Thursday, August 18, 2011

Wartawan cilik


Sekarang mummy dah ada wartawan tak berbayar setiap kali sampai di rumah lepas balik bekerja tau. Wartawan ni tanpa segan, tanpa rasa takut melaporkan setiap perkara di luar pandangan mata mummy tau. Kiuttttt sangat!


Laporan pertama

Mummy: hai sayang.... (waktu ni wartawan cilik tu tengah main dengan toys dia)

Wartawan: mummyyyyyy.... (datang ke arah mummy terus peluk)

Wartawan: Mummy... hari ni Qisya cry kuat sangat 3 kali. Dia taknak minum susu mummy dalam botol.

Mummy: Qisya ni kenapa cry? Sian Uwan.



Laporan kedua

Wartawan: Hai mummy.... 

Mummy: Kakak buat apa? Tak mandi lagi ke?

Wartawan: Tak ada buat apa. Belum mandi. Kejup lagilah mummy yer yer.

Wartawan: Mummy... hari ni Qisya good. Dia cry satu je. Dia minum susu mummy banyak tau.

Mummy: Ye ke Qisya good? 

Wartawan: Iye.. Uwan cakap Qisya good. 



Laporan ketiga

Mummy: hai kakakkkkk.....

Wartawan: Mummyyyy.... (mulut je meriah tp mata dok ralit dengan toys)

Dah habis main terus datang kat mummy. Time nih mummy jenguk-jenguk Qisya dalam buaian.
Wartawan: Mummy! Tadi mummykan Uwan mandikan Qisya dekat sinki tu lepas tukan kepala Qisya terhantuk kat atas tu (refer to kitchen cabinet).

Mummy: Laa... ye ke?

Wartawan: Yer. Qisya nangis lepas tu.

huhuhuhuhu.... Uwan yang dengar pun rasa serba salah sebab aduan telah di buat oleh wartawan cilik tadi. hhahahahaha.... lawak tul tau si kakak nih. Sampai Uwan dia pun  habis direportnyer.


Sekarang ni hari-hari akan mendapat laporan dari Kak Long si Qisya tentang aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Kadang-kadang dia update aktiviti menangis+minum susu si adik. Kadang-kadang aktiviti diri dia sendiri.

Sejak x sekolah ni nampak boring je. Uwan cakap setiap hari dia akan ulang buka buku. Macam malam tadi dia dok mengiri from 60 - 100 sampai lelap. Kesian mummy tengok tapi itulah... dah hujung tahun sangat, tahun depan je la masuk sekolah balik yer kakak.

Nak masuk tadika pun bukannya perlukan modal yang sedikit. Sekarang ni pelajar pun dah menjadi satu perniagaan yang meriah. Ramai orang berlumba-lumba mencari pendapatan dengan menjual ilmu.

Inilah wartawan cilik mummy dengan adiknya


No comments: