Thursday, September 08, 2011

Aidilfitri Dina & Qisya 2011 .... Episod Satu

Lebaran tahun ni berbeza sikit daripada sebelumnya. Kali ni Dina menyambut Aidilfitri sebagai seorang kakak. Tahun ni, tahun pertama Qisya celebrate Aidilfitri. Selain itu, inilah kali pertama sejak DD & MM kahwin, kami semua sambut Aidilfitri di Kelantan. 

2 faktor utama DD & MM beraya kat Kelantan, pertama sebab nak kenalkan Qisya pada Tok Nyang Kelate dan lagi satu best fren MM kahwin, tapi faktor paling utama cuti raya tahun ni panjang sebab combined dengan cuti merdeka.

Hari Ahad, kami semua berbuka puasa rumah Nek Umi kat Ukay Perdana, lepas je berbuka & Isya', kami sekeluarga berkonvoi bersama dengan family Uncle Rain. Alhamdulilah, sepanjang perjalanan memang 'smooth', walaupun kereta banyak, tapi takde langsung kesesakan lalulintas. Kami bertolak lebih kurang jam 9:30malam, dalam pukul 4:15pagi selamat sampai rumah Tok Nyang Dina & Qisya. Kiranya sempatlah bersahur kat rumah.

Petangnya DD pergi ke pasar ramadhan Ketereh. Giler rambang mata tengok variasi lauk pauk Kelate. Dari segi harga lak ada yang murah dan ada gak yang lebih kurang ngan harga kat KL. Tapi, apa yang penting ....... rasanya memang original dan sedap.

Kiranya tahun ni, sempatlah DD & MM bersahur dan berbuka sekali kat Kelate.

Dina kat kampung, 24jam main..main...main....main


Dina & Sepupu (Aina)
 

Daging Bakar. Memang murah dan sedap, 3 ketul RM3 je.

Ayam percik kelantan, seketul RM6. 

Gulai Kawah. RM5 sebungkus.

Menu ni jangan lupa, Budu :)

Mesyuarat tergempar anak dara

Qisya pun nak join meeting

Xtvt malam raya.


No comments: