Thursday, June 18, 2009

Eeeiii busyuk...! Emmm... wangi!

Anak dara mummy skang nih dah pandai demand tau. Skangkan musim buah duriankan, mummy and daddy memang hantu durian (yer ker daddy?) jadinyer mummy nih asyikla teringin nak makan durian. Sekali tuh daddy singgah la kat tepi jalan tempat orang jual durian then bersila la daddy and mummy hadap 2 biji durian tuh dengan bestnyer kat umah.

Mummy ajak Dina sama boleh dia x nak. Katanya "apa tu mummy?", mummy jawabla "buah. buah durian", dia boleh tu jawab "eeii...busukla. Dina tak nakla." Hampeh betul. Macam anak mat saleh lak x nk makan durian. Nak ooii... org Jepun datang Malaysia, durianla yang di carinyer. Sekali tuh bila daddy datang kat dia nak kasi toys ker tangan dia, boleh dihalaunyer daddy suruh dok jauh dari dia sebabnyer... "daddy xnakla. tepila... busukla daddy ni"! Mak ai... sampai gitu sekali tuh padahal tangan daddy xde durian pun cuma x basuh lagila sebab makan pun x habis lagikan. hikhikhik...




Sedap lor durian nih Dina! Awatla x sukernyer??? Ikut saper neh???



Eeeiii busyuk...! punyer citer dah tamat. Kita sambung lak ke citer Emmm...wangi! yer. Ha.. part nih pun still demand lagi. Mula-mula dulu Dina tak reti tau nak demand sangat tapi lately nih mummy tengok dah mula nak belajar2 dah. Dulu bila mummy calit lipstick kat bibir comel dia tuh bukan ler main beria-ia dia nak tapi pastu dia gi lap dengan tangan. Katanyer x best. Saper suruh Dina rasa? Mummy x suruh pun tau.

Skang ni dah tak sapu dah lipstick tuh. Kalo dia request nak pakai dia akan biar jek bibir tuh ternganga sket takut terpadam plak. Gitu ler plak citernyer. Tapi kali nih lagi advance sket. Dulu kalo mummy nak keluar gi jenjalan memana mummy akan sembur perfume sket kat badan nih nak kasi wangila katakan. Mula-mula dulu Dina tengok jek apa yang mummy buat, pastu dia up sket suh picit ker dia gak. Hehehe... time nih mummy ngelat la mummy picit ker badan dia perfume yang murah2. Ha... skang ni jangan harap nak tipu-tipu ker acah-acah ker. Apa yang mummy sembur time tuh, yang tu gakla dia nak. Bila mummy sembur guna yang lain xde maknanyer dah... dia tau mummy tipu dia. Pandai dah demand.

Memandangkan mummy sayang ker perfume mummy tuh, takut habis awalkan jadiknyer pergi Tesco dua hari lepas mummy gi cari perfume sesuai tuk anak dara mummy yang dah reti nak melawa tuh. Tapi tula pasal... Tesco apa ada sangatkan jadinya jumpa la yang kat bawah nih jek.



Ha.. ni la benda alah tu. Cologne jek.. okla tuhkan sebab wangi gakla.



Nie..la busyuk mummy yang selalu temankan mummy tiap kali mummy x kerja atau ponteng kerja. Mekasih yer behave dok dengan mummy. Dina kan dah besau..



Bila la jari tuh nak terus lepas dari mulut?
Risau lak mummy sbb Dina tahun depan dah boleh ke 'school'.
Tu label yang selalu dok jolok jari dalam tuh.. bila nak tamat habit tuh?



Skang kalo nak amik gambo bukan la main susah.
Dah reti refuse dah.
Tengokla tu di palingnyer muka tuh seboleh mungkin.










No comments: