Sunday, March 21, 2010

CNY trip Day 3

Day 3 (15/02/10)

Misi hari ni adalah mengelilingi pulau. Ronda-ronda Balik Pulau, singgah dam pastu gi cari makan.

Hotel Cititel yang kami stay ni not include breakfast. Memang sengaja daddy tak ambil breakfast sebab tahu anak dara kesayangan dia tu bangun lambat. For sure malam tidur lambat jadi kasi dia rest puas-puas.




Ini budak sudah siap mahu jalan-jalan.

Daddy tak tahu nak pergi mana sebenarnyer. Dulu datang Penang just santai dan makan-makan jadinyer kali ni daddy berimpian untuk pergi melawat tempat-tempat yang berkaitan dengan SEJARAH. hihihi... daddy adalah pencinta sejarah, Dina? Harap-harap Dina ikut jejak daddy la.. jgn ikut mummy... geografi pun fail... baca peta x lulus la sayang.

Jadinya mana-mana tempat yang sempat disinggah akan daddy singgah. Antaranya yang terawal kami lawati ialah Batik Kraf. Dulu dekat Terengganu dah masuk dah tempat buat batik, Kilang Nur Arfaa tu. Kat Penang Batik Kraf ni kecil je. Biasa-biasa aje...




Perjalanan diteruskan dengan mengelilingi pulau... daddy bawa kami jalan ke Balik Pulau, lepas tu singgah di empangan ambil gambar di bawah terik matahari. Memang panas betul time kami berhenti tu. Nak jalan ke dalam dam tu pun rasa x sanggup. Macam nak terbakar kulit muka. Sian kat Dina je... berpanas...


View yang sangat cantik! Tenangnyerrr... kalau x panas sure kami lepak lama-lama.


Tu kat tepi tasik tu ada tokong Cina. Entah kat mana le jalan masuknye. Pelik juga... tapi view dari tokong tu sure cantik.


Bila dah siap bergambar baru perasan... huhuhu... kami tak pakai sunglasses, patutla mata mummy xle nak buka langsung. ceewahhh... :p

Cuba tengok cara Dina peluk mummy. Ha.. camtu la dia tiap kali mummy dukung tau. Sampai nak tercabut-cabut tudung mummy dibuatnyer. Punyerla erat dia peluk. Sayang sangat kat mummy ke Dina?






Kami jalan dekat kawasan Balik Pulau, ada kawasan di mana jalan sedang dibaiki. Pembesaran jalan sedang di buat, nampak gaya jalan tersebut lebih besar dan direntas sedikit supaya lebih dekat. Mana tidaknyer, bas pun lalu jalan yang sempit tu tau... ngeri pulak tengok.

Turun dari Balik Pulau tu kami singgah di tokong ular. Ok... ingat macam ada zoo ke apakan sekali tu ada satu kumpulan tu dia orang buat show. Pegang ular then orang luar pun kalau nak pegang dan ambil gambar boleh. Berani dengan tidak aje. Mummy nak masuk ke dalam pun takut, sebabnyer ada harapan tengah nak melangkah masuk ular dok depan mata. Ohh...tidakkkk...








Ha.. derang tengok apakah itu???


Tengok ni ha... orang dok selambe jek pegang ular. Ishh... geli arh...

Keluar je dari tokong tu terus menuju ke tempat makan. Toleh kiri toleh kanan, x gak nampak kedai makan yang ok. Adeh.. perut dah lapar giler, kepala pun dah pening sebab cuaca panas sangat.

Sekali tu toleh-toleh nampak Bukit Jambul Shopping Complex. Dalam hati waaa.... bestnyer jumpa juga tempat nak makan. Ingatnyer ada la food court ke hape kat situkan, paling tidak pun kedai nasi kandar yang x famous ke tapiiii... oh tidakkkk...




Inilah pilihan terakhir. Jauh melilau kami cari makan, Mc' D juga yang disantap... Bak kata daddy "jauhnyer la kita makan Mc' D. K.L berlambak-lambak." hahaha... tu la... konon2 reti la nak cari tempat makan kan.


Anak dara sibuk nak makan eskrem.
Panas2 sedapla makan eskrem... tapi cepat haus plak.

Lepas keluar dari Bukit Jambul Compleks tu kami terusla menghala balik ke hotel. Teruk juga tempat BJ tu, macam nak mati pun ada sebab xde orang sangat then macam x dapat sambutan aje.

Bila kami jalan ke depan lagi... nak tergelak pun ada sebab kami jumpa JUSCO... besar giler. huhuhu... apantah nama kompleks tu... nampak sangatla daddy tak tengok peta. Kan sendiri dah tergelak... Xpela..kira okla janji dah isi perut.

Sebelum sampai hotel singgah dulu bazar n kedai-kedai kat tepi hotel tu. Mummy konon-konon nak cari dress basahan, ala yang style pakai kat tepi laut tu, yang seksi-seksi tu.

Belek punyer belek dress tu ingatkan murah sekali mahal. Daddy pandang mummy suruh mummy ambil juga sebab daddy nak belanja. Haaa... rezeki terpijak mummy... yelah setakat pakai kat rumah buat apa nak beli sampai 50-60kan... mini dress yang cantik2 plak tu.


Ha.. nila kedainyer. Kedai ni jual barangan import dari pakistan, dubai n etc.
Tu sbb baju tu mahal. Xpe..janji seksi. :)





Kat atas tu adalah buah tangan wajib tiap kali datang ke Penang. Walaupun mummy dan daddy x makan sangat pun jeruk tu tapi tetap nak beli. Yelah.. bawa opis sikit, kasi Uwan Dina sikit, Nek Umi sikitkan..kan...



Kami tengok je Nasi Kandar Line Clear tu. Tak masuk pun sebab ramai giler dan tempat dia macam x selesa. Nasi kandar tu memang x clear-clear tau... orang beratur panjang x putus-putus.

Malamnyer makan dekat food court Padang Kota Lama. Ramai giler orang kat situ... makanan pun macam-macam cumanyer sebagai pelancong, for sure susah nak tahu kedai mana yang sedap dan x sedap.





Laksa ni mummy yang makan, pekat dah ok tapi x sedap. Rasa dia kurang..


Pasembor memang ok. Sedap sangat dan harganya adalah RM49.00. Percaya tak???? Percayalah.. daddy yang bayar pun terkejut even banyak juga ambil seafood tapi xdela banyak sangat.


Sotong kangkung pun x bape sedap. Tapi tekak daddy kata ok la..not bad. huhuhu... tekak Dina? emmm....


Tekak Dina kata burger tepi jalan ni yang lagi sedap. Nak habis seketul burger tu dia makan. Leka sambil main bubble dan playground yang ada kat tengah2 tu.




Terima kasih kepada penaja penuh kami kali ini....

v
v
v


Kami sayang daddy very da' strong...... muah..muah..muah..



2 comments:

atty's said...

cantek-cantek pic semua..

CaMaRPuTiH said...

thanks kak... berkat pertolongan En. Nikon nih. :p