Sunday, January 09, 2011

Bersantai di Taman Tasik Ampang Hilir bersama gadget baru itu.


Semalam daddy bawa kami (mummy dan Dina) pergi taman untuk bagi laluan Dina mengayuh basikal baru yang mummy beli tu. Mula-mula beli hari tu dah try test cuba kat Taman Tasik Permaisuri. :)

Taman Tasik Ampang Hilir ni masih baru dan orang pun x ramai sangat lagi. Just ok ok la nak bersantai, bersenam, berlepak berehat dengan keluarga sebab kat situ pun ada a few alatan bersenam yang disediakan. Sangat syiok. X sesesak Tasik Permaisuri.

Tapi tasik tu kene hati-hati sikit bila melepaskan Dina mengayuh sendirian sebab laluannya betul-betul tepi tasik. Bila jalan menurun sikit si dara tu kayuh lajuuuu takut terbabas masuk tasik. Haruuuuu je nanti!

Ada playground untuk pit stop sebelum meneruskan aktiviti mengayuh ke garisan penamat. Mummy mati2 ingat tasik ni dalam satu circle, sekali tu tasik ni berbentuk C, sampai ke garisan penamat kene patah balik. Semput mummy berjalan nak sampai balik ke tempat parking kereta.

Dina dengan daddy dah lepas ke depan siap Dina tanya daddy lagi tu, "kenapa mummy jalan lambat sangat?". Amboiii... tau la awak tu mengayuh basikal, mummy ni kayuh guna kaki nak bawa babby lagi haruslah lambat je jalan.

Cuaca petang pun redup je dengan angin tasik tu bertiup sejuk, nyaman sungguh petang semalam. Sangat enjoy. Dina happy, daddy happy, mummy pun happy walau naik semput mummy berjalan. 

 Dah teror dah dia mengayuh. Mula-mula beli risau je tengok sebab dia tak reti control.



 Tapi lepas je gambar ni si shoot dia pun jatuh. Mananyer tidak tengok tayar tu dah keluar dari landasan.


 Excitednyer la. Tapi  x boleh datang hari-hari yer kakak, letih la mummy nanti.


 1st pit stop


 Bukan main lagi. Kalau bab playground ni memang no. 1


 Gelak no. 1, pot pet pot pet pun no. 1, uihhh... nangis pun no. 1





 Mummy yang terkedek-kedek berjalan. Dina dan daddy dah dok layan playgourn dah.


 Mummy lepak sini sambil tunggu buah hati dua orang tu kat playground. Jadi mek guard jaga basikal si kenit.





 Time ni mummy kene usung basikal kakak ke hentian seterusnya sebab kakak dah pun jumpa pit stop keduanya.




Mummy menunggu dengan sabarrrr..... huhuhuhu...


 Meneruskan perjalanan ke hujung jalan.





Mummy 19 to 20 weeks. 



No comments: