Monday, January 10, 2011

Hari ini sesi penuh bermula.


Jumaat lepas last day Dina orientasi dan hari ini bermula la sesi penuh persekolahan. Minggu ni pun dah mula ada homework, teacher yang inform mummy last week. So kakak akan berada di kindy from 7.30 am to 11.40 am. 

Mummy dan daddy harap minggu ni kakak Dina dah ok. Dah mula boleh adapt environment kat sekolah dan paling penting x meragam itu ini. Kalau nangis jugaaaaa.... memang haru la jawabnyer.

Pernah satu malam tu Dina tidur x lena, macam fobia/trauma ke sekolah sebab pukul 2 pagi boleh tu dia kejutkan mummy dan daddy cakap lapar nasi. Nak makan nasi aje, siapa nak layan memalam buta??? Mummy dengan daddy nak buka mata pun x larat.

Lepas tu cakap sakit perut la, x boleh tidur la dan sepanjang malam tu Dina macam tidur-tidur ayam sebab bertemankan TV yang terpasang. Setiap kali mummy tutup TV setiap kali tu jugala dia terjaga minta TV tu di on kan semula. 

Risau mummy dan daddy tengok kondisi Dina. Sejak sekolah pun makan dah tak lalu, susu pun minum takat isi perut. Mood asyik ke laut je lagi-lagi bila tanya pasal sekolah.

Pernah tau mummy dan daddy tanya dia, "kenapalah kakak cry kat sekolah? Kawan-kawan semua x cry pun. Semua dah ok." Nak tahu dia jawab apa? "Dulu daddy cakap mummy kat sekolah waktu kecik-kecik dulu pun cry." Hamboiiiii.... tetiba libatkan mummy pulak. Ni daddy la ni suka sindir mummy.

Kakak oh kakak... xpelah take your time. Sooner or later kakak will be ok then you will know that "school ni best!!!!". And as mummy and daddy promises you, this fort coming holiday, we will be bring you swimming at the hotel. huhuhuhuhu... habuan yang x hengat punyer. Tak boleh janji selalu nanti kopak mummy dan daddy. 

So kakak... today behave and be strong ok! Jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Mummy dan daddy selalu doakan untuk kakak semoga lembutkan hati kakak, mudahkan urusan harian kakak dan tenangkan hati kakak. 

Go girl... you can do it!

2nd punyer aksi. Gelak2 bagai tapi hari tu jugalah paling dahsat dia buat aksi kat school.




Siap nak melompat tu pepagi. Senyum x lekang tapi tu la.. aksi2 seterusnyer susah nak duga.  :p




No comments: