Hari ni merupakan sessi membuat lawatan ke Cameron Highlands. Selepas breakfast di hotel yang makanannya asyik tak cukup, meja lambat kemas (sebab staff kurang, tapi hotel full house) kami start bertolak keluar untuk menjelajah seluruh CH.
Kami akan start perjalanan dari atas (Ladang Teh) dan turun ke bawah (Tanah Rata). Perjalanan ke Ladang Teh Cameron Sungei Palas memang mencabar. Sesiapa yang pernah ke sana sure tahu jalan nak naik ke BOH Tea Centre memang sempit. Beberapa kali perjalanan nak ke Boh Centre tersekat gara-gara jalan yang sempit, perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadi hampir sejam.
Di BOH Tea Centre Sungei Palas, sempatla kami melawat kilang dan shopping teh boh.
Selepas Ladang Teh, kami ke pasar berhampiran dengan Equatorial Hotel (Kea Farm). Kat sini MM sempat la memborong ubi + jagung mutiara (tapi hampeh jagung ni bila masak kat umah dah tak manis lak).
Lepas tu kami ke Cactus Valley dan akhir sekali Ladang Strawberry. Lunch lak kat bawah Hotel Titiwangsa. Not bad la taste dia.
Lepas penat berjalan satu hari suntuk, kami balik kembali ke hotel tuk berehat kejup. Lepas maghrib kembali keluar ke pasar malam Berinchang, kiranya dinner dgn beli makanan kat pasar malam ni.
Meh cuci mata gambar-gambar time DD, MM n BB Dina excited memetik stobeghi (loghat BB). Best sangat sebab boleh pilih-pilih dan bergambar sakan. Tapi batas-batas yang di buat sangatlah bahaya sebab jalannyer tak rata dan berbatu-batu.
Meh cuci mata gambar-gambar time DD, MM n BB Dina excited memetik stobeghi (loghat BB). Best sangat sebab boleh pilih-pilih dan bergambar sakan. Tapi batas-batas yang di buat sangatlah bahaya sebab jalannyer tak rata dan berbatu-batu.
No comments:
Post a Comment