Friday, October 16, 2009

Bengong tu bangang ke?

Mummy pelik juga... mana dia tahu ek? Bengong tu sama ke dengan bangang?

Semalam, mami dok basuh pinggan kat dapur, Dina pula dok rilek je kat kerusi table top tu dan dedi kat dalam toilet. Dina tak nak turun dari kerusi sebab nak tunggu mami habis basuh pinggan. Dia nak ajak mami masuk bilik tengok TV sebab dia dah ngantuk. Alasan!

Sebenarnyer tak ngantuk pun sebab petang dah tidur tapi lately ni memang suka betul ajak mami lepak2 dalam bilik lepas tu tak kasi dedi join sama plak tu. Sungguh la bertuah punyer anak. Sian dedi tau.

Time basuh pinggan tu mami cakap la kat dedi.. "abang, esok beli span basuh pinggan baru ye. Span ni teruk sangatla." Dedi reply dari dalam toilet, "nape? kan ke banyak lagi span tu?". Memang la beli jenis yg satu pek ada 4-5 ketul tu tapi sekali pakai jek dah lunyai. Punyala x berkualiti.

Mami jawab la, "memangla banyak tapi dah habis, pakai je rosak. Bengong betul span ni, teruk sangat". Gitula bunyi dialog mami dengan dedi. Sekali tu anak dara bertuah menyampuk... "Mami jangan cakap bengongla. Jangan cakap tau. Jangan cakap bengong tau tak baik, berdosa."

Ha.. kan dah kene 'sekolah' dengan Dina. Bukan mami je tapi dedi yang tak sebut pun kene tau, "dedi jangan sebut bengong, jangan sebut tau di.." Dedi yang tengah buang hajat tu pun jerit la jawab "ok" kang selagi tak jawab selagi tu la dia jerit suruh iakan apa yg dia cakap.

Mami cakap la "mana ada mami cakap bengong.." Saje la tu nak kelirukan dia pastu kene 'sekolah ' lagi "hei.. jangan cakap bengong la nanti berdosa tau tak baik tau. Faham tak mami?" Ambik ko... gedebuk kene batang hidung.

Tu dialog-dialog tu sumer dia tiru dialog mami dan dedi sebab kalau dia buat noughty jek mami selalu cakap "Dina jangan buat macam tu, tak baik... berdosa tau. Faham tak?" Inilah anak-anak zaman sekarang... dalam pada kita ajar dia dengan kita-kita balik dia kasi pengajaran.

Sama-sama la 'bersekolah'.. hehehe...

3 comments:

mummy azfar said...

tu arr perangai budak sekarg mudah mengikut apa yang kita cakap.. azfar pun cam tu gak...

CaMaRPuTiH said...

asal dia ikut semua yg baik okla... kene pantau selalu semua yg dia belajarkan?

zura@iwan said...

hahaha...oandai Dina nasihat ko blk yer...Bengong lak...