Thursday, December 03, 2009

Mari...mari... mahal...mahal!!!

Eh... ada ke orang lelong barang, jual mahal-mahal?

Ha... malu... malu...



Ttitle tu tag line Dina minggu ini. Mana dia belajar entahlah. Tapi yang pasti takkan ada orang berani buat tag line tu time berjual-beli melainkan Dina sorang. :p

Ada satu malam tu, mummy dok lepak atas katil sambil layan Dina dengan mata yang dah kuyu. Ngantuk la... Dina pulak nak ajak main. Diusungnya puzzle A B C atas katil bukan dia yang pasang, nak gak kerah mummy yang dah nak tertutup mata ni pasangkan.

Lepas mummy dah terkelip-kelip nak terlelap tiba-tiba dengar Dina dok menjerit buat jualan lelong. Siap pegang microfon tu. Punyerla semangat dia jerit siap bergaya lagi. Tapi bila mummy pasang telinga betul-betul...

Mari.... mari... mahal-mahal!!!!

Apa kes Dina buat lelongan mahal-mahal? Ada orang nak beli ke? Tergelak-gelak mummy bila dengar. Pastu mummy tegurla Dina, cakap mana ada orang buat lelong mahal-mahal... so mummy tukar la tag line tu jadi "Mari-mari... murah-murah..." Ingatnyer dia nak ikut tapi dibantainyer "Mari-mari... murah... mahal..." Nak gak jual mahal. Ayoyo...

Bila cerita kat daddy, tergelak-gelak daddy. Tu la mana ada orang jual macam tu. Mana ntah dia belajar. Apa pun... mummy dan daddy tetap kagum dengan Dina... jual mahal pun mahal lah sayang janji laku. hehehehe....



Nak jual Bonnie ke?



>> Suka la tengok dia pakai tudung mcm tu... cam muka mummy masa kecikla. Tomeinyer.... tapi mummy masa kecik gelap... kelabu asap. :)

2 comments:

zura@iwan said...

cutenye dina pakai tudung....smga jd wanita solehah besar nnti yer

CaMaRPuTiH said...

zura:

insyaallah. amin.