Saturday, January 08, 2011

Gadget baru sempena tahun baru

Mummy hutang birthday present dengan Dina. Lama dah mummy niat nak beli tapi x tercapai tambah-tambah mummy kene fikir tentang keperluan gadget tu dengan Dina.  :)

Dan akhirnya menjelang tahun baru hari tu, mummy dan daddy pergi cari juga gadget tu sebelum budget mummy lari x tentu hala. hihihihihi....

Dannnn.... inilah gadget tu. Orang lain semua dh ada yang besar tapi Dina baru je nak ada. Takpelah janji Dina dah ada.  :)


Bila dah beli basikal ni mengamuk2 si dara nak mengayuh dalam rumah. Tu yang mummy malas tu... "kakak, rumah kita ni kecik je kak, xperlu la nak kayuh laju2". 

Selalu la nak kene marah je dengan mummy sebab dia mengamuk langgar barang sana, langgar barang sini. Lepas tu pandai pulak cakap rumah ni sempit. Nanti la kak tunggu daddy belikan kita rumah besar, yang ada ni pun dah bersyukur.  

Tapi lepas dah reti control and everything, xde dah si dara tu nak mengamuk-ngamuk tak tentu hala. Tau dah macam mana nak bawa bila dalam rumah.

Camtu la... good girl. 

No comments: