Friday, October 19, 2007

Raya Ke 4


Pada raya ke 4, mummy dah keje. So, Dina tinggal lah dengan daddy dan Nek Umi. Dina sekarang ni meragam skit, Dina tak nak makan bubur nasi, tapi bubur McD makan lak.

Petangnya selepas jemput mummy, Dina dan family terus ke Bangi rumah Tok Pa dan Tok Ma untuk beraya. Family Ayah Lang bersama auntie Ayin, Uncle Naza dan Uncle Boi pun ikut sama.

Besoknya (Selasa) selepas jemput mummy dari office, Dina terus balik ke rumah Uwan di Ampang. Pada pagi Selasa juga, atuk telah dimasukkan ke HKL sebab atuk kena "minor" operation. Usus atuk terkeluar dari perut. Istilah saintifik penyakit tak sure lak. Nanti Daddy Dina akan carikan istilah saintifiknya. Dijangka atuk akan di operate pada hari rabu pagi.

No comments: