Friday, September 02, 2011

Cerita Tertangguh - Ramadhan Buffet 2011

Alhamdulilah tahun ni sempat lah kami sekeluarga berbuka secara buffet di luar 4X. Kali ni DD nak review 3 lagi lokasi berbuka kami yang tak sempat nak direviewkan sebelum ni. 


Tahun ni kami berbuka di Kelab Golf D Raja Selangor, De Palma Ampang, Equatorial Bangi & Residenve Inn Uniten Bangi. 


Untuk De Palma Ampang, DD dah review dekat link ni. Kali ni nak review 3 lokasi lagi :-




KELAB GOLF SELANGOR.




Kami sekelurga berbuka kat sini dengan family sebelah mummy. Ini kali kedua kami berbuka kat sini, tahun lepas pun dah berbuka kat sini. Actually tahun lepas memang best berbuka kat sini sebab crowd tak banyak dan semuanya 'well behaved', maklumlah mostly daripada keluarga elit yang berbuka kat sini. Makanan pun walaupun tak banyak pilihan, tapi semuanya sedap dan kos pun tak mahal, kalau tak silap tahun lepas lebih kurang dalam RM30++.  TETAPI tahun ni (2011), memang mengecewakan. Kos buffet dah naik dalam RM40++ lepas tu crowd pun dah bertambah (walaupun tak seteruk De Palma Ampang) . Dan yang paling menyakitkan hati, makanan terlampau mengecewakan. Hampir 90% sejuk dan tak sedap. Kiranya ini adalah salah satu lokasi berbuka yang mengecewakan untuk tahun ni selepas De Palma Ampang.




EQUATORIAL BANGI


Dina & Sepupunya (Kak Ikah)


Office mummy yang anjurkan majlis berbuka di Equatorial Bangi. Buffet kat sini crowd boleh tahan jugak ramainya tapi tak lah seteruk De Palma Ampang sampai berlanggar bontot kerusi. Kiranya keselesaan pengunjung tetap diutamakan kat sini. Makanan kat sini pun memang sedap dan menarik. Mostly semua makanan sedap dan lebih daripada mencukupi walaupun lepak lama-lama kat sini. Kos memang mahal, kalau tak silap dalam RM88++ tapi berbaloi.




RESIDENCE INN, BANGI.


Alhamdulilah berbuka kat sini ditaja oleh salah seorang ahli keluarga Mummy. Tak terpikir gak lokasi ni menjadi pilihan. Tapi memang tidak mengecewakan. Dengan kos lebih kurang RM60++ jauh lebih bagus berbanding dengan De Palma Ampang. Pilihan makanan memang banyak terutamanya makanan tradisi daripada pantai timur (sata, keropok lekor). Lokasi ni juga merupakan antara pilihan kami maybe untuk nxt year :)











No comments: