Thursday, October 18, 2007

Raya Ke 2


Pada hari Raya ke 2, Dina dan family pergi beraya di kampung sebelah mummy Dina di Kota, Rembau Negeri Sembilan. Perjalanan lancar, jalan di lebuhraya PLUS tiada kesesakkan, tetapi bila nak bayar tol di exit Pedas Linggi mermang teruk sesak. Hampir setengah jam terpaksa beratur semata-mata nak bayar tol.

Lokasi pertama persinggahan ialah di rumah Pak Long di kaki Gunung Datuk, Rembau. Pak Long merupakan abang sulung kepada atuk Dina. Seterusnya Dina ke rumah adik perempuan Atuk di kawasan Rumah Murah Kota. Daddy, mummy, Atuk, Uwan dan Ucop makan tengah hari di rumah adik Atuk.

Perjalanan diteruskan ke rumah Mak Lang (adik perempuan atuk), dan ke rumah sepupu Atuk. Lokasi terakhir ialah rumah Tok Nyang Dina. Dina sampai rumah Tok Nyang lebih kurang dalam pukul 4.00 petang.

Malamnya selepas Maghrib, Dina dan family bertolak pulang ke KL, tetapi sebelum itu Dina ke rumah Ateh Udin (adik uwan) dan makcik Ani (adik mak) dahulu.

Dina bertolak dari rumah makcik Ani lebih kurang jam 10malam dan selamat sampai di Ukay Perdana jam 12 malam. Perjalanan "smooth", tiada kesesakkan langsung.

No comments: