Thursday, October 04, 2007

Ramadhan Buffet - De Palma Hotel Ampang

Hari ni, Daddy bawa Dina dan mummy berbuka puasa di De Palma Hotel Ampang. Kebiasaanya, tahun-tahun dahulu, daddy dan mummy akan berbuka at least sekali secara buffet di hotel atau tempat sewaktu dengannya. Tahun sebelum ni, berbuka di KDE (Kelab Daruk Ehsan), tapi tahun ni bertukar kembali ke De Palma sebabnya tahun ni saja dah 2 kali jamuan birthday ahli keluarga mummy buat di KDE.

Kos buffet ramadhan di sini ialah RM55 per pax untuk dewasa. Baby macam Dina free jer. Dina & family sampai lebih kurang jam 6.45pm. Jalan teruk jem terutamanya dari Bandar Baru Ampang hingga ke LRT Ampang. Nak parking di De Palma pun jem, sebabnya tempat parking dah penuh. Akhirnya daddy park kereta di Dataran Palma.

Secara amnya pilihan makanan di De Palma memang pelbagai. Kiranya memang boleh pecah lah "tong perut" kalau makan setiap hidangan yang disediakan. Boleh dikatakan segala makanan rakyat Malaysia boleh didapati seperti nasi Beriani, nasi Putih, Siput Sedut, Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Patin, Char Kueh Tiau, Nasi Ayam, Udang Goreng, Ayam Golek, Kambing Panggang, Ikan Bakar, Roti John, Rojak, Roti Jala, ABC, Air pelbagai warna dan macam-macam lagi lah. Kalau nak ikutkan dengan harga yang dikenakan bolehlah dikatakan memadai, tak mahal sangat dan tak murah sangat.

Tapi yang paling menarik di De Palma, pihak hotel menyediakan surau yang amat selesa dan lengkap di tingkat 3. Few years back, surau yang disediakan di tingkat 3 memang daif dan tidak selesa, tapi kali ni, pihak pengurusan amat prihatin dengan kehendak pengunjung muslim.

Pihak hotel juga membuat "cabutan bertuah", tapi cabutan yang dibuat ni nampak sangat ketidak adilannya. Ianya bukan cabutan bertuah, tetapi setiap pemenang dah ditentukan. Pihak pengurusan hanya memberikan peluang kepada syarikat2 yang menempah dengan kuantiti yang banyak sahaja peluang untuk menang hadiah. So, untuk tahun hadapan, adalah baik cabutan bertuah ni tak payah diadakan. Berika sahaja hadiah tu untuk mana-mana syarikat yang menempah dengan kuantiti yang banyak.

Kesimpulan buffet di De Palma makanan banyak jenis tapi 75% TAK SEDAP. Lucky Draw hanyalah satu bentuk penipuan. Surau FIRST CLASS. Waiter service memang bagus, sekejap saja pinggan kotor akan diangkat.






No comments: