddy tau yang mummy dia bawa laju. Katanya, "mummy bawa car laju... bahayekan daddy...". Daddy tanya, "betul ke mummy?".. ish...ish.. mana ada... hiks!

Daddy... mummy dan Dina really hope daddy fully recover... dah 3 kali admit... mohon doa dari DIA moga itulah yang terakhir. Mummy dan Dina nak our life back to normal at least daddy sembuh sepenuh pun dah cukup memadai untuk mummy dan Dina tersenyum riang.

2 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kekekkee...Dina byk ckp la dier kan...dr segi ko citer la..hikss

citer ko x reti parking keta lak..ya la ko duk mgomel2...dia pon naik rimas la kut..kahhh

I-sya said...

auntie zura:

mmg byk cakap tau Dina ni. bkn ummy dia je yg kata begitu.. semua family pun sama. sumer cakap dia macam mak nenek. sampai x larat nk layan tau..


dia tak rimas tp dia simpulkan je nnt senang nk bt report kat daddy dia. hahaha...