Tuesday, October 12, 2010

Muzium Sarawak


Kat Kuching ni memang banyak Muzium. Tapi nasihat yang paling utama, sebelum ke Kuching rasanya kena la buat revision skit pasal Kuching ni kat internet. Source utama yang Daddy Dina gunakan ialah Forum Cari + Tourism Sarawak.

Kami sekeluarga sewa kereta tanpa pemandu. Kereta Wira Auto. Sewa 2 hari RM200. Kalau sesapa nak sewa, boleh la contact Mdm Tan 016-575 7312 atau partner dia Mr Goh 016-8948390 atau bolehla email tuk tanya kereta yang lain kat tsheauwee@yahoo.com.my Servis dia memang ok and condition kereta pun ok.

Sebelum start menjelajah, tempat pertama yang kena tuju ialah Tourism Sarawak Office. Office ni dekat dengan waterfront atau lebih tepat lagi sebelah Muzium Tekstil. Kat sini minta lah seberapa banyak maklumat yang perlu dan peta Kuching and kawasan sekitarnya tuk menyenangkan pergi melawat kat Kuching.

Yang paling teruknya kat sini, Sarawak terutamanya Kuching ni amat kedekut dengan Papan Tanda (Signage) jalan. Lokasi pelancongan takde signage dan yang lagi hampeh hampir di setiap junction, takde signage kanan ke jalan mana, kiri jalan mana etc.... Lepas ni memang nak buat komplen kat kerajaan negeri Sarawak + Tourism Sarawak + Tourism Malaysia sebab nampak sangat macam Sarawak tak serius mempromosikan lokasi menarik or maybe nak bagi pemandu pelancong income, coz' setiap pelancong yang 1st time ke sana, sure terpaksa pakai khidmat pemandu pelancong ;)

Kami pergi 2 muzium je, first Muzium Tun Abdul Razak dan satu lagi Muzium Entologi. Actually ada 3 lagi muzium kat area yang sama tapi kami tak masuk coz' dah penat berjalan + cuaca pun dah makin gelap nak ujan.

Muzium Tunku Abdul Rahman ni ok gak sebab ni muzium sejarah Sarawak. Sejarah lengkap Sarawak dari zaman pra-sejarah sampailah kemasukkan Sarawak dalam Malaysia ada dalam muzium ni.

Muzium Entologi lak kiranya macam Muzium binatang kot :) sebab dalam ni banyak replika/fosil atau binatang yang di awet. Fosil ikan paus pun ada. Lagi satu kat sini gak ada la beberapa artifak kaum-kaum yang ada kat Sarawak ni.

Anyway Muzium ni memang menarik dan lokasinya pun bagus sebab dekat antara satu sama lain cuma, kekurangan papan tanda saja yang akan mengakibatkan pelancong akan terlajak dan terpaksa cari jalan tuk buat 'u-turn'.




Dalam Muzium, sebenarnya


Jambatan yang menghubungkan Muzium Tun Razak dan 3 lagi Muzium yang lain.

Dina berjoget kat jambatan.



3 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

amboi dina comey dia...ngan rmbut pjg dier..hehe...

susah la cm tu kan..kita sbgi tourist x tau jln cm no..adeii...kedekut betui..hehe

I-sya said...

susah sesgt zu. ko mmg kene pakar memandu la. kalau nk pergi sst tmpt tu xkn jmp punyerla signage melainkan dh dok depan pintu gerbang.

giler dahsat... geleng pale aku laki bini jalan2 kat sana.

Masviona said...

ermmm 2 hr=rm 200 kira ok gak lah kan rate sewa kete kat sana....leh la try pasni...:).tq