Wednesday, October 27, 2010

It's your birthday sayang!


Today's the day, your very special day, it's your Birthday!... Your very special day...


Kalau mummy nyanyi lagu tu sure la Dina tersipu-sipu malu.. favorite channel's song dia. And pagi tadi daddy dah nyanyi lagu besday.. mummy pun. Tapi Dina x excited sangat sebab baru bangun tido. Tengoklah balik nanti.  :)

Kak Long Dina... mummy dan daddy wish you happy 4th year birthday sayanggggg.....

Kami sentiasa doakan semoga yang terbaik itu sentiasa di sisi mu, dunia dan akhirat. Jadi anak yang taat, solehah dan kakak yang terbaik untuk adik (adik-adik). 

Mummy dan daddy sayang kak long sesangat-sangat-sangat. Kasih yang tak terungkap sayang... kamu adalah permata hati kami, kurniaan paling berharga daripada Yang Maha Esa. 

Syahdu pula mummy nak beri kak long adik sebab mummy takut kasih untuk kak long teralih, sayang untuk kak long terbahagi... tapi sayang... apa pun ketentuanNYA dikemudian hari... kak long adalah anugerah terindah buat kami.

Kak long adalah penyeri.. kak long adalah cahaya dan kak long adalah segala-galanya. Jangan nakal-nakal yer... 

Apa pun...

SELAMAT HARI KELAHIRAN sayang mummy dan daddy.... 

WE LOVE so so so much.

Sunday, October 17, 2010

Cultural Show -- Kg Budaya Sarawak

Kat Kg Budaya ni, show ada 2 kali sehari kol 11:30 dan 4:00.

hari tu Dina & Famili tgk show yang kol 11:30. Tips paling penting, jangan lewat masuk dewan show sebab ada can tak dapat duduk. Lebih kurang kol 11:15 tu boleh la bergerak perlahan ke dewan.

Anyway show tu memang menarik.













Sarawak Cultural Village Part 2

Ok... bersambung lagi posting mengenai Kg Budaya Sarawak...

Rumah seterusnya .......





Tinggi gak rumah ni ....




Curam giler tangga dia. Tapi don't worry pelawat tak nyah naik tangga ni, ada tangga lain :)

Dina lawan congkak dengan mummy, tapi macam biasa Dina kena 'benang' kalau tak Dina nangis

2 orang insan kesayangan DD






Akhirnya, tamatlah lawatan ke 7 buah rumah kat Kg Budaya.

Bukti tamat lawatan .......

Passport lawatan, passport akan diberi kat kaunter tiket. Kat setiap rumah ada tempat untuk dapatkan cop.


7 Cop rumah :)




Lupa nak inform, makan kat sini pun sedap.

Kg Budaya Sarawak (Sarawak Culture Village)

Kg Budaya Sarawak merupakan satu tempat wajib dilawat jika kita pertama kali ke Kuching. Banyak informasi mengenai kaum-kaum di Sarawak dalam Muzium ni, dan kalau tak silap, Muzium ni merupakan antara muzium hidup terbesar di dunia.

Jarak perjalanan dari Kuching ke Kg Budaya adalaha dalam 45minit ke sejam, tapi perlu diingat "sign board" memang takde langsung sepanjang perjalanan ke Kg Budaya. Pedoman utama hanyalah papan tanda ke Santubong & Damai Beach Resort.

Tips utama kalau nak melawat, make sure jangan terlepas "daily cultural show" iaitu puluk 11:30am - 12:15pm dan sessi petang 4:00pm - 5:15pm.

Tiket masuk RM60 untuk dewasa & RM30 aknak-kanak (6-12yrs), tapi kalau tak silap orang Sarawak dapat diskaun....pelikkan kenapa orang Sarawak jer, biasanya kat KL @ Semenanjung, kalau guna mykad baru dapat diskaun ..... macam mana la nak jadi 1Malaysia. Patut ubah, 1Semenanjung, 1Sabah & 1Sarawak ;p (tak leh komen bebanyak hal ni, sebab tu la harga yang perlu dibayar sebab nak pujuk/ajak Sabah & Sarawak join Perseketuan Tanah Melayu)
Rasanya tak nyah DD nak cerita detail pasal Kg Budaya, readers semua tengok-tengokla gambar ni. Rasanya gambar ni dapat menerangkan betapa bestnya Sarawak Cultural Village ni.

Gunung Santubong... sepanjang perjalanan akan lalu dikaki gunung ni.




Takde pun sign "Kg Budaya Sarawak"


Inilah tanda sign Kg Budaya... hampeh tul, dah sampai kat pintu gerbang baru ada tanda nama


Destinasi pertama Dina dalam Kg Budaya ..... TOILET.
Dina tengah pegang perut sebab tak tahan nak 'yak' :)

Lega bila hajat dah dapat .....


Lokasi utama untuk kafetaria, toilet + ruang teater/show

Adventure gak jambatan ni.... nak naik tak???


Posing dulu sebelum naik.
Jambatan ni merupakan jambatan utama untuk ke rumah Kaum Bidayuh di Sarawak.


Dina takut...sebab tu kena dukung :)
MM berposing... padahal memang penakut gak nak naik jambatan ni :)









 Pemandangan dari Rumah Orang Ulu.


~~~~~ BERSAMBUNG ~~~~~

Iklan 100 Plus ..... Ada 3 lagi rumah + cultural show